23.12.18

--- Serius aaarrrrrrrr, Adhoc Sungai Lembing ---

Suasana pagi


Semalam kami dah tempah untuk pakej ke Air Terjun Pelangi. RM 60 dikenakan.

Jam 0530 bangun untuk buat pengurusan diri. 0630, kami dah sedia menunggu pick up di lobi resort. Tak lama menunggu, pick up pun muncul. Tapi sebelum pick up kami tiba, sudah 8 buah pick up penuh muatan telah melintasi resort ini menuju ke destinasi.

Tidak lama dalam pick up, kami tiba di satu kawasan view point. Di sini layan pemandangan matahari terbit. 30 minit kemudian, sambung kembali perjalanan.







Gembira melihat matahari terbit




Menariknya tentang pick up ini ialah bumbung di bahagian belakangnya. 4x4 biasa selalunya kosong tetapi tidak untuk yang ini. Mereka telah membuat sedikit inovasi dengan mengadakan tempat duduk bagi keselesaan pelanggan.

Soalan saya, boleh tak pick up yang selalu bawa pendaki di luar sana buat macam ni? Hahahahahaha......

Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke jambatan air terjun. Sempat tertidur guys.

Sebelum ini Raiz begitu kuat menyatakan hasrat untuk berjalan kaki (jungle trekking) menuju ke air terjun tersebut. Tiada salahnya cuma tempoh masa yang diambil mungkin lebih dari 4 jam.

Selain dari 4x4 ini terdapat pakej lain yang boleh diambil seperti ATV. Tapi pada aku pula, jika korang-korang ada mountain bike, lagi best. Lebih mencabar dan menyeronokan.

Dalam perjalanan, kami melewati gate yang menjaga dan mengutip atau memeriksa permit masuk. Samada kawasan ini sah di masuki atau tidak, sedikit musykil kerana kami ada terbaca satu notis di situ. Tapi takpe, bukan sesuatu yang perlu dipertikaikan.



Wall of signboard




Dari jambatan ini, semua pengunjung akan berjalan sejauh 1 km untuk sampai ke air terjun. Trek biasa-biasa jer. Budak tadika pun boleh sampai sana.







Inilah Air Terjun Pelangi yang pernah viral suatu ketika dahulu. Viral dalam page-page hiking. Pelangi sudah boleh dilihat dari bawah sini. Setelah terlihat pelangi tersebut, terlintas di fikiran aku, wow...! Itu sebabnya air terjn ini dipanggil Air Terjun Pelangi.

Siapa yang mula-mula menjumpai air terjun ini?











Sedikit cadangan kepada sabahat-sahabat di luar sana. Jika ingin suasana tenang, pilihlah hari yang bukan cuti besar-besar. Sama juga view point tadi. Suasana sedikit bising. But its ok. Normal la. Kalau tak nak bermasyarakat, sila pindah dari Bumi. Kahkahkahkahkah.......

Semakin tinggi matahari, semakin rendah dan hilang pelangi itu.

Pada mereka yang tertanya-tanya bagaimana pelangi itu terhasil, pelangi terhasil apabila cahaya DIBIASKAN. Salah satu silibus matapelajaran Sains Tingkatan 3 pada tahun 1997.

Dalam pakej bernilai RM 60 ini, pengunjung disajikan dengan Maggi Cup dan air Milo.

Sepanjang perjalanan untuk sampai ke sini, aku akui bahawa kawasanya sangat bersih. Tak jumpa satu plastik gulu-gula. Tahniah...!

Satu jam kemudian, kami bergerak turun menuju ke 4x4 untuk pulang semula ke resort.

Apakah perasaan anda?

Aktiviti seterusnya ialah lombong bijih timah Sungai Lembing. Ini perlu dilawati kerana ia merupakan sejarah.

Tapi sebelum ke lombong tersebut, kami singgah makan dahulu di restoran Mee Jawa. Boleh dikatakan agak terkenal kerana ramai pengunjung berdasarkan banyaknya kereta yang parkir. Tapi sedikit kecewa pada hari tersebut kerana servisnya tidak seperti yang digambarkan.

Kami melihat ramai pengunjung yang belum menerima mee jawa. Ini memberi isyarat. Malah ada juga yang belum menerima air. Yang sudah menerima air pula menunjukkan raut wajah yang kurang senang. Order jauh sekali datang tanya. Mungkin bukan rezeki kami time tu. Hihihihi....

Ok.....dah jelas. Kami pun mengambil keputusan untuk makan tengah hari di kedai lain. Ternyata, ketentuan Allah itu indah. Kami singgah makan di sebuah kedai makan yang tidak kurang enaknya...💗





Info





Serius aarrr....





Guru bersama rotan


Sungai Lembing suatu masa dahulu


Cuaca panas tidak mematahkan semangat untuk terus meneroka kawasan-kawasan lain yang menarik di Sungai Lembing ini. Lokasi seterusnya ialah Gua Charas. Tapi kami tidak bercadang untuk mendaki atau menjelajah bukit tersebut. Hanya sekadar sampai di kaki bukit. Katanya ada tokong di gua tersebut.

Ok...next is bbq di Pasir Kubur. Bahan-bahan, kami beli di kedai dekat simpang luar tersebut. Mujur kakak kedai tu baik hati membersihkan ayam tersebut.

Bukit Charas


Balik ke resort untuk buat perapan dengan menggunakan rempah ajaib. Tak buang banyak masa sangat. Selesai sahaja perap, terus gerak menuju ke sungai.




Bbq ni macam sedikit on x on jer. Tapi alhamdulillah ia menjadi juga. So aku rasa ia antara aktiviti yang ada sentimental value. Slow-slow buat bara. Kemudian bakar ayam. Lepak. Daus pasang lagu walaupun satu macam tak kena dengan suasana tapi effort tu ada. Tetapi yang tak sempurna itulah moment menarik.

Kalau camping di sini pun menarik. Kami yang lepak sekejap pun dah rasa menarik, apatah lagi kalau semalaman.

Plan asal cadangan Raiz bbq ini buat semalam malam. Katanya nak layan gugusan bintang dan aurora. Aku senyap jer masa cadangan tersebut kerana "ok ke bbq malam di situ bersebelahan dengan kubur plak tu", detik hati aku. Tetapi cadangan di tukar pada petang hari ini. Aku terus sambut, "yes...! that a briliantt idea". Hahahahahahaha......

Nak buat apa?








Lepas Isyak, kami mula kemas untuk balik ke resort. Nak rehat. Esok nak mendaki Bukit Panorama. Selesai membuat pengurusan diri, aku bergerak menuju ke Batu Pahat berikutan esok pagi ada kerja. Shot vacation ini akan diteruskan oleh Raiz dan Daus esok. Semoga berjaya......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...