21.9.13

--- Biografi Agung Rasulullah ---


Alhamdulillah selesai membaca sebuah BUKU yang terhebat pernah aku beli dan baca. Tajuk buku ini ialah Biografi Agung Rasulullah. Just nak share apa yg aku baca ni dengan korang. Benda baik, rasa rugi kalu xshare kan.

Tapi terlebih dahulu, buku ni ader sedikit kekurangan dari segi susunan gaya bahasa. Tak banyak yang KURENG sebenarnya. Just beberapa tempat tapi agak memberi kesan skit. Dalam Bab 14 Peperangan-Peperangan Yang Dilalui Rasulullah terutamanya, terdapat beberapa barisan ayat yg bila di baca macam xfaham dan berulang. So, bg saya ianya memberi kesan kualiti sesebuah buku itu.



Ok, jom aku story yg best tentang buku ni plak. Buku ni sangat best dan hampir2 membuatkan aku menitiskan air mata. Terutama Bab 15, 16 dan 17. Bab ini menceritakan saat bermulanya Rasulullah jatuh sakit. Kemudian Baginda tidak dapat mengimamkan Solat Subuh. Maka Baginda meminta Saidina Abu Bakar menggantikan Baginda.

Seterusnya bahagian paling sebak ialah di mana datangnya seseorang pada ketika itu, memberi salam di rumah Baginda (rumah Aishah). Orang itu ialah malaikat Izrail (Malaikat Maut). Kemudian di susuli malaikat Jibrail. Suasana terus hiba takkala Rasulullah menyatakan sakitnya apabila roh sedang ditarik keluar dari jasab.....

Mungkin korang xrasa sgt baca ayat kat atas tu. So anda kena baca dan hayati detik2 tersebut. SERIUSLY..... I'm not joke.....


Dalam bab2 awal dan lainnya, yang menarik minat aku, seperti, umur Saidatina Aisyah diwaktu diakad nikahkan dengan Baginda. Sesuatu yang aku baru tahu.

Seringkali kita mendgr statement 'perempuan pun boleh minang laki'. Pastu kita samakan dengan Khadijah meminang Rasulullah. Sebenarnya SALAH. Haaaaaaaaaaaaaa........ mesti korang macam tertanya2kan. Nak tahu la tu. Buku ni ada di jual di MPH. Hahahahaha........ gurau jer. Nak tahu, kena la baca. Baru la feeling.

Hmmmm.....kalu aku tulis semua yg best tentang buku ni kat sini, korang tentu xnak baca. Sebenarnya banyak lagi cerita2 menarik tentang Baginda di dalam buku ini. Ada part gembira, tenang, sedih dan sebagainya. Tapi paling menyentuh perasaan ialah bab yg aku story kat atas tadi.

Oleh itu, JOM BACA.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...