Rasanya dah sebulan lebih aku tak berbasikal. Ada la masalah tertentu yang membuatkan aku tidak berbasikal. Boleg rujuk entry yang sebelum ini ok.
Ni PKP 2.0 hari yang ke 3. PM kata berbasikal boleh tapi tak boleh berkumpulan ramai-ramai. Aku punya emosi pun lately ni dah semakin stabil. So why not berbasikalkan. Destinasi sama jer iaitu ke Air Papan. Dalam mode PKP tidak boleh pergi lebih dari 10 km walaupun rumah aku ke situ sebenarnya dah lebih.
Alhamdulillah, polis pun belum bertegas.
Suasana di sini sepi. Tapi suasana agak lain berikutan hujan lebat berhari-hari dan air pasang besar. Banyak pasir dan sampah naik ke darat. Sampah-sampah adalah dari manusia. Laut cuma kasi balik jer. Dia pun tak nak.
Keadaan banjir di Mersing pun rasanya dan semakin pulih. Alhamdulillah.
Berikutan MTB masuk bengkel, bawa RB pagi ini.
Dalam berbasikal ni, aku mula dengan solo. Kemudian ada partner, Halim. Terbeli RB pun sebab Halim. Pastu berjinak-jinak dengan off-road dengan Mat Ju, Akram, Payed, Farid, dan ramai lagi. Tahun ni Halim pun dah pindah ke Kelantan maka ride RB sorang-sorang je lah. Hihihihi......in shaa Allah nanti ada geng baru.
camera n basikal, camera n basikal bila nk berpasangan dik non ooiiii
ReplyDeletehe he he... sorry jgn mareee haaa..
its ok......
Delete