3.10.15

--- Gunung Senyum, bergua-guaan jer ---

Jam 4 pagi lebih, kami mula bergerak menuju ke RnR Temerloh dari Gombak. RnR Temerloh adalah meeting point yang telah ditetapkan. Kami membuat pengurusan diri dan solat Subuh sambil menunggu yang lain.

Ketidakcukupan tidur sangat-sangat dirasai. Ye lah dari Pontian seawal jam 4. Naik Gunung Datuk. Turun….terus ke Gombak. Lepak-lepak sampai jam 12. Jam 3 dah bangun tuk ke Temerloh. Hmmmmmm…….what the gigih kan.

Kelihatan juga jerebu masih tebal di sini. Jam 6.30 pagi lebih, kami mula bergerak menuju ke destinasi. Dalam perjalanan, kami singgah kedai makan untuk sarapan. Sedang enak menjamu selera, tiba lagi 3 orang rakan pendaki. 3 orang guru. Hihihihi…

Nak tahu tak naper aku xbanyak sebut pasal nama-nama line up ni? Sebab aku memang belum mengenali mereka. Hahahahaha…. Ok….nanti bila dah kenai, cheq habaq naaa…

dav

DSC02786 copy

DSC02787 copy

DSC02790 copy

DSC02795 copy

DSC02800 copy

DSC02801 copy

Jam 8.30 pagi, kami tiba di Hutan Lipur Gunung Senyum. Tersenyum lebar la aku sebab sampai juga kat sini. Di hutan lipur ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan perkhemahan. Di sini juga menempatkan kuarters jabatan perhutanan.

DSC02806

Macam biasa, ada sedikit taklimat daripada gogo. Kemudian bacaan doa agar perjalanan lebih selamat. Dan yang paling penting ialah foto group. Selalunya orang berfoto group di akhir aktivit, tapi tidak kali ini. Kihkihkih….

Apa yang aku dengar dari taklimat beliau, aktiviti hari ni hanya menjelajah gua-gua di dalam kawasan hutan lipur ini. Tidak mendaki. Hmmmmm….ok. Agak kuciwa di sini. Aku ingatkan mendaki. Aku dah bayang-bayang pose gambar masa kat puncak nanti. Mmmmmm….

Tapi takper la. Takder rezeki. Gua pun gua lah. Lagi pun ni kali pertama sampai. So ok la dari tak dapat apa-apa.

Satu perkara yang mengusarkan aku apabila caving ni ialah gambar. Kamera aku ni dah la cikai. Memang tak leh nak snap la dalam situasi low light. Tripod plak tak bawa. Hmmmm…….

DSC02807

DSC02809

DSC02810

DSC02811

DSC02812

DSC02813

DSC02814

DSC02935

DSC02815

DSC02819

DSC02822

Kelihatan gunung batu kapur ini masih tebal ditutupi jerebu.

DSC02823

DSC02825

DSC02826

DSC02827

DSC02828

DSC02829

Gua pertama yang kami jelajahi ialah Gua Kolam 7. Sepertimana namanya, terdapat kolam-kolam bertingkat yang terbentuk di dalamnya. Gambar? Hmmmmm….. Gelap. Tak nampak. Mampu tengok dengan suluhan headlamp jer. Hihihi…

Ada cerita di sebalik setiap gua-gua yang terdapat di sini. Untuk Gua Kolam 7 ni, korang boleh baca dari gambar di bawah. Klik…nanti gambar tu besar, korang zoom jer k. Akak tak larat nak salin semula. Kuikuikui….

DSC02831 copy

DSC02835 copy

DSC02838 copy

DSC02840 copy

DSC02849

DSC02851 copy

DSC02855

Gua kedua ialah Gua Taman Dua.

DSC02856

DSC02857

DSC02858

DSC02859

DSC02860

DSC02862

DSC02863

DSC02864

DSC02869

DSC02871

DSC02873

DSC02875

DSC02876

DSC02877

DSC02879 copy

DSC02882 copy

DSC02883

DSC02884

DSC02885

DSC02887

DSC02888

DSC02889

DSC02891

DSC02894

DSC02898

DSC02902

DSC02904

DSC02905

DSC02906

Kami meneruskan penjelajahan ke Gua Makam Tok Long

DSC02908

DSC02909

DSC02914

DSC02919 copy

Jom bersilat di Gua Silat. Sesuai dengan namanya, terdapat ruang lapang seperti ruang untuk bersilat. Mmmmm….

