24.9.20

Trip Mak Mak Ke Janda Baik dan Bukit Tinggi, Hari Pertama

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (QS. Al-Baqarah: 286).

Sebelum ini, kalau mendengar ayat di atas, aku akan rasa. Tapi sekarang, aku lebih merasainya. Sangat mendalam buat diri aku.

Ok guys, trip hujung minggu datang lagi. Time-time PKP ni, setiap percutian sangat-sangat berharga. Ke mana kali ini? Yup, minggu ini kita ke Pahang lagi. Hahahahaha...... Pahang macam popular plak. Kita akan ke Janda Baik dan Bukit Tinggi.

Entry kali ini rasanya susah sikit aku nak kembangkan cerita berikutan line up nya. Line up kali ni sukar dipredict kerana tak kenal. Sehinggakan kuasa telepati aku pun gagal membacanya.

Ok....aku akan story tentang perjalanan sahaja. Jam 8.30 pagi aku di ambil oleh 2 orang sahabat, Hafiz dan Ustaz. Menuju ke tempat berkumpul iaitu di SK Bandar Mersing. Selesai parking dan memindahkan barang, kami pun bergerak.

Perbincangan di dalam group (aku tidak ada di dalamnya), nak breakfast di mana? Macam biasa, aku mencadangkan Nasi Kerabu Honey. Dan macam biasa, cadangan ditolak oleh majoriti team wanita. Katanya tak sedap. Uik...aku pun hairan kenapa semua tolak. Mesti ada sesuatu ni. Tanpa ada keputusan, akhirnya kami berhenti di sebuah kedai makan yang aku pun tak tahu nama apa. Tapi aku pernah sekali makan di situ.

Semua kelihatan happy makan di situ. Dengan tema no rushing untuk sampai ke destinasi, maka kami pun tidaklah stress mengatur perjalanan.

 
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Berhenti seketika di Petronas Rompin untuk isi minyak dan membeli kudapan. Tq pada sis yang belanja makan aiskrim. Owh...aku lupa nak mention. Kebiasaannya kereta ni bertiga tapi kali ini ada seorang sis yang tumpang sekali. Dah lupa nama sis itu. But its ok.

Kami mula menghampiri simpang Kuantan. Dalam group dah bertanya-tanya nak ikut jalan mana? Ikut jalan itu....jalan ini....tak, jalan itu.....jalan ini....ikutlah mana-mana. Hahahahahahahahahahaha....... Masing-masing ada punya mazhab.

Mencari namanya GT Villa agak sukar ditemui. Map dah bawa sampai ke satu tempat yang tidak ada villa itu. Tapi team lain berjaya menjumpai. Agak sedikit ke dalam dan signboard pun tak banyak Ada tapi kecil. Hummmmm......
 
Nice juga resort ni. Banyak pokok. Ada sungai kecil tapi tak menarik sangat. Hihihi.... Rehat dan membuat persiapan diri. Petang ni ada aktiviti ATV. 

Seperti yang telah dirancang, semua telah bersiap sedia menuju ke lokasi ATV. Masing-masing so excited. Pilih helmet dan ATV yang sesuai ikut saiz. Sedelum masuk trek, kami pandu uji di trek yang telah disediakan. Dapatkan keserasian kenderaan tersebut dengan anda. Tak puas hati, cakap jer pada adik-adik yang membantu itu. Tapi jangan la minta yang bukan-bukan seperti nak tinggikan seat, nak laju, site mirror dan lain-lain.

Benda bermotor ni, kalau dah digunakan oleh ramai manusia, takkan jadi sempurna dah. Dah habis maintain tu. Asal boleh jalan jer, dah kira syukur amat. Tapi kita faham, kita sebagai pembayar akan rasa kecewa. Tapi itulah hakikat.
 





 
Semua dah sedia, kami pun dibawa menuju ke trek hutan. Maka beraturlah seperti lipan mengekor kepala. Tak laju dan tak perlahan. Boleh la.

Trek pun tidaklah sesukar mana. Cuma ada satu bahagian jer yang mendaki. Cuak juga pada yang tak biasa. Tapikan, aku masa mula-mula high expectation tentang ATV ni. Hahahahahaha..... Aku dah membayangkan trek lecak. Masing-masing akan drive laju-laju. Sama macam dalam tv. Ekstrem aktiviti. Tapi tidak.

Sesuai dengan line up. Kalau betul-betul macam yang aku bayangkan, kang ramai yang tak nak join. Tapi its ok. Overall, ok. (Ayat cover)......



 



















Aktiviti ATV tadi selesai. Kami kembali ke resort dah rehat. Ada yang nak mandi-mandi sungai. Ok layan.

Malamnya kami berbabeku. Tidurrrr........esok ada lagi aktiviti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...