22.12.18

--- Adhoc Sungai Lembing ---

Jam 7.30 pagi, tayar kereta bergolek menuju ke Kuantan. Perjalanan dari Mersing ke Sungai Lembing di jangka mengambil masa dalam 3 jam 15 minit berdasarkan google map. Raiz dan Daus juga sudah dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Lembing.

Trip kali ni lebih meraikan Raiz yang ingin menghabiskan saki baki cuti tahunannya. Sebab itu nama trip ni 'adhoc'. Plan percutian ini 3 hari 2 malam.

Aku berhenti sarapan di MacDonald Pekan kerana Raiz dan Daus kata nak berhenti sarapan juga. Ok...fine...!


Settle makan, dapat mesej dalam group menyatakan makan tengah hari di Warung Pak Su dan Mak Su di Tanjung Lumpur, Kuantan. Aku tak sedar sebenarnya dari Pekan ke lokasi tersebut tidak jauh. Hanya dalam 20 minit.

Maka aku sampai awal di warung tersebut. 2 lagi member memberi ETA 1138 ke lokasi tersebut. Beza masa dengan aku dalam 45 minit. Hmmmm.....aku tunggu dalam kereta je.

Disebabkan ketibaan kami agak awal, maka makanan yang ada belum cukup. Daus mencadangkan makan di tempat lain. Follow google ke Gobang Maju Ikan Bakar Tempoyak. Tak jauh dari warung tadi.

Selesai makan, terus menuju ke Sungai Lembing. Jarak sekitar 45 km lagi.



Solat



Penginapan kami di Sungai Lembing adalah di Casa Hill Resort. Telah ditempah oleh Raiz melalui telefon. Harga bilik dengan 1 queen dan 1 single adalah RM 4xx untuk 2 malam. Mahal atau murah? Hmmmm...kalau pendapat gue, MAHAL. Tapi kalau harga tersebut diukur dari segi konsep dekorasi, yeaaa....kena dengan harga.

Ada kolam bersebelahan dengan reception. Dari sini bilik-bilik resort ini menggunakan kontena yang diubahsuai menjadi bilik. Menarik....cantik....



Boleh sewa basikal, RM 3x / day




Nombor bilik 215, terus naik untuk berehat. Berehat sungguh Raiz dan Daus.

Keadaan bilik agak panas atau bahang walaupun penghawa dingin sudah dipasang. Malah ditambah dengan kipas dinding, tetap panas. Satu, yang mungkin berlaku demikian ialah tiada aliran udara yang baik di dalam kontena ini.  Kedua, mungkin sebab warna kontena adalah HITAM. Sekadar teori.


Aktiviti petang, eksplorasi Sungai Lembing.













Kolong Pahat ini sangat menyeramkan guys. Kolong ini merupakan salah satu daripada kolong-kolong lain yang terdapat di sini. Owh.....tahu tak kolong tu apa? Kolong adalah lokasi menggorek bijih timah. Ia diusahakan oleh penduduk Melayu di sini sebelum pihak British membawa pendatang Cina bekerja di lombong ini.



Balik dan rehat kerana esok ada aktiviti yang lebih berat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...