Bagi trip kali ini, aku mengambil pendekatan yang sedikit drastik. Aku buat catatan atau log ini on trip. Senang, balik terus copy paste. Touch up dengan gambar sahaja. Aku buat macam ni berikutan beberapa log trip yang tak siap-siap. Paling lama, trip Beijing-Xian-Chengdu. Diikuti Ladakh, Gunung Merapi, Gunung Apo, Filipina dan terbaru, Jepun. Ops…. Satu lagi trip, air terjun dengan Abang Nas. Arghhhhhh….. Yang air terjun ni confirm dah lost story.
Sebelum nak mula menulis ni, nak shared satu tips/isu. Perkara ini rasanya common sense cuma kadang-kadang kita/pendaki terlupa. Bagi rakan-rakan pendaki yang nak mandi semasa di campsite yang mempunyai sumber air terutama sungai, lokasi mandi perlulah di bawah paras khemah. Jangan mandi di paras sama dan di atas paras khemah. Logiknya apa? Kawasan air bersih untuk dimasak dan minum. Itu tujuaanya. Lagi-lagi kalau kita dari team yang berbeza-beza. Perkara ini boleh mencetuskan ketegangan. Benda ni berlaku dalam trip ini. Kalau korang baca blog ini, akan terjumpa di mana kejadian itu berlaku.
Dah kawtim dengan Medan masa dan tempat perjumpaan. Jam 12 tengah malam lebih, aku bergerak dari P18 menuju ke Hospital UiTM Sg Buloh. Katanya nak gerak dari sini jam 2.00 pagi. Disebabkan awal tiba, aku tidur dulu di tol Hospital Sg. Buloh.
Jam 1.30 pagi, aku pun mesej Medan dan bergerak ke hospital.
Jam melepasi jam 2.30 pagi, rakan seorang lagi pun tiba. Namanya Zarin. Kami akan menggunakan keretanya untuk ke Sungai Siput. Dalam fikiran aku, jam berapa nak sampai sana? Nak berehat lagi. Bersedia atau tidak? Macam-macam bermain difikiran. Gunung Yong Yap bukan gunung biasa-biasa. Tapi Medan cool dan katanya, "semua ok".
Alhamdulillah, kami tiba di Masjid Bawong jam 6.30 pagi. Solat Subuh dan pengurusan diri. Jumpa Ayat, Azri dan lain-lain.
Masjid Bawong
Ramai pendaki nak mendaki Yong Yap hari ni. Ada 3 group rasanya. Tak tahulah apa nama group-group tu. Katanya sampai 70 orang line up total semua.
Sebelum bergerak, breakfast di sebuah kedai yang bertentangan dengan SMK Bawong. Tapau makan tengah hari di sini juga. Sambil breakfast, kami berbincang bagaimana trek hari ni dan esok. Pening gak nak putuskan. Kelihatan macam tak ada suara yang dominan yang boleh membuat keputusan berikutan gogo asal dah lipak kami. Demmmm...!!!
Siapa gogo asal? Alaaaaa.....malas la nak tulis sini. Nanti jadi isu plak. Tapi pengajaran yang kita boleh kongsi di sini ialah inform la pada rakan-rakan. Rakan-rakan pun bukannya nak tahu kisah sebenar. Sekadar bagitau tak jadi pergi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pun sudah memadai. Kannnnn... Takperlah....benda dah lepas dan harap kita belajar sesuatut dari situ. Kita sama-sama doakan yang terbaik buat beliau.
Berbalik kita pada trip, masjid ini juga merupakan titik pertemuan para pendaki yang ingin mendaki puncak Berekeh. Puncak ini pernah viral di laman sesawang kerana posisi gambar yg dirakam begitu cantik. Alhamdulillah…. Merancakkan lagi kegiatan ekonomi di sini. #kedaimakantetapsebuahjer ....
Jam 8 pagi, kami mula bergerak menuju ke perkampungan orang asli, Kg. Gepeh Hilir.
Masih ada dua buah 4x4 sedang muat naik barang pendaki semasa kami bergerak meninggalkan masjid.
Dari masjid ini menuju ke pintu rimba atau post tersebut mengambil masa 1 jam. Haaaaaaaaaa…. Lama k.
