Dalam pesbuk, twitter, instagram, berita televisyen……apa lagi media sosial yang tak sebut? Memaparkan banyak gambar-gambar banjir yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor Timur. Paling teruk ialah Kelantan dengan mencatatkan bilangan mangsa banjir paling tinggi. Rasanya puluh ribu la mangsa banjir. Seriusly….dahsyat sangat.
Di samping gambar, terdapat juga pelbagai status-status berkaitan dengan banjir tersebut. Salahkan pihak itu la….pihak ini la…… Rasanya korang faham la kot permainannyakan.
Paling….paling…paling…..tak tahu nak cakap adalah apabila gambar PM bermain goft bersama Obama dikala negara dilanda ujian banjir teruk. No komen about that sebab tidak tahu perkara sebenar. That isu memang makanan haters. Komen banyak-banyak nanti kena tangkap.
Kemudian, dalam kejadian banjir tu ada trajedi bot penyelamat yang terbalik dan mengorbankan sepasang suami isteri seterusnya menjadikan 6 orang anak mereka yatim piatu. Si isteri merupakan seorang guru. Suaminya aku tak pasti. Maafkan saya.
Antara berita yang aku baca yang aku masih ingat ialah mangsa-mangsa banjir naik ke atas bukit untuk mencari tempat perlindungan. Kemudian ada pula yang post tentang rayuan mangsa banjir yang terputus bekalan makanan.
Actually, banyak lagi. Takkan la aku nak cerita semuanya kat sini kan. Search sendiri ok…
Dalam banyak-banyak mangsa banjir tu, ada juga sahabat-sahabat aku yang juga turut menerima ujian tersebut. Semoga mereka tabah menjalani ujian Allah.
Detik dari itu, berpusu-pasu team bantuan cuba try masuk ke lokasi mangsa untuk membantu memberi bantuan. Antaranya En. Abdul Salam Adam. Bagus orangnya. Banyak jasa beliau. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Allah.
That time aku kat Alor Setar. Terus pasang niat nak join team-team sukarelawan tuk hantar bantuan. Target aku masa tu nak ke Manek Urai. Lokasi yang paling teruk terjejas dalam ujian Allah ini. Banjir di situ digambarkan seakan-akan tsunami kecil. Banjirnya meranapkan hampir keseluruhan penempatan kawasan tersebut. Hmmmmmm… Sedih tengok derita kesusahan yang ditanggung oleh mereka.
Namun hasrat tersebut agak susah tercapai sebab terdapat beberapa kekangan dari aku sendiri. Laluan untuk masuk ke sana tutup untuk semua kenderaan. Bagi mereka yang ada 4x4, no problem. Redah jer. Aku kan kereta kecil jer. Mana mampu nak redah lautan. Laluan yang dibenarkan lalu ialah melalui Muadzam. Jauh tuuuuuuuu….
Ok, saja nak selit sikit kes kenapa aku deactivate my facebook. Terjadi selepas aku post satu status di wall. Aku post berkaitan dengan isu ekonomi 2015 yang bakal merudum. Orang dok shared benda-benda cenggitukan. Then aku terbaca satu status member fb aku yang seolah-olah respon berkaitan dengan post aku tu. Aku baca dan macam seolah-olah dituju pada aku. Seolah-olah aku ni jenis tak prihatin dengan masyarakat. Ibarat aku pro goment la. So, malas nak fikir, terus deactivated… . Pendek kata sentap la. Hahahahahahaha…….
Back to story nak join bantuan, aku tekad nak drive jer. Tengok boleh sampai mana kan. Tapi aku dapat satu mesej dari Siti bertanya hal tersebut dan beliau bagitau ada team kat Kemaman. Dia nak follow. Am pun tetiba nak join. Kami set tuk naik Alza Am. Besar la skit berbanding keta aku yang kecil ni. Hihihihi……
31 Disember, seawal pagi, aku pun bergerak ke rumah Am area Gombak. Parking. Naik kereta Am menuju pula ke Kampung Dato Harun untuk ambil sedikit barang bantuan yang ingin diberikan kepada mangsa. Sekitar jam 10 pagi, aku dan Am terus menuju ke Batu Kikir untuk pick up Siti. Kami melalui Muadzam Shah, dan terus ke Chukai, Kemaman. Kami singgah di Muadzam untuk beli barangan keperluan untuk disumbangkan.
Tiba di sana petang. Basecamp tu bertentangan dengan Hospital Kemaman jer. Merupakan sebuah kedai makan. Atas panduan Shamera, kami pun sampai. Shamera ni antara sukarelawan kat area Kemaman ni. Ada area Kemaman ni yang tenggelam agak dahsyat gak la. Bersama beliau adalah Nas.
Ada lagi sukarelawan kat situ. Yang tolong-tolong packing barang.
Pagi ini, kami bergerak masuk ke Kampung Mat Lagam. Kampung ni antara kampung yang teruk ditenggelami air. Dalam gambar di atas, aku ada letak tanda paras air. Haaaaaaaaa….bayangkan air setinggi itu di kawasan ini. Korang rasa….?
Kami singgah di satu rumah ustaz. Atas pertolongan ustaz, beliau sudi menjadi perantara bagi menyampaikan bantuan banjir ini. Katanya, beliau lebih mengenali dan mengetahui mangsa banjir yang memerlukan bantuan saat ini.
Selepas rumah ustaz itu, kami pergi pula ke sebuah rumah mangsa banjir yang lain. Masa bersalaman dengan tuan rumah, dia kata aku macam artis Noh Hujan. Kahkahkahkah…….. . Beliau bergurau. Hahahahaha…..
Kesan banjir terhadap rumah pakcik ini sangat teruk. Masa kami pergi tu, beliau masih membersihkan rumahnya dari lumpur. Habis baju-baju dan kelengkapan rumah beliau musnah. Termasuklah sebuah kereta. Belakang rumah pakcik ni sungai. Pakcik ni merupakan seorang tukang kayu dan mempunyai kemahiran mengukir .
Selesai bantuan hari ini, kami menuju ke Terengganu. Follow Amin balik kampungnya di sana. Lagi pun, bantuan seterusnya akan tiba pada hari Sabtu. Dari Johor bantuan tersebut.
No comments:
Post a Comment