02 Jun 2015… Semalam tidur tak nyenyak. Rasanya aku terjaga 5 kali lebih. Tidur…jaga…tidur…jaga…tidur…jaga… Sejuk la katakan. Kalau nak kencing, memang tahan sampai pagi. Bukannya apa, kalau buka jer blanket tu, memang sejuk giler. Hidung aku macam biasa bila sejuk melampau, akan berdarah. Jerol? Tak dengar bunyi apa-apa pun. Tidur nyenyak la tu. Mmmmm…
Ambil wuduk, solat Subuh dan terus pengurusan diri. Tak ada masa nak termenung-menung ni. Termenung tu kira power la sebab dapat serap sejuk. Hahahaha…
Belom sempat Hari datang sebut ‘breakfast ready’, kami dah bersiap sedia di dining room. Kelihatan pendaki Singapore tu dah nak berjalan bersama dengan potternya. Mat salleh tu lagi la awal. Kami pun dah tak nampak dia pagi tu. Dia mendaki secara solo tanpa potter. Omputih memang cenggitu. Hmmm…
Menu pagi ni roti gurung, sup cendawan dan black tea. Hari ni kami mendaki lebih awal dari biasa. Jam 6.30 kami dah siap dan mula bergerak.
Destinasi hari ini pastinya Annapurna Base Camp. Horeeeeyyyyy…!!!
Sebelum gerak, jangan lupa bayar duit wifi (Rs 300) ok. Bagi yang tak ada air masak (Rs 150), isi siap-siap.
Kelajuan potter berjalan menyebabkan kami lost trek sedikit. Tercari-cari trek mana yang di lalui potter. But, dengan adanya Jerol, kami bangkit semula dan menjumpai laluan. Syukur.
Menyaksikan sungai yang begitu deras airnya terasa kagum dan sedikit gerun.
Pendakian hari ini semakin mencabar. Bukan trek yang menjadi halangan utama tetapi ketinggian dan suhu. Hari ni aku pakaian baju lebih satu lapis lagi kerna sejuk menggigit. 3 lapis la maknanya.
Pemandangan? Terlalu sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata. Begitu indah. Tak sangka aku diberi peluang untuk melihat keindahan dan kuasaan Mu. Ini baru sedikit yang diperlihatkan. Allahhuakhbar…
Sepanjang trek menuju ke ABC ni, trek dari Duerali tu MBC paling aku suka. Yup…….paling suka. Sebab? Sebab ada sungai dan ….dan….dan…dan….owh….tak tau nak cakap apa. Memang suka. Photoshoot kat sini pastinya superb. Kiri kanan gunung yang besar. Then ada sungai di bawah dan tengah-tengahnya. Arghhhhhh……….cantek giler.
3 jam perjalanan yang sejuk dan terik matahari, kami tiba di MBC. Jam 11.14 pagi. MBC stand form for Maccapucere Base Camp. Maka dari sini dah boleh kelihatan puncak Maccapucere, Gangga dan Annapurna.
Ada persimpangan selepas melintasi jambatan tu. Kalau naik tangga depan tu, akan menuju ke MBC guest house yang first. Kami turn left untuk meneruskan perjalanan. Aku masa tu dah tak nampak Jerol kat mana. Samada dia naik atau left. Aku leftkan jer. Tetiba dari atas kelihatan seseorang memekik suruh naik atas. Aku pun eh! Jerol naik atas ker? Aku jalan lagi dan mamat tu berteriak memberitahu yang atas sana tutup. Aku plak blur, ‘apa yang tutup kat atas sana?’.
Aku mempercepatkan langkah untuk naik pada satu tempat yang lebih tinggi. Yes, aku nampak Jerol sana nun jauh. Aku tunggu sekejap kat situ supaya Daya, Rina dan Fadi nampak. Then baru aku jalan menuju ke Jerol dan potter.
Setiba di sini baru la nampak satu lagi guest house. Patut la mamat tadi dok pekik-pekik. Guest house atas ni memang tutup pun.
Kami berehat sebentar sambil menunggu yang dibelakang. Kawasan ni ada helipad. Termasuk yang ini, ada 2 helipad. Helipad ni memudahan helikopter mendarat jika ada sebarang kecemasan.
Lebih menarik, di sini dah boleh nampak lebihan-lebihan ais. Di bawah kepingan ais tersebut pula terbentuknya sungai. Pemandangan Annapurna Range semakin superb.