Ada member tanya pada aku, "nak completekan g7 ker?". Aku senyum je lah. Yup...! Dah pernah sampai di puncak Yong Yap. Tapi perkara yang mmbuatkan aku nak ulang ialah kerana trek lain. Dulu aku pernah baca katanya trek Kuala Mu ni rare. Tapi tidak bagi sekarang. Satu lagi, dikatakan kawasan perkampungan orang aslinya cantik menghijau. Ada padang rumput yang cantik. Seakan-akan melalui sebuah permatang. Seriusly? Itu yang membuatkan aku teruja.Info adalah daripada gogo yang lipak tu.
Pada mulanya macam malas nak bawa dslr kerana trip agak pendek. Mungkin nak guna handphone jer. Tapi memikirkan view yang mungkin lawa, aku bawa juga. Aku bawa A77 + 50 mm + wide lense.
Subhanallah…. Lupa nak tulis line up. Ok… Kita mulai dengan gogo iaitu Medan. Diikuti dengan Zarin aka orang yang order trip ini, Fitri, Azri aka mount Maria, Epi aka 100 km gopeng ultra runner, Raja (ampun tuanku), Ayat aka budak kacak, Chimoy aka gogo legend dan husband kepada Chimoy, Ted.
Kenapa Medan jadi gogo? Sebab gogo lipak yang beritahu demikian. Beliau ada mesej aku minta aku letakkan sebab-sebab dia tak dapat join tapi aku tak nak. Kita nak tulis hal sebenar jer. Cerita rekaan, BIG NOOOOOOO....!!! Hahahahaha.....
Menurut Medan, Chimoy bukan individu biasa-biasa dalam dunia pendakian. Namanya dikenali atau HOT listed sebagai penganjur. Pastinya aku tak tahu sangat. Yang aku tahu gogo wanita yang pernah ada kes pinjam barang tak pulang dan macam-macam. Tak ingat plak nama fesbooknya. Hahahahaha....
Sepanjang perjalanan, kiri kanan adalah rumah penduduk org asli yang telah dinaiktaraf. Terdapat juga ladang-ladang pokok getah dan kelapa sawit yang kecil memisahkan antara setiap kampung. Ye lah, ni kan kawasan Risda. Mungkin itu adalah sumber ekonomi mereka.
30 minit, aku belum nampak view yang dikatakan lawa itu. Hahahahahaha hahaha ….. Jalan rayanya pula semakin mendaki.
Co-pilot tidur. Kereta belakang warna merah pun co-pilotnya tidur. Aku pun hampir-hampir nak tidur juga tapi gagahi jua demi utk melihat sekeliling. Ambil earphone, dengar lagu. Jarak yang jauh menjadikan kita mudah mengantuk. View pun tak ada. Memang bosan la.
Kami tiba di Kg. Gepeh Hilir. Bayar parking dan berkumpul untuk berjumpa dengan tok batin. Perbincangan hangat diadakan samada nak camping or day pack? Akhirnya sepakat, campsite jer. So kena pecah ration.
Taklimat
Nerves plak aku tengok dia orang packing. Naper semua lengkap ni? Paling nerves bila tengok setiap daripada dia orang membawa sleeping bag. Aku tak bawa sleeping bag. Baju tidur malam pun tak bawa. Arghhhhhh……. Aku ingat ni trip sekejap jer kan? So tak perlu la bawa banyak-banyak. Hahahhaha
Di kawasan kampung orang asli ini bukan semata-mata kampung. Di sini juga ada diusahakan resort sepanjang tepi sungai. Cantik. Resort kecil-kecilan dengan binaan rumah adalah dari kayu dan rumbia. Korang boleh google sendiri.
Tujuan bawa beg 40L - 45L, dengan barang peribadi yang minima adalah bagi memberi ruang kepada ration company. Takper…. Layan jerlah apa yg terjadi.
Jam 10.21 pagi, taklimat oleh Medan. Tapi aku tak ingat apa yang Medan taklimatkan. Aku lost. Hahahahaha. Disusuli bacaan doa oleh Ayat sambil diaminkan oleh rakan-rakan.
Jangan bimbang, trek balak pendek sahaja
Gogo kena leadlahkan. Tapi starting pun dah sesat guys... demmmm...!!!
