Kelihatan dalam gambar, muka2 gembira tersenyum. Hari pertama katakan. Baju pun xkotor lagi. Pasni siap la kan.
Gelak la puas2....
Put dan K yg begitu gumbira
Awin dan Yaya yg melemparkan senyuman mekar
Siap jer roti canai, Kumar mmbawa kami ke
Dam (empangan kecil), pintu rimba. Aku ingatkan sama dengan jalan yang keluar masa V1 dulu, tp ternyata silap. Apa2 je lah. Setiba di situ kelihatan manusia2 yang bergelimpangan tidur menunggu kami. Mereka ialah peserta 4wd yg satu lagi. Diaorg sampai dulu. Hikhikhik....
Ok jom makan roti canai. Masing2 dengan
lahap makan roti tersebut. Ada yang kata sedap dan bagai2. Ada kisah di sebalik tu. Masa kat kedai tu,
ader 10 keping roti canai yang terjatuh lantai. Minachi tu selamba kutip dan bungkus. Aku n Ijal hanya mampu tersenyum..... Mmmm...... Layan jerrrrr...... Dah masuk perut kan? Hehehe....
Sebelum angkat sauh, kami membuat regangan dan bacaan doa...
Regangan
Destinasi hari pertama ni ialah
Kem Kasut. Dalam fikiran ku dah terbayang jauhnya kem tu. Hmmmm.....
Peringkat awal pendakian hanya
menaiki anak2 tangga dan menyusuri paip2 air hingga ke sebuah sungai. Sepanjang trek, Zul dah
mark dengan kertas2 MSU. Nice......
Hari pertama sahaja dah terpecah 2
group.
Group depan termasuk aku ni agak serius jer mendaki. Kurang berjenaka. Yang kat belakang tu sbb ader Ijal, maka banyak la kisah2 kelakar dan
bahan2 org ni. Mmmm.... tp xper diaorg otai ma....
Kami melintasi sungai dan terus ke
Kem Kabin. Sambil tunggu yang belakang. Dari tadi dok sahut2 mcm dah dekat tp xsampai2 lagi.
Last2 Zul dah busan n ajak gerak jer. Sambil menunggu tu sempat lagi buat
photoshoot album. Alahai....
Kami berhenti berehat di
Kem Tudung Periuk setelah 2 jam 30 minit mendaki dari Kem Kabin.
Jam dah 1 lebih. Apa lagi masak makan tengah hari le. Sambil tu kami solat jamaq. Alhamdulillah... Lama gak la kami tunggu geng2 belakang ni. Mana la diaorg ni kan.
Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai.
Mereka menyatakan mereka
sesat. Uiks!!! Mereka sesat masa kat sungai lagi. Mmmmm.... No komen. Lalalala.....
Group pertama meneruskan perjalanan meninggalkan group yang baru tiba. Jarum jam terus bergerak tp kami tak sampai2 lagi. Secara tak sedar,
kami dah jadi 3 gruop. Group depan sekali bersama2 Zul. Group tgh jalan sama Ai dan group belakang.
Si Zizan asyik dok tanya aku bila nak sampai. Akhirnya aku jawab kul
10 malam baru sampai. Ok?
Kami pun benti di kala
Maghrib menjelang tiba. Dah berehat tu terus masak. Dengar plak aku cakap kata kul 10 baru sampai. Hehehe.... Kami meneruskan perjalanan kembali setelah hampir 45 minit berehat. 15 minit berjalan kami pun sampai
Kem Kasut. Kalu tahu dekat cam ni, baik terus. Alahhhh....... Mmmm.....
Dulu xder pun sampah ni. Kali ni sampai jer Kasut, terkejut aku. Sampah mak ai. Bertimbun2 kat tgh tu. Dah macam
tempat pembuangan sampah. Seriusssss..... Iskh3.....
Kumpulan belakang tiba setengah jam kemudian. Tengah dok rileks2 n dirikan khemah, hujan plak turun. Tak lebat tapi basah gak la. Sejukkkkkk.......
Lepas makan, kami pun tidur. Take
note, ader
water point kat bawah sana. Jauh gak la...... Hehehe
08 Jun 2010 Selasa
Hari ni kena semangat2 sbb jalan jauh.
H2O adalah lokasi seterusnya. Untuk itu kami akan melewati puncak pertama G7 iaitu
Gunung Yong Belar. Hehehe..... Sepanjang trek ni mendaki jer. Kalu ikut masa standard, 2 jam jer tuk sampai puncak.
Naim n Put sedang packing2
Lebih kurang 1 jam 30 minit mendaki, akhirnya aku dan
group pun sampai di puncak
Yong Belar. Terkenang masa V1 dulu. Datang lagi aku ke puncak ini rupanya. hikhikhik....
Kami letak beg di bawah sikit dan terus ke puncak. Puncak pertama, horeyyyyyyyyyyyy....
Pic kat puncak ni agak banyak. Tapi aku up mana2 patut je la ek. Huhuhu.... Paling penting
pic aku la.
Ai dan Ijal
Mencemar duli
Kecomelan
Kebanggaan
Sesudah
bersukaria, perjalanan diteruskan lagi. Kali ni trek menurun jer sbb H2O ni kat lembah. Mampus la lutut. Oleh itu pelan2 sudah.
45 minit menuruni Yong Belar, kami sampai di
Kem Kuali.
Syukur pada Ilahi, kami tidak
OT. Kumpulan
sweeper (aku pun geng sweeper) sampai pun jam kira2 7.30 petang. Hari masih cerah. Tak gelap sangat. Perjalanan arini
best sbb dihiburkan oleh
DJ radio Gunung FM. Dari awal sampai habis dok dgr dia menyanyi ja. Baguih la K ni. Menyanyi plak bukan slow2 tapi penuh perasaan. Macam kareoke lagi.
Semua lagu dia nyanyi. Mula2 tu bingit tapi lama kelamaan ok jer.
H2O ni ader sungai besar,
so boleh la mandi.
09 Jun 2010 Rabu
(Lagu)
Pagi yang gelap kini sudah terang, aku adik mu dan engkau abang...bla...bla...bla...
Pagi2 lagi dah kedengaran suara laungan Ijal mengejutkan kami semua. Habis semua fly dicabutnya. Cis!!!
Ikut jadual hari ni ialah puncak
Gayong. Eeeee....jauh dowwwww... xper3. Jalan jer. Hari ni trek mendaki jer. Padan muke. Ngeh3x...
Dalam trek sekali sekala kedengaran gurau senda para peserta. Terutama
group yg jalan sama Ai. Di tambah pula ada Ijal. Lagi la. Geli hati ku. At least penghibur la. Benar la kata mereka, bahawa
Ai ni hiburan. Yang bestnya Ai ni xmental sgt la. Dia cool jer.
Happy go lucky.
Dalam dok
happy2 trekking tetiba ader la mmber kena sengat dek penyengat.
Naim kena 3 das tembakan. Kesakitan dikongsi bersama partnernya si Didi. Alahai...sian.....
Lebih kurang 6 jam trekking, kami sampai di
Puncak Junction. Jam menunjukkan pukul 3 petang lebih. Wow!!! Kat sini
lunch kejap
Tetiba ader
meeting samada nak teruskan atau tidak. Kalu teruskan maka kena
overtime. Kalu xteruskan makanya esok kena
jalan lebih masa sebb jauh.
So decide la.
Sok sek...sok sek.... Maka diputuskan untuk tidak teruskan. Bermalam jer di sini. Mengikut jadual, kalu
stay kat Junction pun
still on schedule. So apa da hal kan... Horeyyyyyy... xsangka sampai awal arini. Apalagi, cari kawasan tuk pasang khemah la kan. Sambil2 tu menikmati
keindahan panorama. Tapi terbatas gak sbb kabus dow.
Aimie
Kes paling takleh lupa masa kat Juntion ni ialah masa
Ai jatuh tu. Masa aku nampak tu konon2 nak tolong la. Belum sempat aku buat apa2, Zizan, K dan Ijal yg tgh dok pasang khemah dah serbu Ai kononnya nak selamatkan Ai.
Memang kelakar la diaorg ni. Hahaha....
