7.5.10

--- dEsaru oH dEsaru ---

Dahulu penulis hanya mendengar, membaca dan melihat sahaja Desaru melalui media2 cetak dan elektronik. Selain itu, Desaru juga selalu bermain2 di bibir teman2 yang ingin bercuti. Alhamdulillah, kini penulis berkesempatan menjejakkan kaki di Desaru.

Photobucket

Terletak lebih dari 50km dari simpang jalan utama JB-Mersing, membuatkan kita agak kepenatan. Namun terubat takkala melihat papantanda Desaru dan Bandar Penawar. Dari simpang depan tu, anda hanya akan melalui tanah perancangan kelapa sawit yang luas gi tu.

Photobucket

Desaru terletak di dalam kawasan Bandar Penawar iaitu KEJORA jika tidak salah penulis. Merupakan salah satu projek seperti Felda dan sebagainya. Oleh itu ianya tersusun dan cool. Di kawasan tersebut terdapat SMK Bandar Penawar, SMA Bandar Penawar, Sekolah Sains Kota Tinggi ( SAKTI ), dan Sekolah Sukan Bandar Penawar. Dasyat seh, carok2 pun ader sekolah sukan lagi. Selain itu terdapat sebuah IKBN Bandar Penawar.

Photobucket

Disepanjang pantai Desaru ini terdapat beberapa resort atau hotel bagi kemudahan para pengunjung. Selain itu terdapat juga padang golf. Tidak diketahui taraf bintangnya. Entah2 taraf bulan je kot. Hahaha.... Kawasan ni ala2 jalan nak gi Batu Ferringgi, Penang.

Photobucket

Ye tentunya sama seperti pantai2 lain yang terdpt di dunia ini, kawasannya adlah berpasir. Berpasir kasar. Pada waktu penulis tiba cuaca sgt panas dow. Tak tahan rasanya. Oleh itu xbanyak pic yg penulis snap.

Photobucket

Ada juga kawan2 kata Desaru ini xder apa2 yg sgt yang special. Mungkin betul dan mungkin salah. Sekali pandang mmg tidak ader yg istimewanya pantai ini. Cuma waktu penulis tiba tu, tidak ramai pengujung. Kebetulan masa tu ada 2pasangan anak remaja yg konon2nya matsalleh sedang mandi di Pantai Hawaii. Ada ka patut mandi tengah2 panas terik macam ni. Hilang akal ker. Dah la tu dok berpeluk2 dengan pasangan masing2. Hmmmm....lantak korang lah. Ai sempat lagi penulis bergossip.......Next.....

Photobucket

Tidak adil rasanya jika penulis katakan pantai ini tidak best. Ok2 saja pantai ini. Kawasan luas. Dia ala2 PortDikson gi tu. Lagipun penulis xtahu nak ukur mcm mana tahap kebestan pantai2.

Photobucket

Lagipun penulis mmg agak kureng dengan pantai2 ni. Melekit dan berpasir. Paling utama, pantai ni sangat panas.

Photobucket

Photobucket

Berhampiran dengan Desaru ialah Tanjung Balau. Mmmm...terkenal ker? Tanjung Balau juga anatara publich beach yang boleh di jadikan tempak beriadah. Pasirnya adalah hitam. Terdapat banyak2 batu di sini.

Photobucket
Tanjung Balau

Photobucket
Muzium Nelayan Tanjung Balau

Photobucket

Di sini juga terdapat sebuah muzium. Muzium ini menceritakan tentang kisah kehidupan penduduk nelayan Tanjung Balau ini pada masa dahulu hinggalah sekarang. Di samping beriadah, dpt juga menimba ilmu.

Photobucket

Photobucket

Apapun alasan, anda boleh berkunjung ke sini dan menilainya.

Jumpe lagi di episod yang berikutnya.

~~~end~~~

5 comments:

  1. di desaru (bandar penawar) juga terdapat institusi pengajian tinggi lain seperti Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instead), Kolej profesional mara dan kolej komuniti bandar penawar.. sekarang nama sekolah sukan bandar penawar dah ditukar nama kepada sekolah sukan tunku mahkota ismail.. ade pembetulan disitu..bukan sekolah sains bandar penawar tetapi sekolah sains kota tinggi (SAKTI).. lg satu KEJORA xterlibat di dalam pembangunan felda..2 agensi yang berbeza.. felda merupakan satu badan berkanun lain begitu juga dengan KEJORA yang merupakan agensi (badan berkanun) di bawah kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah.. bertanggungjwb melaksnakan pembangunan di kawasan pentadbirannya (di dalam bandar2 kejora) 6 bandar2 baru kejora seperti bandar penawar, bandar tenggara, seri perani, petrijaya, bandar mas dan taman seri lambak.. dan pembangunan kawasan luar bandar seperti kampung2 tersusun di dalam kawasan johor tengara yang berkeluasan 1/3 drp keluasan negeri johor..meliputi 2 daerah iaitu daerah kota tinggi dan kluang..

    ReplyDelete
  2. hihihihi.....terima kasih atas info yang diberikan....ni mesti anak jati bandar penawar kan....hihiihi.....

    ReplyDelete
  3. ok nama sekolah sains telah di perbetulkan. Tetapi nama sekolah sukan tidak di ubah kerna nama SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL mula ditukar pada tahun 2011. Artikel ini ditulis pada tahun 2010. Maka sejarah tidah boleh diubah. Rekod akan kekal bahwa nama sekolah sukan itu mempunyai sejarah penukaran....hihihihi..... apapun tq atas info yang sgt berguna tersebut....

    ReplyDelete
  4. Desaru adalah salah satu rancangan pelancongan kerajaan yang gagal kerana ketiadaan peruntukan kewangan yang cukup.

    Asalnya, Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang patut membangunkan Desaru apabila dilancarkan pada tahun 1977. Apabila gagal, projek Desaru diswastakan pada tahun 1995 kepada Desaru Development Corporation. Ditaksirkan sebanyak RM 2 billion telah dicurahkan ke dalam berbagai-bagai projek hotel dan pembangunan pelancongan, tetapi gagal juga. Pada tahun 2010, Khazanah Nasional mengambil-alih Desaru Development Corporation dan mengemukakan cadangan untuk membangunkan Desaru seperti Nusa Dua di Bali.

    Pernahkah kamu pergi ke Bali? Bali memang cantik dan menerima berjuta orang pengunjung dari seluruh dunia. Sebab itu Bali berjaya menjadi tempat pelancongan terkemuka.

    Desaru sukar untuk dijadikan pusat pelancongan antarabangsa melainkan berbilion Ringgit dicurahkan lagi untuk membina kemudahan-kemudahan bertaraf antarabangsa. Dengan ombak yang besar setiap kali musim monsun antara November dan Februari, pengusaha hotel manakah yang sanggup mengambil risiko perniagaan?

    Kita lihat dan tunggu.

    ReplyDelete
  5. hihihi....terima kasih atas info tersebut...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...