Assalamualaikum guys..... apa khabar?
Hmmmmmm.....trending di sosial media terutama TikTok tentang seorang pensyarah memarahi pelajarnya kerana tidak memliki laptop. Hmmmmm.....
Nak marah.....kena sabar....nak marah....kena sabar......ermmmmm.......
Rata-rata memang mengecam habis-habisan pensyarah tersebut. "Jabatan Netizen" begitu teruja dan bangga apabila benda ini memihak kepada mereka. Semua orang menyokong dan mengongsi atau ulang siar video tersebut. Maka rating like pun naik di akaun masing-masing. Booommmmmmm....!!!
Entry ini tak menyebelahi mana-mana. Aku juga tak tahulah nak cakap siapa benar, siapa salah. Yang aku nak fokus ialah orang-orang yang tak tahu benda yang hanya sekadar melihat video pendek tu jer. Terus boleh menghakimi. Power guys. Malah ada juga golongan agamawan terkenal siap buat parodi lagi tentang isu tersebut. Hadis-hadis dimuatnaik bagi menempelak situasi tersebut. Memang rancak.
Yang pasti student tu dikasihani la sebab dia adalah mangsa dan ramai yang mengecam pensyarah itu.
Hari ini dah masuk hari kedua kes tersebut dan masih ada yang ulang siar dan membuat parodi. Menteri pun siap minta penjelasan dari UiTM. Pihak pentadbir telah dikatakan mengambil tindakan tatatertib terhadap pensyarah tersebut.
Dalam banyak-banyak komen-komen tu aku bersyukur apabila ada 2 dan 3 komen dan video yang memaparkan pemikiran yang positif atau adil sama seperti aku fikirkan.
Kita langsung tak nampakkan site dari pensyarah itu. Mungkin dia ada penjelasan dari pihaknya. So memang tak adillah. Tapi takper, mungkin beliau mengambil pendekatan mendiamkan diri.
Aku ingin membawa beberapa senario yang boleh kita samakan dengan situasi ini. Masa sekolah ditutup, KPM mengarahkan PdPR dijalankan bagi melangsungkan proses pembelajaran. Tak lama dari itu timbul plak isu murid-murid tiada gajet bla...bla...bla.... Bila ditanya pada masyarakat, itulah jawapan popular. Tapi yang aku hairan, bila aku naik motor petang-petang ronda-ronda taman dan pantai, aku tEngok budak-budak berkumpul sambil main game. Ye lah sebab ditangan masing-masing ada henset, buat apa lagikan kalau bukan main game. Bila ke laporan PdPR, yang masuk Google Meet hanya satu peratus sahaja murid. Tertunggulah cikgu dalam GM tu.
Untuk mengaitkan senario ini, para-para netizen ni terfikir tak benda tu? Kadang-kadang pelajar ni, bab belajar, ya Allah......daif gila. Tapi bila nak memiliki gajet, bukan biasa-biasa. Henset tak nak yang murah. Nak yang latest sebab boleh main game dan fetures yang terkini. Kasut, sekali tengok, wow...!!! Adidas, Nike, Snikers dan seumpamanya.
Aku bukan nak kondem student tu. Taaakkkk...... Aku lebih kepada penjelasan dari kedua belah pihak. Masalah sekarang ni yang kita nampak hanya dari satu pihak sahaja. Cuba kita try cari member-member student tu dan menemuramah mereka. Entah-entah ada perkara-perkara yang membuatkan kenapa pensyarah itu angin sangat.
Jika student itu berfikir secara rasional, dia boleh jer hantar aduan kepada pihak pentadbiran sebab dia memang ada bukti. Tapi kenapa dia memilih untuk memuatnaik ke media sosial dan menjadikan para netizen menjadi hakim yang berat sebelah itu. Anda mungkin menang sekarang tapi apa yang akan anda jadi pada masa depan? Adakah anda sama seperti netizen?
Satu kes lagi......ni zaman masa aku study. Ada seorang member ni, dia laptop tak ada. Henset pun tak ada. Tapi every sem dekan. So aku berdoa agar student ini menjadikan kritikan pensyarahnya itu sebagai pembakar semangat. Buktikan bahawa kerana kritikan pensyarah inilah yang menjadikan beliau kini adalah seseorang yang berjaya dan bukan biasa-biasa.
Bab pensyarah sebut pasal suruh kakak dia jual gelang emas dan B40 tu, iye..... Ia mungkin trigger kepada mereka yang terlibat. Itu aku tidak nafikan. Tapi aku terfikir sesuatu. Hmmmm....nak susun ayat susah agar tidak disalah tafsir. Maka biarlah. Hihihihi......
Ok.....itu jelah. Penat nak taip. Hope tak kena kecam coretan ini. Hahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahaha.......
x dew cerita travel ker???
ReplyDeletesedang sambung yg jepun......sabar yer....
Delete