12.9.21

--- Pulau Mawar Sorang-Sorang ---

Adalah dendam tak terucap
Rahasia yang tak terungkap
Inikah perih yang tertahan?
Hingga ku tak sanggup melawan?

Adanya aku pernah diminta
Sosok terindah yang dipuja
Kini lepas jauh terhempas
Karenamu 'kan terbang bebas

Cintaku dicela, rasa dilupa
Olehmu, olehmu
Dan aku disapih perlahan jadi buih
Olehmu, olehmu

Bangun seawal pagi. Menanti Subuh sambil bersandar di kerusi ala-ala gaming. Tanpa membuka komputer. Perlahan-lahan menarik dan menghembus nafas. Semalam macam susah tidur walaupun sudah in-hale eo lavendar. Rasa macam nafas tak cukup. Ku sapu pula eo peppermint di dada. Ingin lari keluar dari rumah. Sambung tidur hingga terjaga.

Ada sesuatu yang membuat emosi dan fikiran ku terganggu. Ligat otak ku fikir untuk ke mana? Ok, Pulau Mawar. Mesti ada sesuatu di sana awal-awal pagi ni. Ku capai A6000 dan A7R2. Owh....tripod juga. Walaupun aku jarang guna tapi just in case.

Sebenarnya petang kelmarin juga aku ke sini. Niat nak photo-photo tapi hujan.

Jam menunjukkan jam 7 pagi... Aku mempercepatkan pemanduan agar tidak terlepas sesuatu. 

Setibanya di sana, ada sebuah van dan sekumpulan lelaki dan wanita sudah berjalan menuju ke destinasi. Gaya dari jauh, bukan orang Malaysia. Pekerja asing. Hahahahahaha.......

Aku menanti sahaja di dalam kereta kerana hujan renyai-renyai. Pemandangan mendung dan berjerebu. Tak tahu nak shoot apa. Angin sesekali bertiup kencang. Dari jauh kelihatan hujan mula lebat dan tiba di kawasan ini. Lepak jer la dalam kereta.

Lebih kurang setengah jam berlalu, hujan mula reda. Aku keluar untuk cuba cari bahan. Sedang asyik mengambil foto yang tidak wow!!! itu, aku di sapa oleh seorang kenalan. Seorang cikgu, Azhar. Borak-borak. Kemudian aku mengambil keputusan untuk follow dia. Katanya mau ke lokasi yang baru. Amazing. Bersama beliau adalah ex-studentnya yang kini belajar di UPSI. Azri nama panggilan. Betul atau tidak aku tak pasti. Aku dengar-dengar gitu je.

Cikgu Azhar nak ke Batu Tingkap tapi bukan laluan biasa. Katanya ada satu jalan yang boleh cross melalui denai.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat aku potretkan. Cuaca memang mendung so gambar kelihatan malap gituuuu. Hihihihi......

Laluan denai

Laluan biasa apabila air surut



















Selesai. Kami berpatah balik menuju ke pakir kereta. Kami tidak ke Batu Gerbang kerana dah biasa. Tajuk pun dah tak sorang-sorang. Hahahahaha.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...