Info terbaru yang aku terima tentang penginapan ialah anda boleh ke
Brunei Youth Center untuk lebih baget. Dorm sekitar USD 5 bersamaan BND 7
dan RM19.90.
Hari terakhir di Brunei. Selamat pagi.
Hari terakhir di Brunei. Selamat pagi.
Sebelum keluar meneruskan aktiviti jalan-jalan, lepak sekejap di lobi hostel. Mana tau boleh dapat info menarik.
Tokey punya hostel jaga time tu. Borak-borak. Beliau juga ada bagi cadangan kepada kami tempat-tempat yang boleh kami lawati untuk setengah hari ini. Selain itu, menurut beliau, Kuala Lumpur adalah destinasi utama bagi orang Brunei takkala tiba musim cuti sekolah. Katanya lagi, Brunei macam kosong apabila musim cuti. Jika tak ke KL, mereka akan ke Sabah dan Sarawak.
Tanpa membuang masa lagi, kami mengambil keputusan untuk check out.
Destinasi pertama kami ialah kembali ke pusat bandar. Katanya di situ ada pasar pagi. Kami juga difahamkan bahawa hari Ahad adalah hari tanpa kenderaan di kawasan tersebut. Jom kita tengok.
Panggong Borneo