Assalamualaikum guys.....hai...hai...hai....
Hari ni kita ber SV lagi. Tapi hari ni lain sikit kerana satu team akan ke perkampungan orang asli jauh ke dalam sana untuk membuat bancian. Satu lagi team akan ke area....area...area.....arghhhh...tak ingat. Takper, nanti kita ingat, kita bagitau semula.
Entry kali ni aku cuma nak cerita tentang team SV yang akan menuju ke Kg. Tewowoh, Punan dan Peta (jika berkesempatan).
Sarapan dulu.
Turut serta bersama SV pagi ini ialah YB Alwiyah yang datang memberi semangat.
Taklimat sebelum berpecah kepada dua team.
Bancian ke perkampungan orang asli di bantu oleh beberapa agensi dari segi kenderaan pacuan empat roda. Sokongan paling diharapkan ialah JAKOA. Agensi lain yang menyumbang dari segi kenderaan ialah Jabatan Perhutanan, JKR, Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan _____________ .
Selain mengambil gambar, Kak Lin minta aku ambil sedikit video sepanjang perjalanan. Katanya permintaan orang atasan. Aku dengar video jer dah pening. Ini kerana ia bukan aku punya kepakaran. Seriusly.... Takut tak mampu. Video dan gambar pegun actually tak boleh orang yang sama kerana fokus berbeza. Tapi Kak Lin kata, ambil jer. So aku sahut je lah cabaran tersebut.
Macam kumpulan koir plak |
Memasuki simpang ke Peta/Punan |
Alhamdulillah, jalan tidak teruk sangat. Kering dan berdebu sahaja. Terumbang ambing sedikit dalam 4x4. Nak sleep pun tak dapat. Driver Pejabat Hutan pun ramah. Banyak yang beliau kongsi sepanjang perjalanan. Ye lah, beliaukan orang perhutanan. Banyak berkisar tentang alam dan fauna.
Jalan ini kalau hujan tak macam ni ye guys. Penuh lecak. Laju jer pemanduan. Berdesup hilang.
Ladang-ladang dalam ni dimiliki oleh pelbagai syarikat dan invidu. Maka terdapat beberapa pintu gate kami lepasi. Gate-gate ini ada elektrik bagi menghalang pemilik hutan sebenar iaitu gajah.
Sejam kemudian, kami pun tiba di Kampung Tewowoh. Tidak ambil masa yang lama untuk rehat, kami terus menjalankan bancian.
Memandangkan bilangan penduduknya yang tidak ramai, maka kami tidak ambil masa yang lama untuk selesaikan tugas.
Perkara menarik sepanjang perjalanan ini adalah frekuensi radio clear giler, Best 4 FM. Kita kat bandar Mersing pun radio dapat tak dapat. Tapi dalam hutan clear plak.
Rancak mengagihkan tugas |
Mendapatkan maklumat penduduk |
Tidak semua orang faham tentang pentingnya pengambilan vaksin. Orang kampung ini sendiri menyatakan yang mereka dapat maklumat tentang kematian selepas mengambilan vaksin menerusi media sosial.
Maka menjadi tugas SV untuk menjelaskan dan membetulkan fakta-fakta auta tersebut kepada masyarakat kampung orang asli.
Memberi penerangan |
Hah? Buat apa tu? |
Sambil menyelam minum air |
Dari Kampung Tewowoh, kami menuju ke Kampung Punan pula.
Pada mulanya masa aku baca dalam group, bukan nama Tewowoh tapi Terowong. So that why aku macam sedikit excited. Ye lah, nama Terowong tu memberi satu gambaran sesuatu yang menarik. Tapi apabila nampak papan tanda sebenar, rupanya Tewowoh. Hahahahahahaha....... But its ok. Its still menarik.
Ayuh...! Teruskan perjalanan.
Kurang dari sejam, kami selamat tiba di Perkampungan Punan. Terus parking berdekatan dengan sungai. Terus lincah buat kerja.
Cuaca pula, alhamdulillah banyak menyebelahi kami. Tidak terlalu terik. Just fine-fine ajer.
Berkerumun tengok apa tu? |
Sekolah lama SK Punan |
Menurut salah seorang ibu yang sedang berPdPR bersama anaknya memberitahu kami bahawa baru minggu ini mereka ada talian telefon dan internet selepas menara telekomunikasi baru siap.
Sebelum menara siap, ada juga talian internet dan telefon tapi mereka perlu ke port-port tertentu. Masa dalam perjalanan ke Punan tu, kami dapat lihat beberapa kawasan yang ada tempat pelita. Menurut abang driver, itulah antara port-port orang kampung untuk mendapatkan talian.
Kalau ikutkan alamat Punan ni dalam kawasan Endau which mean its under Mersing. Tapi bila sekolah, under Kluang. Aku pun tak faham.
Banyak berbincang mungkin |
Ketua Kampung Punan |
Bersama Ketua Kampung Punan |
Menurut abang driver, jika kita ke Peta, berkemungkinan kita sampai di Mersing adalah Maghrib.
Menuju ke Kg. Peta |
Hujan sangat lebat di Peta.
Hujan lebat |
Tiba di Mersing sebelum Maghrib |
Alhamdulillah....selamat kembali ke Mersing. Apapun, hajat untuk sampai ke Punan tercapai. Tanpa SV mungkin aku takkan pernah jejak ke situ. Tq SV. Pada mereka yang nak video, ada bawah ini.
Terbaik Tuah.. Penceritaan x pernah x padu.. 👍Caiyok.. 💪
ReplyDeleteHahahahaha.....terima kasih.....
Delete