11.00 pagi, kami sampai di Sungai Mu. Boleh pilih, nak redah sungai atau meniti batang kayu.
11.30 pagi, tiba di starting point of….. of….. senang cerita, pintu rimba. Sini juga merupakan ending point bagi 4x4. Kami sempat bertemu dengan group yang menaiki 4x4.
Kira cepat juga la kami berjalan sebab sempat jumpa dengan group yang menaiki 4x4.
Sejam awal perjalanan adalah trek balak. Merupakan sebuah ladang kelapa sawit dan pokok getah yang dimiliki oleh RISDA.
Sedang asyik mengambil gambar, aku disapa oleh seseorang, pemandu 4x4. Pemandu 4x4 tu kata macam kenal. Dia sebut, UTeM… UTeM… Aku jawab yes. Namanya Amat Harun. Mengenali Abdul Salam. Pernah dalam V1 UTeM bersama Ayen Carlos. Waaaaa…. Kuat betul ingatan dia.
Rehat
Puncak
Menjadi satu motivasi apabila kami team belakang dapat menjumpai ekor bagi team hadapan. Ini bermakna kami dalam halaju yang baik. Dah dapat ekor, tengah atau kepada pasti tak jauh. Setelah 2 team kami potong, kami pun sampai di campsite Sg Cinak pada jam 2.42 petang.
Hampir 3 jam perjalanan dan pendakian dari pintu rimba ke campsite. Ni kira sekali dengan berhenti berehat. Kalau rehat lama, lagi lama la masa diambil untuk tiba di campsite.
Kami bukanlah team pertama yang tiba. Sudah ada satu team yang sampai di sini. Katanya jam 12 tengah hari sampai.
Kami membuat pengurusan diri dan solat. Mendirikan khemah. Sambil itu berbincang samada nak ke puncak sekarang atau pagi esok? Gaduh punya gaduh….. Keputusannya…. Esok pagi jam 3 pagi.
Isu timbulnya pendapat samada nak ke puncak bila adalah berikut ada satu lagi lokasi yang ingin dituju iaitu air terjun dan baki masa yang ada. Ye lah, masing-masing dah power berjalan dan sampai di campsite awal sangat.
Masih berbincang
Aktiviti seterusnya memasak. Tetapi terbantut sedikit apabila ada gadis-gadis team awal mandi di sungai. Isunya ialah port mereka mandi.
Dik.....kalau nak mandi, mandi bawah. Bukan mandi satu paras atau atas kawasan khemah. Ini akan menyukarkan orang nak ambil air. Takkan la nak ambil air bekas mandian korang. Yang nak turun ambil air plak lelaki. Nanti jadi isu pula tertengok korang mandi.
So, port terbaik adalah paling bawah. Kat sini nak berendam 24 jam pun boleh. Boleh k lain kali.
Masa tu, Chimoy dah mula sound-sound gadis kat sungai. Garang rupanya Chimoy. Tapi garang bertempat dan betul. Hihihi...Kalau dah kena sound, memang tarik muka la jawabnya. Hahahahaha...
Bosan pula lama-lama kat campsite. Tak tahu nak buat apa. Sob… Sob… Sob… Aku tidur jer. Jarang tau kat campsite sampai aku tidur.
Chimoy panggil makan. Makan awal. Sebelum Maghrib dah settle. Jam 1 pagi dah kena bangun untuk siap-siap gerak ke puncak.
Sambil makan dengar kisah V3 Chimoy. Macam-macam pengalaman beliau sepanjang 21 hari. Lagi menarik, Ted. Husband kepada Chimoy. Trip pertama pergi. Trip ke dua pun pergi. Gila aaahhhh….. Masalahnya 21 hari kot. Aku yang trip 1 malam pun dah tak sabar nak balik. Hihihihi…. 😑
Time to sleep. Riuh gak la campsite. Ada 4 group. Khemah kami plak tengah-tengah. Keliling masih aktif. But normal la. Nama pun camping. Kalau nak suasana sepi, dok dalam gua. Hahahahahaha…
Bagi yang malas nak baca hari ke dua trip ini, korang boleh terus tengok vlog member aku ni yang rajin membuat video. Klik.....
No comments:
Post a Comment