Ingatkan dah tak sempat nak jalan-jalan shopping di bazar ni. Maklumlah, kerja jauh. Dikesempatan balik awal ke kampung ni, jom jalan-jalan. Sebenarnya, objektif petang ni, aku nak shoot gambar orang jual kuih. Mereka akan berteriak 3 = RM10….. 3 = RM10…….. Depa ni buat jualan penghabisan stock katanya. Nostalgia sangat. Masa dulu-dulu, time raya, mesti datang dan tengok kemeriahan jualan. Hahahahahha….. Tapi sayangnya, tak dapat sebab macam dah takder. So pic-pic yang tak seberapa ni je lah yang ada.
27.7.14
23.7.14
--- Bazar Ramadhan Mersing ---
Assalamualaikum...... hai....salam bazar Ramadhan. Hihihihi..... Ramadhan dah hujung-hujung dah. Ni baru aku berkesempatan menjengok bazar. Al maklum la, area tempat kerja tak ada bazar-bazar nih. Yang ada lautan membiru jer.
Tak per, tak penting pun. Di kesempatan berada di darat nih, aku pun jalan-jalan bazar Ramadhan area Mersing. Tak salah aku, ada 2 bazar Ramadhan kat Mersing nih. Satu yang kat Tunas Manja (seperti dalam gambar2) dan satu lagi kat area Tanjung. Tapak pasar malam.
Untuk petang ni, aku pergi yang berdekatan dengan Tunas Manja. What so special about bazar ni sampai nak masuk blog bagai? Owh...! Soalan ke nih? Ok2.......sebenarnya memang tak ada yang menarik pun. Tak ada nama kuih muih yang mencarut. Tak ada yang pelik-pelik. Semuanya normal.
Aku kan banyak masa, so aku sesaja ja tulis. Saja kasi hidup blog ni. Selain itu, nak shared with outsider of Mersing. Korang jangan tak percaya, bahwa, ada orang tak tahu pun Mersing tu negeri mana?
Hasil tangkapan jalan-jalan bazar kali nih, aku hanya beli roti John ayam, RM2 sahaja. Malas beli. Oklah, nak ending kan entry ni, aku ucapkan selamat berbuka....... hihihihihi
Sangat laku beriani kambing diaorg nih |
Yang ni lagi rileks, sebelum jam 6 dah settle jualan. Lagi laku...hihihihi |
19.7.14
--- Projek Meriam Buluh ---
Ok, petang ni kami berempat mendaki bukit untuk mencari buluh. Nak buat lemang ek? No….no….no…..lemang beli jer tepi jalan. Banyak kedai lemang. Kalu kita buat sendiri, nanti ekonomi diaorang terganggu.
Buluh yang kami nak cari ni nak buat meriam buluh leeerrrrr…… hihihihihi……. Kami mula mendaki sekitar jam 5.30 petang. Setengah jam kemudian, kami sampai di kebun Air Parak. Ni kebun durian sebenarnya. Durian dah dihujung-hujung. Untuk rekod, aku berbuka dengan makan durian selama 21 malam sepanjang Ramadhan tahun ini tanpa miss. Hihihihi……..
Ok, kami pun tebang buluh dan bawa turun. Perjalanan turun mengambil masa 15 minit jer. Semua berlari turun. Masa naik tadi bukan main pancit. Oklah, nnt hasil meriam tu, aku report kat entry yang akan datang k. SELAMAT BERBUKA……
Subscribe to:
Posts (Atom)