12.2.16

--- Trans Noring 6 ---

Sebelum mulakan episod akhir ni, nak tanya la satu soalan. Persoalan ni asyik menerpa ke fikiran ku sejak mula-mula kita kat stesen Putra Gombak lagi.

Nea dan Abang Nas cousin betul atau acah-acah kazen?


11 Feb 2016

Semalam punya cerita kita simpan elok-elok. Hari ni hari baru, semangat baru.

Bangun agak awal dan Subuh. Then, lepak sambil baring-baring. Bermalas-malasan. Saper kata Noring hakkur? Taklah. Biasa jer. Kuikuikuikui...

Memandangkan ada sungai besar, kita mandi pagi ni. Yeaaaaaa....

Perlahan-lahan buat pengurusan diri dan packing yang mana patut. Santai jer hari ni. Abang Toba cuba menghabiskan sekotak cabury nya dengan mengagihkannya satu seorang. Aku pun mula-mula macam....Wow...!!! Bawa satu kotak cabury. Tapiiiiiiiiiiiiii......dah expired. Hahahahahaha...

Bila dah siang cenggini, barulah berpeluang melihat kawasan Kem Y ni macam mana. Nak jalan-jalan jap melawat sekitar ni. Sambil tu nak draw plan pembangunan kat sini.

Cuaca yang kering elok bakar sampah kot.








10.2.16

--- Trans Noring 5 ---

10 Feb 2016

Tidur malam memang tak pernah nyenyak. Kadang terjaga, mengiring kiri tidur ku. Terjaga lagi, pusing mengadap atas. Terjaga lagi, pusing mengiring kanan pula. Begitulah setiap satu jam.

Suasana sepi sahaja. Sekali sekala terdengar bunyi daun kering seperti dipijak sesuatu. Apa tu? Nak bangun tegur tak? Eh!!! Takyah la. Biar apapun bunyinya, keluar dari sleeping bag, tak mungkin. Huuuuuuuuuuuu...

Dengkuran Abang Toba superb...kbye!!!

Tetiba ada orang datang dari tepi khemah, "nak tumpang tidur sini boleh tak? Sana agas. Tak tahan."

Sambung tidur...zzzzzz...zzzz.....

Entah selang jam berapa, keluar Azilan dari fly, menuju ke fly nya kembali. Kedengaran, "....tak tahan doww....sini pun banyak agas...."

Ada agas ka? Tak gigit pun. Sambung tidur lagiiiii....

Takkala aku buka mata, hari sudah siang. Subuh kompom terlepas. Perasaan malas nak bangun begitu tebal. Tapi tetiba terasa sleeping bag aku macam basah-basah. Terus bangun. Ada air mengalir masuk rupanya. Huhuhuhu....tak jadi nak sambung tidur.

Hujan renyai-renyai kembali menghantui kami. Air sudah bertakung di fly yang kami tidur.

Jam 11.30 pagi lebih baru kami mula mendaki menuju ke puncak. Daypack jer. Jangkaan masa diambil lebih kurang 3 jam. Trek, pacak sampai puncak. Haaaaaaaaaaa.....jangan nak terkezut.

Starting perjalanan, hujan renyai-renyai.

Berak on trek merupakan satu kelaziman ok. So jangan nak euwwww sangat......




Mengimbas kembali selama 4 hari yang lalu, beberapa topik hangat sering dibincangkan sepanjang trek. Salah satunya V3. Sebut jer V3, teringat aku kepada KeReX. Rasanya sekarang ni dia orang memang sedang on trek menjayakan misi V3. Katanya 21 hari. Ada kata 28 hari. OMG...!!!

Dahsyatkan generasi XXX sekarang ni. Aku nak pergi Broga yang 1 2 jam tu pun aku dah menangis-nangis nak balik, inikan pula 20 hari lebih. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Sebelum ni hanya dengar V1 dan V2 jer. Tetiba ada pula V3. Bukan sahaja V3, ada lagi lain-lain gunung seperti Gunung Tahan daypack. Can't you all imagine. Daypack Gunung Tahan. OMG...!!! Walaupun dalam keadaan terkejut mendengarnya, yes, ada satu group yang aku kenal ni, buat Gunung Tahan, Kuala - Puncak - Kuala dengan hanya 4 hari 3 malam. Viral seluruh pesbuk.

Kalau kita dengar gunung-gunung hardcore, kita akan waaaaaaaaaaaaaaa..... wow..... amazing.... superb... #gengultralite dan bla...bla....bla....

