25.10.14
--- Episod Terakhir : Berhid–Yong Yap–Bubu–Tok Nenek (hidup keli, hidup ayam) ---
--- Episod 3 : Berhid–Yong Yap–Bubu–Tok Nenek ---
Macam best jer kan buat entry berepisod-episod nih. Hahahahaha……baget best. Hahahahaha….. Taklah. Saja buat berepisod sebab terlalu banyak gambar. So aku saja pecah-pecahkan. Maka tak la berat sangat dalam satu-satu entry.
24 Oktober 2014, malam tadi tidur agak nyenyak. Alhamdulillah…Allah memberi cuaca yang sangat baik. Kami bangun awal pagi ni untuk melihat keindahan matahari terbit.
Subhanallah…! Keindahannya memang tak terucap dengan kata-kata. Itulah keindahan yang Maha Esa. Rasa sebak bila tengok balik gambar-gambar ni sebab terlalu besar akan kekuasaan Allah. Dia menyediakan begitu banyak dan luas akan Rahmatnya. Tapi aku selalu leka dan abai dalam ibadat untuk Nya…
Dari ruang view ini, kita boleh lihat pemandangan gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa yang superb. Antara puncak yang aku kenali ialah Table n Chair atau terkenal dengan nama Puncak Tok Nenek. Satu lagi Puncak Bubu.
24.10.14
--- Episod 2 : Berhid–Yong Yap–Bubu–Tok Nenek (ikan keli dan a le utoo) ---
Perkongsian tip !
Semasa membeli beg hiking, perkara yang perlu dititikberatkan ialah kesesuaian dengan body. Terutama pada bahagian pinggang. Jika kita menggalas beg, beban perlu dialihkan pada bahagian pinggang / atas pinggul. Bukannya pada bahagian bahu. Jika beban pada bahagian bahu, bermakna salah setting atau beg tersebut tidak sesuai.
23 Oktober 2014, selamat pagi semua. Nyenyak tak tidur semalam? Selesa tak? Ok, selesa atau tidak, not my problem. Hahahahaha……. Nak selesa, dok umah k.
Jam 6.00 pagi dah kedengaran suara David dan wiselnya meminta kami bangun. 6.45 pagi, lagi sekali kedengaran suara David dan wiselnya. Haaaaaaa…..barulah kami bangun. David time tu dah lipat-lipat pun khemah dia. Arghhhhhhhhhhhhh……………….!!!
Aku pergi cari port nak membuang then mandi. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…….sejuuuuuukkkk….!!!
Kami punya chef sedang giat mempersiapkan breakfast dan lunch pack. Pagi ni makan mee goreng basah. Lunch pack pula nasi goreng. Sedap tak? Berani cakap tak sedap. Hahahahahaha…….
Taklimat oleh gogo sebelum memulakan perjalanan atau pendakian. Kata gogo, hari ini, kita target Yong Yap dan bermalam di puncak. Sebelum itu, kita akan mendaki ke puncak Berhid melalui trek Y. Jika ikut perancangan asal, kami akan melalui Kem Balak Pecah. Namun, atas nasihat Pak Dak, ikut Y sahaja kerana lebih mudah berbanding Kem Balak Pecah. Ok…! Kita follow Pak Dak.
Bacaan doa dan gerak. Pak Dak, David, Bad, Awi dan tak ingat sapa tah, dah gerak. Laju dia orang. Cakap gerak jer, hilang terus. Pak Dak pula kata dia tunggu kat simpang. Gogo tanya, simpang tu kat mana? Pak Dak kata, ‘depan tu jer’.