Ingatkan dah tak sempat nak jalan-jalan shopping di bazar ni. Maklumlah, kerja jauh. Dikesempatan balik awal ke kampung ni, jom jalan-jalan. Sebenarnya, objektif petang ni, aku nak shoot gambar orang jual kuih. Mereka akan berteriak 3 = RM10….. 3 = RM10…….. Depa ni buat jualan penghabisan stock katanya. Nostalgia sangat. Masa dulu-dulu, time raya, mesti datang dan tengok kemeriahan jualan. Hahahahahha….. Tapi sayangnya, tak dapat sebab macam dah takder. So pic-pic yang tak seberapa ni je lah yang ada.
Jejantas ni selalunya ada sahaja makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang meminta sedekah. Kali ni aku pergi, dah takder. Tak tahulah mungkin kerna time aku pergi ni, diaorang dah balik. Tak pun, semuanya berkumpul di depan Masjid Zahir.
No comments:
Post a Comment