Tapi kalau nak buat Broga seminggu, Tabur 3 hari 2 malam, Bukit Saga 4 hari 3 malam. Mesti hanya bunyi cenggkerik jer kan. Hmmmmm.......... well. Hahahahahahaha........

Apapun keajaibannya, terpulang pada kepuasan masing-masing. Kita sokong seratus peratus. Apa yang aku fikir nak buat sekarang dan masa hadapan jika trekking lagi ialah nak hired porter. Yes, gunung Malaysia jer. Tapi bawa porter. Aku hanya bawa kamera jer. Oh! Yeaahhh...!!!



9.2.16

--- Trans Noring 4 ---

09 Feb 2016

"Tobaaaaa...!!! Ko tengok Zu ni. Dah semakin menjadi-jadi. Dah la semalam tidur tengah-tengah. Kanan Nea, kiri Lina...."

"Zu.....please Zu, behave..."

......................... "Toba, aku difitnah. Ni zaman penuh dengan fitnah. Jangan percaya Toba. Please...." rayu Zu.

Cuaca yang baik semalam memudahkan packing pagi ni. Mudah-mudah pun, pukul 10 pagi lebih gak gerak. Hahahahahahaha... Lagi mudah, lagi malas kan.

Disebabkan dah delay beberapa hari sebelum ni, maka hari berikutnya pasti memberi impak.

Macam biasa, chef-chef sedang menyiapkan braekfast dan lunch pack.

"Nyilu plak rasanya tengok Lina basuh telur...Eh !!!"kata Abg Toba. Semua orang gelak menceriakan lagi suasana. Aku dah mula memahami tema 'Peiwai Tapi Kelakar'.

Kelihatan Gandalf arini ceria wajahnya. Happy la tu sebab cuaca baik. Semalam dan 3 hari yang lalu, jenuh melayankan trek berlumpur bercampur tahi gajah yang bersepah-sepah.











8.2.16

--- Trans Noring 3 ---

08 Feb 2016

"Tobaaa!!! Ko tengok Zu ni. Dia dah pandai dah sekarang. Dok kacau Lina. Semalam dengan Nea, pagi ni dengan Lina plak...."

"Zu...Zu...ko dah berubah Zu. Dulu ko tak macam ni....", kata Toba.

Gurau senda memecahkan keheningan pagi. Kesejukkan pagi ditambah dengan hujan yang masih renyai-renyai turun dari semalam. Bukan dari semalam, dari mula trekking lagi.

On trek semalam aku dah dengar Ana dan Abg Nas dok borak yang mereka memang dah tengok ramalan kaji cuaca. 6 hari street hujan. Satu hari jer panas. Sepatutnya semalam yang panas tapi hujan juga.

Mereka saja tak muat naik kat group. Hahahahahaha... Tapi Fais tahu rasanya. Aku? Aku memang tak pernah la tengok ramalan kaji cuaca ni. Tak terlintas pun.





Menurut gogo, hari ni perjalanan paling jauh. Untuk sampai ke campsite Bongsai, akan melalui Puncak Anak Noring dulu. Perjalanan memakan masa lebih dari 8 jam.

Bayangkan, sekarang jam 11 pagi pun belom jalan. Kompom overtime la malam ni.

Kenapa lambat jalan? Sebab hujan. Hmmmm.....

Jam 10 ke atas, hujan dah mula reda. Matahari pun mula bersinar dan menembusi celah-celah pepohon dan terus ke tapak khemah. Syukur sesangat. Dah 3 hari tak kena cahaya panas matahari. Alhamdulillah...

Maka keluarlah manusia-manusia dari bawah fly. Gosok gigi...berak...bakar sampah...itu....ini....

Azab pagi adalah nak pakai baju trekking yang basah semalam. Berchenta lagi... Apa pun, line semua masih hapening. Aku boleh katakan, Zu ni icon dan idola la tuk this trip.

Cuaca yang baik tidak disia-siakan. Bergambar sakan. Unggun api diadakan bagi membakar sampah, menghangatkan badan dan mengeringkan baju.

7.2.16

--- Trans Noring 2 ---

07 Feb 2016

Selamat pagi semua...

Kedengaran rintik-rintik hujan pada fly khemah. Semakin malas nak bangun. Ruang dapur pun masih sepi lagi...krik...krik...krik...

Entah jam berapa, barulah geng dapur memulakan aktiviti masak breakfast. Yang aku ingat, lebih kurang jam 9.30 baru la cergas nak packing.

Kami punya guide, Ki dah siap packing. Tunggu kami jer.

Packing basah-basah memang berchinta habis...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...