24.3.13

--- sErvis Tak bAgus Di Satay Kajang Samuri, Taman Warisan, Putrajaya ---

Malam tadi pergi makan Satay Kajang Samuri cawangan Putrajaya di Taman Warisan. Kali ni bawa family yang datang dari jauh Kedah nun. Order la 25 ayam, 25 daging. Then pinggan n mangkuk tak cukup. Aku minta pinggan tambahan.

Ok dapat pinggan. Bila aku dapat pinggan tu, aku lihat masih ada sisa makanan, nasi himpit. Aku pandang jer pinggan tu. Kemudian pak cik sebelah kata, minta pinggan lain. Then aku cakap kat perempuan tu minta tukar. Dia ambil dan bagi yang lain. Tapi masih sama. Aku cakap pada dia. Dia ambil dan lap jer dengan tisu. Aku masih tak puas hati tapi aku ambil juga. Niat aku, xnak guna pinggan tu.

Sambil makan satay, mata aku memerhati pekerja2nya membuat kerja. Then aku nampak seorang pekerja perempuan mengambil pinggan dari bekas yang sama ke sebalik tiang kaunter (pinggan tu lebih dari 2 yg diambilnya). Dari jauh aku perhatikan dia memotong nasi himpit. Memang aku xnampak sbb belakang tiang tapi aku boleh agak. Tapi memang betul pun dia potong nasi himpit dan meletakkannya di dalam pinggan yang dia ambil tadi.

Darah aku menyirap dan aku terus ke kaunter tersebut. Aku terus bertanyakan naper dia guna pinggan yang kotor itu. Then pekerja perempuan tu dengan muka selamba sambil memotong nasi himpit tu berkata, tiadak semua pinggan tu kotor. Hanya beberapa sahaja. Aku kata lagi bahwa pinggan tadi yg aku dapat pun kotor. Dia jawab, dia dah lap. YES, memang dia lap. Lap dengan tisu!

Datang temannya berkata yg mereka lap terlebih dahulu dan tidak semua pinggan tu kotor. Aku terus suruh dia ambil semua. YESSSS..... semuanya ada bekas nasi himpit. Tapi dia kata lagi yg mereka telah lap. Padahal pekerja perempuan td xlap pun masa dia potong nasi himpit tu. Kemudia datang yg lain berkata bahwa set pinggan tu bukan mereka yang basuh, tapi cleaner perbadanan..... Dengan panas aku blah ke tempat duduk.

Kemudian mereka sibuk2 macam nak tutup kedai. mereka menurunkan pintu kedai sebelah kaunter masakan. Tapi xrapat. Aku nampak mereka basuh set pinggan yang aku kata kotor tu.

Di sini aku bukan niat nak memalukan pihak peniaga, tapi ini perlu dinyatakan. Aku dapati semua pinggan pelanggan yang ada waktu tu adalah sama. Kalau pekerja itu nak salahkan cleaner perbadanan sekali pun, takkan la mereka xleh basuhkan. Owh...! Dah tahu kotor, hidang juga pinggan tu? OMG....... Dari segi gaya bahasa, semua pekerja tu adalah Indonesia.

Pada aku, itu adalah salah dan menjadi tanggungjawab kita as customer menunjukkan bahwa pelanggan adalah benar. Yg benar perlu dipertahankan. Kalau dia minta maaf, aku xder la panas sgt sebenar. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhh........ !!!

Aku masih mencari Bahagian Pengguna Satay Kajang Samuri dan Perbadanan. Aku nak buat aduan. Sape2 yang tahu, boleh bgtau k.

16.3.13

--- Pulau Aur ver.2 ---

Assalamualaikum.... alhamdulillah masih diberi umur dan masih bernafas. Entry kali ini adalah atas permintaan seorang sahabat yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang Pulau Aur. Beliau merupakan seorang juruphoto perkahwinan. Beliau ialah Tuan Azam.

Ok2......xnak panjang2kan ayat bunga nih, di sini aku akan story skit pengalaman aku yang pernah ke Pulau Aur. Sharing is caring. Ye ker? Actually dah ada story tentang pulau nih. Tapi dah lama la. Sekitar tahun 2010. So entry kali ni kira versi 2. Update gi tu. Untuk melihat versi terdahulu, boleh klik di sini.

PULAU AUR, salah satu pulau yang terletak di bawah jagaan Jabatan Laut Negeri Johor daerah Mersing. Selain Pulau Aur, terdapat beberapa lagi pulau lain seperti Pulau Pemanggil, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Babi Besar, Pulau Rawa dan lain-lain. Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung. Untuk ke sana, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Leman. Tidak lupa Jeti Tanjung Gemuk.

Jarak dalam kilometer antara Jeti Mersing dengan Pulau Aur adalah sukar diukur secara tepat kerna jalan laut ni xlurus. Namun begitu, antara jarak yang pernah ditulis adalah antara 60 - 70km. Ukuran paling tepat adalah dalam batu nautika lah kot. Tapi aku xtahu.