Perjalanan diteruskan. Angin bertiup kadang-kadang kencang, kadang-kadang perlahan. Sejuknya terasa amat. Jika tadi aku cakap trek bawah sana best, sini lagi best sebab kelihatan sungai-sungai kecil yang terbentuk dek ais yang mula cair.
Pemandangan terlalu indah. Perasaan terlalu teruja. Rina berkata, ‘I tak sangka yang boleh sampai ke sini. Rasa bersyukur dan tak menyesal memilih untuk teruskan trip ini’.
Aku dan Jerol dah mula kehadapan meninggalkan yang lain. Kami dua dah melepasi kawasan salji tapi mereka masih belum kelihatan. Jerol tanya, nak tunggu tak? Aku kata, terpulang. Jalan slow-slow kot sebab sejuk sangat ni. Aku nak terkencing. Cuba tahan tapi dah tak tahan. Sejuk pun sejuk lah. Kencing jer.
Menurut Jerol, masa dia bawa group yang lepas, kawasan ni penuh dengan sajli yang tebal dan memutih. This time, hanya kawasan padang rumput jer. Lagi 2 3 minggu lagi kawasan ni lagi cantik dengan warna hijau dan bunga-bunga. Wow…
Ok, dari jauh dah nampak guest house. Alhamdulillah… Yup, itulah ABC. Sekali sekala guest house tersebut di tutup kabus.
Nampak macam dekat tapi lama sangat nak sampai. Hahahaha…
1 jam lebih berjalan dari MBC, kami pun sampai di signboard Annapurna Base Camp (4130 meter) ni. Jam menunjukkan 1.20 petang. Syukur pada Allah. Segala keletihan dan kepenatan hilang serta merta.
3 lagi yang dibelakang masih belum kelihatan kelibat mereka. Sambil menunggu tu, sempat la bergambar selffie sekeping dua.
Aku dan Jerol terus naik ke guest house. Tak tahan la nak tunggu kat sini. Angin dia sejuuuukkkkk……
Di dining room kelihatan potter kami, mat salleh, potter singapore dan owner guest house. Berehat sambil menunggu yang lain sampai.
30 minit kemudian, baru nampak kelibat teman yang lain. Alhamdulillah pada mereka atas kegigihan melawan ketinggian ini. Hahahaha…
Check in dan buat pengurusan diri. Tak banyak sangat nak uruskan diri. Nak mandi memang jauh la. Pastu kami order makan tengah hari.
Yup…kami sampai awal sangat. Lepas makan tengah hari, lepak-lepak jer kat dining room. Nak lepak dalam bilik, terlalu sejuk. Baring-baring, baca buku, berbual, main kad dan sampai bosan tak tahu nak buat apa. Pemandangan pula berkabus. Maka tak clear sangat.
Sekali sekala terdengar Jerol ketawa kecil membaca buku Amran Fans. Aku dah settle baca buku tu. Sekarang tengah plan nak tanam buku tu kat sini. Ya…nak timbus dengan salji.
Jerol plak waktu petang tu, dah mana menghilang. Kulit kebal betul. Aku dan Rina hanya mampu dalam dining room jer. Terfikir gak aku, rugi kalau lepak dalam sini jer. Tapi disebabkan tak tahan sejuk, tak mampu nak keluar.
Malam menjelma. Settle solat Maghrib dan Isyak, kami makan malam. Selesai makan, sempat berbual dengan mat salleh tu. Beliau datang Nepal untuk membantu mangsa gempa tempoh hari. Selepas macam tak ada apa yang boleh dibantu lagi, dia pun plan mendaki. Maka datang la ke ABC ni. Umur? Haaaaaa…..umur baru 21 tahun. Nama dia Jim. Berasal dari Greece. Dia mix with Poland. Kalau kat Greece, member panggil dia D’mitri…bla….bla…bla…
Nak shared satu perkara. Masa kami nak order makan malam, Jerol tak order makan malam. Dia kata nak makan maggi jer. Alasan dia, malam tak perlukan tenaga. So makan light-light jer. Suddenly aku pun terfikir, betul juga kata Jerol tu. Buat pa makan berat-berat waktu malam sebab tak melakukankan aktiviti berat.
Mungkin ini boleh dipraktikkan. Why not la kan…
Owh…keboringan kami bertambah takkala wifi tidak dihidupkan. Seday kan. Katanya nak jimat elektrik.
Kami lepak di dining room hingga owner nak tutup kedai. Hahahahaha… Selamat malam…
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete