17.10.15

--- Gunung Lambak ---

Terletak di Kluang, Johor, Gunung Lambak ini berketinggian 510 meter dari paras laut. Di kaki gunung ini terdapat taman tema air dan kawasan rekreasi bagi masyarakat awam amnya dan penduduk Kluang khususnya.

Sedang mencari aktiviti mingguan yang ingin dijalankan, seorang teman mencadangkan Gunung Lambak. Aku pun ok selalu. Kemudian aku terfikir yang di Kluang ini ada 1 lagi gunung iaitu Gunung Belumut. So, aku macam kompius skit sebab salah satu gunung tu aku pernah naik tapi tak ingat. Maka aku berharap Gunung Lambak ini gunung yang satu lagi yang aku belum naik.

Sekitar jam 7 pagi, aku dan member bersarapan di Kluang Railway Coffee. Yup…merupakan antara kedai yang popular di Kluang ini. Firstime aku datang. Sambil sarapan, my friend pun story la tentang gunung yang nak di naiki ini. So, aku pun rasa Gunung Lambak ini pernah aku daki dulu. Layan jer lah.

Aku sempat bertanya, Lin dah sampai mana? Kata Azizah, dia on the way. Dia tak bersarapan ngan kita. Nanti dia bungkus nasi lemak tuk kita. Wow…!!!

Gogo yang akan mengetuai pendakian ini ialah Cik Na. Bersama-sama ini juga terdapat satu group yang dikenali Mukmin Bakcpackers. Ahli group ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada peguam, engineer, juruteknik, bank dan macam-macam.

DSC04369

DSC04371 copy

DSC04373

DSC04374

Semua pendaki dah sampai. Bersalaman dan berkenalan secara ringkas. Kami pun memulakan pendakian.

Owh… Rasanya ramai kot pendaki-pendaki kenal Cik Na kan. So tak perlu diperkenalkan lagi.

Selain daripada mendaki, gunung ini juga dijadikan tempat berjogging bagi masyarakat setempat. Kelihatan begitu ramai orang-orang beriadah di sini. Kami melalui trek berturap sebelum memasuki trek hutan.

DSC04375

DSC04376

DSC04377

DSC04378

DSC04380

DSC04382

DSC04384

DSC04386

Dalam 15 minit pendakian, kami tiba di persimpangan. Ada signboard yang menunjukkan jalur pendakian. Anda boleh pilih jalur mana yang anda sukai. Atas nasihat Cik Na, ambil yang biasa-biasa jer. Jangan nak memudaratkan diri. Hahahahaha….

Melihatkan signboard, terdapat satu lagi puncak bersebelahan dengan puncak Gunung Lambak. Untuk hari ini, kami merancang untuk naik ke dua-dua puncak.

DSC04387

DSC04388

DSC04389

DSC04390

DSC04392

DSC04394

DSC04395

DSC04396

Jalur pendakian yang kami pilih, tidaklah semudah yang di sangka. Pacak.

Terdengar ada suara berkata, “dulu memang dah taubat tak nak naik lagi Lambak ni. Kenapa la aku datang lagi…..?”

Kurang dari sejam pendakian dari persimpangan kami berehat tadi, kami pun tiba di puncak (10.15 pagi). Alhamdulillah.

Masih ada beberapa orang sahabat yang perlahan-lahan mendaki. Begitu semangat untuk sampai di puncak. #kipidap

Di puncak ini, terdapat satu menara telekomunikasi. Monyet tidak kurang banyaknya. Berhati-hati ketika anda mengeluarkan makanan atau sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka. Mereka tanpa segan silu akan terus merapati anda dan ingin berkongsi makanan. Jika tak nak bagi, teknik rampasan akan digunakan. Hahahaha…

DSC04397

DSC04398

DSC04399

DSC04401

DSC04403

DSC04405

DSC04411

DSC04417

DSC04420

Ok…dah cukup korum, sebelum meneruskan perjalanan ke puncak yang satu lagi, kami bergambar kumpulan terlebih dahulu sebagai tanda kenangan yang abadi. Hahahhahaha….ayat poyo kan.

Jam 11.09 pagi, kami memulakan langkah menuju ke puncak sebelah. Trek tidak sukar. Jam 12.15 tengah hari, kami sudah sampai.

Adik __________ tetiba tidak mahu meneruskan pendakian. Terpaksalah ibu dan bapanya tidak meneruskan pendakian. Gagal dipujuk oleh Cikgu Azizah. Huhuhuhu…

DSC04421

DSC04422

DSC04423

DSC04427

DSC04428

DSC04430

DSC04432

DSC04434

DSC04435

DSC04438

DSC04439

DSC04440

DSC04441

DSC04442

DSC04443

DSC04444

Selesai… Alhamdulillah…

4 comments:

  1. Assalamualaikum senang tak nK cm trek naik ke puncak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok....mudah jer sebab memang trek orang berjongging...kalu hari minggu bersepah manusia....hihihihi....semuga suksess

      Delete
  2. Assalamualaikum, in shaa Allah 4hb ke sana. Berapa jam utk kedua2 peak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...