Mus
Awin n Ai saling berpelukan
Lihatlah
wajah2 mereka yg begitu ceria takkala dpt dirikan khemah dengan awal. Baget leh rilek lama la tu kat sini kan. Ok la tu.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya mendung di tgh hari. Di kala malam melabuhkan tirainya,
hujan pun turun. Di mulai dengan titisan-titisan halus, lama-lama makin lebat. Makan malam agak lewat disebbkan khemah yang berjauh dari khemah dapur. Orang dapur dah berkali2 panggil makan. Huhuhu...
Khemah aku, Awin, Jiky, Put dan Chapex malam ni agak kurang selesa kerna tanahnya condong. Tapi bak kata org,
kalu nak selesa, balik rumah la kan.
10 Jun 2010 Khamis
Macam biasa la. Awal jam 5 pagi dah terdgr suara
Ijal memekik mengejutkan semua org. Pastu senyap. Orang2 dapur (Awin, Hafiz, Shika, Hazim) dengan tekunnya bangun tuk menyiapkan sarapan.
Tabek la pada u all.
Hari ni
daypack jer sbb akan bermalam lagi kat sini malam ni.
Hari ni nak ke Gayong n Korbu. Menurut Zul, perjalanan arini pergi balik memakan masa 12 jam. Terkezut aku.
Jam 9 gerak dari Junction. Tiba di
Puncak Proton lebih kurang jam 11 pagi. So 2 jam gak la. Trek mula2 masa di Junction asyik turun jer. Pastu di balas plak dgn mendaki jer. Eeeee...penatnya.
Kami lepak2 di Gayong, sejam gak la. Al maklum la mcm2 jenis
posing nak ambil.
Jam 12 lebih, kami bergegas pula ke Korbu. Dari sini
nampak cam dekat jer tapi mahu2 2 jam gak nak ke sana. Orang kata main permatang jer. Tapi hakikatnya
xberapa nak permatang sangat la.
Aku sampai di
Korbu jam 2 petang lebih. Lamakan. Fuhhhh!!! Tu dah habis laju dow. Free body lagi.
Jangan lupa bahwa sebelum nak sampai ker Puncak Proton tu, anda akan melalui Kem Cerek. Ni pun antara tempat yg ader kenangan masa V1 dulu. hikhikhik....
Sumber air jauhhhhhhh nun kat bawah. Tapi air ciput jer ngalir. Hmmmm.... Malas nak story, korang rasa sendirilah yer.
Oklah malas dok lama2 kat Korbu. Bukannya sejuk tapi panas. Tak sangka aku kerna sampai lagi ke puncak ni yg suatu ketika tu
begitu perit tuk di capai.
Otw balik ker Junction,
aku mental. Mentallllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll..... Mana taknya sbb rasa mcm jauh la plak. Masa tu aku jalan ngan Shika Cendana. Nasib bek ader Shika yg
support. Kalu tak, dah nangis aku.
Shika....Shika...Shika..... Dah ok ke belum?
Hari semakin gelap, tp tak sampai2 lagi.
Naper la jauh sgt ku rasa. Dah la solat pun belum ni. Tension aku. Aku n Shika sampai kat Junction kira2 jam 6.45 petang gak la. Sesampai jer terus masuk khemah. Mental la katakan.
Lepas solat baru lega sikit pastu rasa nyesal plak td tak salam dengan diaorg masa sampai.
Masa sampai tu diaorg hulurkan air ngan biskut kot, tp ku senyum n berlalu jer. Hikhikhik.... Malunyaaaa.... xper3.....
Malam itu cuaca agak baik sbb hujan pun xder sangat. Pas makan terus Zzzzzz....Zzzzz.....
11 Jun 2010 Sabtu
Awal2 pagi fly dah kena buka dek Ijal. Hmmm.....
Today bermulanya trek V2 yg korang dan aku nak pergi sgt tu... Ayat En Samsu,
"Betul ker korang nak g V2 ni?" Hikhikhik.......
Sebelum gerak, Zul siap bagi taklimat sikit tentang perjalanan arini. Destinasi ialah
Kem DGU. Antara kem tu nnt akan ada
Puncak View, Puncak Bongsai Semak dan Bongsai Tengah. Pastu baru jumpe DGU k.