Macam mana nak pergi ke pulau nih ek? Haaaaaaa........... part ni yang selalu teman2 tanya bila kata nak p Pulau Aur. Sepengatahuan aku la kan, tidak ada pengangkutan khas untuk ke pulau ni. Maksudnya tidak ada kaunter tiket seperti kaunter tiket untuk ke Tioman. Oleh itu, untuk ke sana, u all kena la cari bot sendiri. Sewa bot la maknanya. Banyak bot di Mersing ni. Tinggal lagi duit jer. Kalu nak murah, dapat la bot slow. Nak selesa skit, kena la keluarkan duit banyak skit. Hahahahaha..... kaedah lain adalah tumpang bot diving dan bot barang.

Jika naik bot slow, masa yang di ambil adalah sekitar 4-8 jam, kebiasaanya. Bergantung kepada keadaan laut. Bot laju pula kurang 2 jam, juga bergantung kepada keadaan laut.

Ok dah sampai Aur. Di pulau ni terdapat 3 jeti utama. Jeti PALING utama ialah jeti Kg Telok Berhala. Sini kira port la. Jeti lain adalah seperti jeti Telok Meriam, Jeti Telok Sebukang dan akhir sekali Teluran. Teluran xder jeti, cuma ader pantai jer. Untuk pengetahuan, Teluran merupakan antara penempatan awal di pulau ini.

Dalam gugusan Kepulauan Aur ni, terdapat 3 lagi pulau kecil iaitu Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang.

Jeti Telok Berhala

Jeti kayu Telok Berhala ni kira jeti paling lama. Namun begitu, dek kerna ombak besar, cuaca dan usia, jeti ini sudah beberapa dibaiki. Kali terakhir rosak teruk sekitar Nov - Disember 2010. Bahagian tengah jeti roboh dek pukulan ombak. Hujung2 tahun memang monsun di sini.





Tahun 2012, jeti batu Telok Berhala memulakan proses pembinaan. Ini bagi tujuan menggantikan jeti kayu lama. Jeti batu tersebut di bina bersebelahan dengan jeti lama ini. Sehingga masa blog ini ditulis, jeti itu belum siap. Secara peribadi, aku very up sad dgn jeti tersebut. Pertama sbb ia batu/simen. Tidak masuk langsung dengan suasana kepulauan. Kedua, mencemarkan pemandangan. Bukan menidakkan kemajuan tp bukan kemajuan yg sedemikian. Adakah bila sebut kemajuan, mesti bangunan simen? Itu silapnya kita. Ok2, yg tu bab lain. Now mode percutian k. Hihihihihi.......







Jeti Batu Telok Berhala


Persisiran pantai Pulau Aur tidaklah panjang seperti kebanyakkan pantai2 yang pernah korang pergi. Persisiran pantai utama pulau ini ialah di Kg. Telok Berhala. Pasir pantainya yang putih, menyerlahkan lagi keindahan pantainya. Di tambah pula dengan lautnya yang biru jernih, amat2 mengujakan. Boleh snorkelling ok. Di pesisiran pantai ni ada la batu2 karang. Tapi tak banyak sebb banyak dah mati. Ye la, semua tongkang datang, semua berlabuh sini. Habis semua. But dont worry, sbb banyak lagi kawasan yg masih selamat. Hihihihi......









Menceritakan detik pertama kali aku sampai di pulau ini (2010), mata aku tak berkelip2 melihat keindahan pulaunya, lautnya, pantainya dan semuanyalah. Nampak ikan2 di dalam airnya. Lagi menarik that time is, jeti pulaunya roboh. Yang tinggal hanya separuh jeti sahaja di laut. Hihihihihihihi......... wow.....

Masjid Jamek Pulau Aur

Keseluruhan penduduk di sini ialah Melayu dan beragama Islam ok. Mereka bukanlah orang asli walaupun berada jauh dari daratan. Mereka sama jer macam orang lain. Bilangan penduduk pula tidak ramai. Mengikut bancian yang pernah dibuat oleh Klinik Desa Pulau Aur, sekitar 150 orang. Itu jika ikut alamat k/p. Kalu nak ikut yang betul2 tinggal dan berada di sini, rasanya xsampai 50 orang. Selebihnya tu balik waktu musim cuti atau ada acara2 je la. Satu yang menarik ialah ada bahasa pulau tersendiri di sini. Ada bunyi seakan2 timur + sarawak. Hihihihihi.....

Menurut cerita dan pengalaman aku sendiri, pernah menjumpai makam di satu kawasan. Kawasan sekitar kebun durian, Payang. Dikatakan makam sebb seni batu nisannya agak berlainan dari kebiasaan yang kita lihat. So, tafsiran awal ialah di situ pernah wujud satu sosio budaya masyarakat yang bersistem.

Perkuburan lama





Kemudahan? Hmmmmm....... menarik di sini, bagi aku la, ialah kerna di pulau ini tidak ada apa2 kemudahan. No ATM, no jalanraya, no kereta, no bangunan, no motor dan banyak lagi noooo...... Its totally pulau n kampung. So jgn la mengharapkan yang mudah di sini. Lain orang lain dia punya kehendak. So bg aku, apa yg ada di sini skrg, cukup istimewa. Tak payah la nak gatai2 nak buat bangunan2 kat sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...