Jauh dari keserabutan bandar dan kota. Jauh di tengah Laut China Selatan. Inilah Pulau Aur. Terletak dalam kawasan Taman Laut Iskandar, Mersing, Johor. Pulau ini mungkin kurang dikenali oleh orang-orang biasa, namun ianya dikenali dikalangan kaki-kaki pancing.
Penduduknya tidak ramai. Boleh bilang dengan jari. Sumber ekonomi masyarakatnya adalah hasil laut dan pelancongan. Namun sejak akhir-akhir ini, mereka mengeluh kerana sumber ekonomi mereka ini seolah-olah disekat. Aku sendiri pun sukar memahami. Ye lah, aku pun bukannya orang sini. Sekadar menjadi pendengar luahan perasaan mereka.
Semoga mereka tabah.