Ops!!!
"Korang semua jgn jalan kalu xder saper nak bawa sampah ni", kata Zul pada semua peserta. Termasuk aku la tu. "Nanti kalu org len naik, tgk sampah, nama saper yang malu? Aku dan MSU jugak yg malu", kata Zul lagi.
Puncak Junction
Jam 9 lebih kami pun mula gerak menuruni Junction.
Ambil trek kanan tau. Yang kiri tu nak gi Gayong n Korbu.
Trek mmg kaw2 dia bagi. Habis sumpah seranah keluar. Mula2 rukuk. Pastu sujud. Ingat dah habis, merangkak pun ader. Tak pernah2 aku turun serendah itu.
Trek V2 mmg la dow. Awal2 trekking dia kasi baik punya. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh........ Ai kata dia mmg
suka trek2 macam tu sbb dia boleh rehat. Eeeeeeee......
Buat per tu En Samsu?
Muka Jiky pun dah lain
Ai happy jer kan
Campur tolak rehat dan bagai2, kami telah berjalan
hampir 6 jam. Kami pun sampai la di
Puncak Bongsai Tengah. Sebelum Bongsai Tengah jumpa dulu
Lembah Agas. Solat jap kat situ. Ader sungai besau kat situ. Last waterpoint.
Time ni aku dah tak dok belakang Ai. En Samsu suruh jalan dulu. Katanya supaya Ai tak rasa
leasure bila ader orang kat belakang.
Setia menemani Ai ialah Zizan. Tahniah!!!!
Sejam dari Bongsai Tengah, kami pun sampai
Puncak View. Wow...
Masya-Allah......
Subhanallah.... Itu jer ungkapan yang mampu menfsirkan betapa indahnya kuasa Maha Pencipta. Itu untuk yg indah, yang gayat plak,
astagfirullah-hal-azimmmm.... Cam mana la aku nak turun ni. Eeeee.....
Akhirnya aku sampai juga di
Puncak View. Malas la nak
story pasal gayat2 kat tempat tu.
Feeling dah hilang
time aku buat blog ni. Xnak ingat pasal gayat2 tu sebb mmg takut pun time tu. Bayangkan la
puncak tu hanya batu. Ruang yg terhad lagi. Eeeee.... Kalu korang nak tahu, pergi sendiri. Tapi mmg best siutttttttttttttt...........
30 minit turun dari Puncak View, maka sampai la kami di
Kem DGU (6.30 petang). Alhamudulillah....
Tengah dok pasang
fly, ader saper tah tanya pada Ijal makna DGU. Ijal yg sengal pun jawab, DUGU.... Tersenyum sengih aku..... Hahahahhaa....
Tapi betul gak kan.
Apa makna DGU?
Malam ni tidur best sikit sbb kawasan perkhemahan yang lapang dow.... Horeeyyyy!!!
Si
Jiky plak demam malam tu. Dengar En Samsu bercerita lagi. Capek dah mengantuk giler. Tunggu nak landing jer tu. Aku plak dok masak air barli.
Si Put nak sangat minum air barli yang berat di bawanya tu. Hehehehe.... Sedapppppp!!!!
12 Jun 2010 Ahad
Cergas2!!! Lewat nampaknya gerak arini. Kul 10 pagi gak la. Mungkin arini destinasi lebih dekat kot. Entah la.
Zul pun rileks jer.
Malam ni, kami akan bermalam di
Puncak Kambing. Dalam jadual sepatutnya
Kem Lopak Air. Tak tahu la aku diorg plan cam mana. Ikut ja....
Kami pun jalan la menyusuri
trek2 yang tersedia. Penat jgn cakap la. Hampir 7 jam kami
trekking, akhirnya kami pun sampai di
Puncak Kambing. Otw tu kami melewati
Puncak Bongsai Semak dan lunch di
Puncak Belumut.
Ada kes lain di mana
group aku dan
sweeper tersesat sedikit. Tak sesat cuma trek diragui. Hmmm.... Group aku time tu ader Aimi (depan), Yaya, Didi, Naim, Shika Cendana dan Chapex. Aku belakang. Kami lost trek selepas menuruni satu bukit. Masa nak naik bukit depan tu,
Aimi xdpt kesan trek.
