2.6.23

--- Bukit Senaling ---

Selepas Isyak aku terus tidur dengan niat nak bangun jam 11 malam. Siap-siap dan jam 12 tengah malam lebih baru tayar bergolek. Ini pun selepas Aizat bagitau tak jadi follow. Nampaknya terpaksa bergerak seorang diri. Kena lipat guys. Hahahaha....gurau jer. Dia ada hal sikit.

Seperti yang dirancang, jam 12.30 tengah malam tayar pun bergolek. Kepala macam dah mamai-mamai. Sampai Air Papan, rasa macam nak patah balik. Sebab mata terlalu silau. Tapi teruskan juga.

Dalam silau-silau tu, eh! dah sampai Tanjung Gemuk. Terasa macam nak cancel. Nak pergi Kuala Pilah jauh ni. Lah tetiba dah sampai Muadzam. Hahahaha.....

Dalam lewat-lewat pagi macam ni ramai juga kereta. Ingatkan aku jer. Huhuhuhu......

Sekitar jam 4 pagi, aku pun sampai di pekan Kuala Pilah. Follow map menuju ke starting point Bukit Senaling. Jauh ke dalam kawasan kampung. Seram pula nak park sini dalam gelap-gelap ni. Aku pun keluar semula menuju ke pekan. Lena sekejap depan 7E. Plan macam nak naik awal pagi jer nanti. Nak dapatkan awan karpet. Kalau Ustazah dan Cikgu Yazid lambat, aku follow jer dengan mana-mana group. Kalau tengok dalam internet, macam mudah jer.


Terkejut dari lena apabila masjid berdekatan memasang mengaji. Itu tanda waktu Subuh dah semakin hampir. Hidupkan enjin kereta dan menuju ke Masjid Senaling. Selesai menunaikan solat, aku lincah menuju semula ke starting point. Ada satu kawasan lapang. Rasanya ini pakir bagi pendaki-pendaki. PM ustazah bila nak datang. Katanya jam 8 pagi baru gerak dari Seremban. Perghhhh......terbakar la kalau jam 9 lebih mendaki.

Kenapa tiada orang mendaki hari ni? Owh....hari ni Jumaat. Mmmm...... Selang beberapa minit kelihatan sebuah kereta Exora parking berdekatan dengan kereta aku. Bersebelahan. Aku inagtkan ustazah, rupanya bukan.

Tetiba cermin kereta aku diketuk. Beliau bertanya samada aku nak mendaki ker? Ye jawab aku sambil menerangkan aku menunggu rakan-rakan. Individu itu memperkenalkan diri bahawa beliau adalah malim kawasan sini. Para pendaki Bukit Senaling ini perlu khidmat malim sekiranya hendak mendaki.

Beliau kata selain dari group ni, tiada yang inform untuk mendaki hari ini. So beliau mencadangkan aku join this group. Bayaran RM15. Ustazah syorkan aku mendaki dulu. Aku pun on je lah sebab hari dah semakin siang.

Trek pendakian melalui kebun orang kampung. Ladang getah dan kelapa sawit. Signboard anak panah membantu pendakian. Bukit Senaling ini berketinggian 394 meter dari aras laut (sumber google). Jarak dari strating point ke puncak dalam 3 km. Treknya tidak sukar mana. Mudah jer.

Team yang aku join ini terdiri daripada akak-akak dan seorang jejaka. Mereka dah kali ke empat mendaki bukit ini. Mereka dari Segamat. Sambil mendaki berbual dengan mereka. Sudah banyak bukit-bukit yang mereka tawan dalam Malaysia ni.



Ikut kiri











Sebenarnya dalam kelam kabut tadi, aku tertinggal kamera dalam kereta. Yang aku bawa hanya tripod jer. Adududududu......

So aku guna smartphone jer. Rasa rugi pula sebab ada view yang lawa. Jika mendaki awal lagi ni boleh dapat awan karpet rasanya sebab sekarang ni pun kelihatan ada sisa-sisa sikit. View bukit yang berlapis-lapis menjadikan pemandangan begitu awesome.

Lebih kurang jam 8.30 pagi kami tiba di puncak. Plus minus sejam lebih pendakian. Tapi bagi yang power sebenarnya dalam 30 minit pun boleh sampai.

Dipuncak ini viewnya 360.















Berfungsi juga tripod


Bila snap gambar sendiri dengan menggunakan tripod terasa lain. Teringat aku pada rakan-rakan pendaki masa pergi Gunung Stong yang lalu. Betapa effortnya mereka. Tahniah...!!!

Selesai foto-foto, kami pun bergerak turun. Mana-mana pendaki yang baru sampai, Malim akan kenakan caj. Hahahahaha....

Dalam perjalanan turun berselisih dengan Ustazah dan Cikgu Yazid yang baru mendaki.


Jam 11.25 pagi mereka tiba di puncak

Selesai pendakian, aku meneruskan perjalanan ke Putrajaya kerana esok ada game ragbi di UPM.

Terima kasih kepada Ustazah yang sudi mengajak aku mendaki. Sebelum ini aku pernah rancang nak mendaki Bukit Taisho. Tapi tak sampai-sampai sebab memikirkan jauhnya dari Mersing.

Jumpa next trip.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...