5.8.23

--- Kejohanan Ragbi Pahang, OLDBLOKE RC vs EXSAS RC ---

Game seterusnya adalah di antara OLDBLOKE dan EXSAS. Ni sambungan daripada entry sebelum ini di antara JBOK dan PALMYRAS.

Ada orang tanya memang jurufoto khas untuk kejohanan ini ker? Jawapannya tidak. Saya freelance.

Sementara tunggu member siap-siap, aku pun snap sedikit-sedikit perlawanan ini. Buat ada-ada.



--- Kejohanan Ragbi Pahang, JBOK RC vs PALMYRAS RC ---

Game separuh akhir guys.

JBOK itu stand for Jerantut Bandar Orang Kacak. Perghhhhhhh........ Nama nak cache....

Game pertama di antara JBOK bertemu PALMYRAS (nama macam sebuah resort).

Tak mudah game ini. Sama-sama kuat kot. Apa pun tahniah kepada JBOK kerana layak ke akhir.

Satu lagi, aku bukan official photographer game ini. Just hobby.



Sedang berdoa mungkin

10.7.23

--- Garuda International Cup III ---

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys....

Ini merupakan kali ke dua penyertaan Best FC ke GIC III. Tahun lepas pun tarikh sama jer dengan tahun ini. Bila aku tengok balik dalam passport, "Eh! Sama tarikh pergi ke Jakarta tahun lepas".

Macam biasa aku sebagai media dan membantu urusan tiket sahaja.

Konsep perlawanan sama sahaja. Jika tahun lepas 5 negara. Tahun ini ada dua pertambahan negara. Jepun dan Brazil. Nama jer dari Jepun dan Brazil tapi bukan original pun. Kelab jer mewakili negara tersebut. Tapi player dia campur. Port kelab tu di Indonesia. Bukannya terbang dari negara asal. Hahahahahaha..... Untuk Best FC pun kita ada player import dari Indonesia.

Ok aku story sikit tentatif sepanjang 6 hari acara ini.

4hb kami bergerak dari Mersing dengan menaiki bas ke KLIA 2.
5hb jam 1010 kami fly ke Jakarta. Tiba lebih kurang jam 13xx waktu Jakarta. Disambut oleh urusetia. Naik bas menuju ke penginapan di Bogor. Nama penginapan kami La Vanoise Village, Sentul, Bogor. Penginapan yang boleh dikatakan selesa. Sesuai dengan anak-anak umur 12 tahun sebab ada pool. Seronok la dia orang. Rehat.
6-9hb Game on di ASIOP Training Ground. Jarak tak jauh tapi macet dia berjam-jam.
10hb kami fly kembali ke Malaysia.

Tahun ini Best FC dapat tempat ke empat dalam Plate. JDT berjaya menjadi Johan Cup. Tahniah.

Aku belanja beberapa keping gambar di bawah.

Pelepasan pasukan

Tiba di Jakarta

24.6.23

--- Final Johor Rugby League, Beringin Rendang RC vs Malay Village People RC ---

Merupakan perlawanan akhir bagi Kejohanan Ragbi Liga Johor 2023. Member ajak datang tengok. So alang-alang tu shoot sekali.

Mereka kata Beringin Rendang RC merupakan team pilihan yang akan memenangi kejohanan ini. Berdasarkan rekod, katanya memang setiap tahun Beringin Rendang RC yang juara.

Oleh itu aku ambil keputusan untuk shoot team yang satu lagi. Team Beringin Rendang RC dah ada jurufoto rasmi. Lensa pun power. 👍👍👍

Alhamdulillah hujan pun dah berhenti ketika perlawanan baru nak bermula.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...