Kebetulan time tu ader sebatang balak melintang. Aku pun try ke depan dan jumpa trek satu lagi. So aku rasa mybe ni trek dia kot. Aku pun
lead kali ni. Naik, pastu turun dan naik kembali.
Trek sunyi jer. Ada tanda2
mark lama pada beberapa batang.
Tanda baru xder la plak.
Semasa mendaki aku terlihat
sarang labah-labah tak terusik. Detik dlm hati ku, takkan la diaorg xpijak langsung. Jalan lagi.... Kali ni cendawan pada batang pokok yg tumbang merentangi trek. Elok jer tanpa di usik juga. Semakin muyskil. Jalan lagi sehinggalah aku
dihalangi rimbunan pohon2 kering menutupi trek. Aku xusik dan berfikir. Mana mungkin diaorg melepasi trek ni tanpa melanggar halangan ini. Maka aku pun berhenti berjalan. Aku bertanya kembali kepada Shika dan yang lain. Mmmmm.....
Kami pun berpatah balik ke lurah tadi. Kebetulan
group sweeper sampai. Aku pun menceritakan pada En Samsu.
Ijal dah letak beg dan pergi kesan semula trek masa kat batang balak tadi.
Aku dan Put naik semula ke trek tadi tuk mmbuat kepastian. Kami pun melintasi halangan tadi dan berjaya menjumpai
marking yang di buat oleh Zul. Alhamdulillah.....
Kami pun meneruskan perjalanan.
Jam 5 petang lebih, kami pun sampai
Puncak Kambing. Puncak Kambing ke tu? Sbb ader plat KLIUC tulis
Puncak Kayung.
Dah Zul kata Kambing, maka Kambing lah ye. Di sebelah tu tersergam indah
Puncak Tok Nenek atau dalam bahasa
Jawanya Table n Chair.
Ni nak terbang atau nak terjun
Sampai jugak akhirnya di Puncak Tok Nenek ni ek. Dulu
asyik dok dengar2 jer. Tahniah pada u all.
Ijal yang seksis
Awin yang berani
Puncak Tok Nenek
Pic tak macam Awin n Put ok jer. Sini pun ok
what....
Kejayaan
Rakaman sebuah nostalgia
Drama king
Puncak Kambing ni agak terhad kawasannya. Oleh itu tidur pun tak berapa nak selesa. Aku rasa khemah aku paling kureng sikit. Mana taknya, terpaksa tidur
bahagian cerun. Nak
story pun xtahu cam mana. Tanya sendiri pada mereka yang mengalaminya (Awin, Put, Chapek dan Jiky).
Tugu Tok Nenek
Sang Arjuna MSU
13 Jun 2010 Isnin
Hari ni masuk
hari ke 7 XPDV V2. Mmmm.... xsangkakan. Tak terasa masa berlalu dengan pantas. Kalu kat umah ni, mahu boring giler xtahu nak buat per.
Malam tu plak
hujan agak lebat dan lama. Yang kurang best sbb ader angin bertiup. Oleh tu tempias sampai ke khemah. Yang best sbb boleh tahan air dan masak n minum2. Hehehe... Eleh mcm tak biasa la plak.
Lebih teruk dari tu pun pernah kan???.....
Pagi yang indah di simbahi dengan
cahaya suria, kami sekali lagi menaiki Tok Nenek. Paling awal rasanya si Hafiz. Mmmm....
Cantek dow
warna pagi tu. Oren2 gitu. Si Put plak nak gak pic macam Awin. So
snap gak la tuk dia. Nice pic...
K pun nak gak tp di sebabkan ramalan mimpi Hafiz mengenainya, maka hasratnya di batalkan.
Kita geng...kita geng...kita geng...
Siap
packing, kami pun angkat sauh.
Today is puncak terakhir. Ni lah puncak yg mewujudkan trek V2. 3 puncak sebelum ni adalah V1. Puncak tersebut ialah
Puncak Yong Yap. Puncak ni sangat panas dengan kes
kehilangan seorang pendaki muda tidak lama dulu. Mendapat liputan media lagi. Kes tu dah tutup kot dengan keputusan,
mangsa tidak dijumpai. Itu adalah takdir yang telah ditentukan Allah taala.