DSC02923

DSC02924 copy

Tadi kita dah bersilat. Kini ke danau pula iaitu Gua Danau Impian.

DSC02926

dav

DSC02930

DSC02931

DSC02932

DSC02934

Dah jam 11 pagi lebih. Kata gogo, gua area sini dah settle. Banyak lagi gua-gua di site yang lain. Nak pergi boleh tapi perlukan masa yang lebih. Nak settle semuanya dalam masa satu hari agak sukar. Gogo nasihatkan agar kami balik ke parking dulu, then kita bincang. Bukannya apa, ada yang dari KL. So ada yang nak balik awal. Kaannn…

Gua terhampir, dengan jarak 3.5 km dan 45 minit berjalan ialah Gua Jebak Puyuh. Sekarang jam 11.45 pagi. Keputusan adalah…..JOM…!!! Alang-alang dah sampai sini. Layan jer.

Ok….untuk gua ni, treknya mudah sahaja. Tak der mendaki.Just jalan biasa sahaja. Kalau ada basikal pun molek gak. Hihihihi……

DSC02936

DSC02938

DSC02939

Penemuan yang menarik ialah sebatang pokok yang mempumyai banir yang sangat unik dan cantik. Kawasan ni pun sangat bersih. TERJAGA…

Kemudian, kami jumpa pula pokok keladi dengan saiz yang sangat besar. Rasanya spesis keladi zaman dinasor. Amazing

DSC02944

DSC02948

DSC02949

DSC02951

DSC02953

DSC02955

DSC02958

bty

Gua Jebak Puyuh ni sangat menarik bagi aku berbanding gua-gua yang dilawati tadi. So rugi kalau tak ke sini. Nak story agak sukar kerna tiada istilah yang sesuai. Wow….hahahahaha…..

DSC02961

DSC02962

DSC02970

Sebenarnya untuk sebarang maklumat tentang gua-gua yang di hutan lipur ini boleh diperolehi melalui google. Sekarangkan capaian maklumat lebih mudah. So aku tak perlu la nak goreng lagi kan. Aku cuma bagi info yang takder dalam google.

Ok…kami menamatkan penjelajahan gua di Hutan Lipur Gunung Senyum sekitar jam 2.00 petang lebih.

Tak lengkap rasanya jika datang ke Temerloh jika tak singgah makan ikan patin. Selesai membuat pengurusan diri, kami menuju ke Bandar Temerloh dan singgah di kedai untuk makan tengah hari. Terima kasih banyak-banyak buat Zul kerja belanja kami makan. Hihihihi….

Selesai makan, kami menuju ke destinasi masing-masing.

Trip kali bukan sahaja sekadar menjelajah gua tapi lebih kepada berkenalan dengan sahabat-sahabat baru dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang mereka kongsi. Awesome…!!!

Akhir coretan, aku mengucapkan terima kasih pada gogo and the gang atas penjelahan gua yang menarik ini. Jika ada tersalah bicara dan perlakuan, mohon dimaafkan. Juga pada semua rakan-rakan lain. Kita jumpa next trip…in shaa Allah.

10 comments:

  1. kalo aktiviti hutan kiri kanan mcmni masa jerebu, rasa semput jugak x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.....masa trip kami tu semuanya ok.... :)

      Delete
  2. Salam tuan. Guide ntk explore gua ni kena bayar kan? Berapa rate dia? Ada contact no tak? Plan nak ke sini nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan. Guide ntk explore gua ni kena bayar kan? Berapa rate dia? Ada contact no tak? Plan nak ke sini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan...dah lost kontek dengan mmber2 yg gogo trip ni.

      Ikut prosedur memang cam gitu lah...guide dan permit semua. kat situ ada pejabat ranjer.....

      Delete
  4. TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
    KHIDMAT JURUPANDU ARAH BERLESEN
    KHUDMAT MELIPUTI:
    -Permit pendakian
    -Laporan polis
    -Khidmat Nature guider
    -Kit Perubatan(asas)
    -walkie talkie
    -explorasi gua

    ANDY
    017-9997790
    whataps/sms/call

    ReplyDelete
  5. Bile sampai kat pejabat ranger tu,semua prosedur tu boleh dibuat pada haritu juga atau harus tunggu berapa hari dulu baru boleh mendaki?

    ReplyDelete
  6. Kalau nak menjelajah gua nye, bab2 prosedur ni, masa tu datang masatu juga settle kan smuanye ye permit dan dptkan guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...better u call terus pejabat ranger tersebut dan tanya apa yang patut....hihihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...