Al Fatihah.......
Ok jom gerak. Timimg cam biasa, kul 9 gitu2 kami pun gerak. 4 jam perjalanan kami pun sampai
Puncak Bubu. Break makan tengah hari dan menunggu group belakang.
Sambung lagi 3 jam tuk sampai ke point letak beg sebelum ke Puncak Yong Yap. Berdasarkan rekod camera, kami sampai di bawah Puncak Yong Yap, kira2 jam 5 lebih kot.
Halal la ek...
Otw trekking, Awin tetiba disengat oleh sejenis serangga terbang. Time tu tgh menuruni bukit dan di sambung naik bukit balik. Belakang aku Ijal dan Awin. Depan plak Shika, Didi dan Naim. Aku x dengar pun Awin jerit, tetiba jer
Ijal tolak dan pekik suruh lari. Wahhh!!! seolah2 terjumpa sesuatu. Cemas gak la. Shika, Didi yg penat2 dan Naim pun lari gak la. Naik bukit plak tu. Cemas punya pasal, tak terasa penat mendaki. Cuma dengar keluhan Didi yang kepenatan jer. Sabar2...
Orang belakang Awin time tu dah stop dan undur, namun nasib Jiky kureng baik dan dia pun terkena juga.
Kami meneruskan perjalanan. Entah apa plak pasni. Aku ingat
mereka ternampak maybank....
Di satu kawasan
KFC(killing fitness centre), masa Awin nak panjat tu, terjatuh plak dia. Aduhai... siannya. Lengang/bahu kanannya terkehel sedikit. Tapi masih lagi mampu bergerak.
Otai la katakan. Ngeh3x....
Dan akhirnya sampai di point yang di tetapkan. Sambil menunggu sempat solat. Dari situ kami akan
free body ke puncak.
Ayohhhhhhhhhh!!!
45 minit pendakian, kami pun sampai dengan selamatnya. Perasaan p di Puncak Yong Yap. Kepuasan yang tidak terhingga dapat kami rasakan.
Inilah kemuncak V2 kami. TAHNIAH pada MSU. Anda mmg best. Nice join trip korang.
G7 yang terakhir
Awin kasi
Chapek bagi spec. Hahahaha.....
terharu nya time tu.....
Sweet memory wit MSU
Dah hujung2 ni banyak battry camera dah out. Camera aku just nice2 jer sbb aku
set tuk puncak jer. Hikhikhik.....
Apa yang ko merepek ni Ijal?
Kaki busuk pun nak snap gak?
6.30 petang kami meneruskan perjalanan kami tuk campsite
Kem Agas. Rasanya mcm kena OT ni. Amaran dari Zul, jgn ader sesiapa pun yg tertinggal. Kalu ter
gap, sila jerit atau
stop kan org depan.
Xnak kejadian buruk berlaku k.
Perjalanan mlm tu agak perlahan walaupun
Zul dah suruh lincah. Ye la, ramai org
rabun mlm ma. Di tambah dengan kaki melecek dan mental down.
Standard la bila dah hujung2 ni. Hikhikhik... Aku plak letih asyik dgr 'Stopppppppp!!!!' Hehehehe.....
Entah jam berapa, kami jumpe sungai pertama. Zul pun benti dan membuat keputusan
campsite kat situ jer memandangkan ramai yang dah
'macam2'. Horeyyyyy!!!
Makan malam
that night agak lewat. Maklum la
masing2 dah pewai. Siap tidur awal pun ader. Pastu jam 2 bangun gi dapur minta makanan. Hahaha..... Aku pun malas gak time tu sbb ibu jari kaki dah menunjukkan sintom2 melecek. Tp paksa gak diri ni tuk ke dapur tuk makan.
Pergi dengan Jiky.
Lepas makan masuk khemah nak tidur, Put pula terjaga. Pastu nak makan. Eeeee..... Hahaha.... Chapek pun.
14 Jun 2010 Selasa
Hari terakhir kami dalam hutan...
Dari celahan pokok2 terlihat sinaran matahari yg menyimbah kawasan perkhemahan kami. Dengan asap2 dapur dan sampah lagi, menambahkan lagi keindahan
'Raw Of Light'.
Good morning Putera
Siap2 tuk packing
Jiky
Bekerjasama lipat fly
Hari ni dah nak keluar. Tapi harus di ingat bahwa
perjalanan keluar ni pun makan masa gak dow. Walaupun
trekking turun dan landai jer, tp jauh. Ikut perkiraan aku, kami melintasi melebihi
30 anak2 sungai. Iskh3....
Dalam trekking turun ni pun ader gak yang kena sengat. Jiky lagi sekali kena. Alahai.... Dah 3 kali....
Jalan punya jalan, kami pun sampai di lintasan
sungai terakhir. Sempat lagi diaorg ni mandi2 kat situ. Padahal kat kg (landing point) sana pun ader gak. Menurut Zul, lagi
30 minit berjalan, akan sampai perkampungan orang asli
Sg Renyit. Di situ adalah landing point dan akan di
pick-up oleh Kumar dengan 4wd ke
masjid Kg Raja.
Macam2 gaya sbb dah habis
Jam 5 lebih, kami pun sampai di
perkampungan tersebut. Cantek jer kawasan kampung diaorg. Bersih jer.
Sedang memberi gula2 pada anak org asli
Berehat sebentar, pastu kami pun persiapan diri. Pakai baju cantek2 sikit. Ye la kan, dah habis. Hehehehe.....
Horeyyyy!!!
Beg yang banyak berjasa (2004-2008)
Dalam dok tunggu2 tu ada la yg dok buat treament. Sapu ubat sana, sapu ubat sini. Hikhikhik...
Melihat telatah anak2 org asli
Treament
Malam kian menjelma. Tapi
Kumar xsampai2 lagi.
Line plak xberapa nak ada. Alahai..... Aku, Naim dan Put siap naik bukit tuk cari lain. Bukan tu jer, siap jalan naik atas lagi. Tu pun xder gak. Atas usaha dan kesabaran, dapat la
1 bar line dan dapat cakap ngan Kumar. Horeyyyy..... Sian pada Naim luka2 sbb
terjatuh dari bukit. Iskh3.....
Penantian
Dalam masa yang sama,
Ijal berusaha keluar tuk dptkan bantuan. Naik motor ngan org asli lagi. Lalalala.....
Walaupun resah menunggu Kumar, pic tetap mantap.
Zakir in glowing
Malam kian melabuhkan tirai malam. Anak2 org asli yang td bermain2 kat sungai pun dah balik. Tinggal beberapa org sahaja yg degil. masih bersantai2 dengan kami. Kemudian bapak diaorg pun dtg cari. Bersepah2 lari. Hahahaha....
Sambil menunggu, kami masak ration cucur manis. Saja nak habiskan ration. Lapar sama benarnya.
Malam yang gelap, menampakkan jutaan bintang2 di langit. Sungguh teruja. Jika di tenung lama2, dpt melihat shooting star. Mcm biasa, radio pun berbunyi. Lagu Kau Ilham Ku nyanyian Mambai. Perghhhhh!!!........ Masuk sehhh!!! Teringat sampai sekarang.... Layannn....
Kesiannya
Penantian akhirnya berakhir apabila
Kumar pun sampai.
Finally
15 minit menanti di Masjid Kg Raja, bus pun tiba. Kami pun naik bus untuk pulang ke
Shah Alam. Tetiba patah balik sbb Put tertinggal drybag dia kat kedai minum. Aduhai.......
Kami selamat tiba di depan
Kolej PTPL kira2 jam 4 pagi. Kami pun bersalam-salaman dan kembali ke rumah masing2....
Kesimpulan dari trip ni ialah aku rasa best la join trip MSU ni. Apa yg menjadikan ianya best ialah attitut setiap peserta yang bersungguh2 untuk menjayakan xpdc ini. Bukan untuk org lain, tp untuk kita sendiri. TAHNIAH pada semua ....... !!!!
~~~end~~~