Jam 1.00 pagi bangun. Geng dapur sedang bertungkus lumus menyediakan sarapan and lunch pack.
Jam 3.25 pagi gerak. Team awal sebelah dah sejam bergerak mendahului kami. Namun dengan kepantasan Epi as runner, berjaya memintas group tersebut. Aku dan Ayat mampu follow sekejap jer.
4.30 pagi….. Sejam kemudian. Aku dan Ayat berehat di satu kawasan lembah menanti rakan lain di belakang. Epi? Jangan ditanya.
Tak sampai seminit berehat, terus rasa sejuk. Proses panas kepada sejuk begitu pantas. So…. Jangan berehat lama-lama.
Lama atau tak, orang belakang belum sampai. Sempat terlelap sekejap.
Pendakian menjadi agak perlahan berikutan trek yang mulai pacak. Trek menuju ke puncak ni dah tak ada yang landai-landai. Pacak jer. Akan melalui satu kawasan mossy. Pastu putus sedikit dan sambung kembali mossy sehingga ke puncak.
Aku dan Ayat bertemu dengan Epi semula di ketinggian yang aku pun tak tahu. Hahahahaha... Bersama beliau adalah dua orang dari team awal. Laju gak dia orang mendaki.
Alhamdulillah...kami tiba di puncak Yong Yap pada jam 6.30 pagi. Buat pengurusan diri dan solat Subuh. Syukur...
Layan view matahari terbit dan berfoto-foto.
Khas buat kakak mereka
On the way turun
Masa turun jer dapat tengok mossy ni. Tadi pagi mendaki dalam suasana gelap. So tak tahu macam mana keindahannya.
Sungai Cinak
Mula bergerak turun dari puncak sekitar jam 8.15 pagi dan tiba jam 10.30 pagi di campsite. Buat pengurusan diri dan makan maggi. Buka dan lipat ground and fly. Chef pula sedang menyiapkan lunch pack sambil beramah mesra dengan jiran sebelah. Pendek kata membawang tentang bla....bla...bla.... Hihihihihi.....
Jiran sebelah akak tu boleh tahan speed cakapnya. Laju giler. Hahahahahaha....
Setelah semuanya siap, jam 1.00 petang, kami gerak turun. Dalam perjalanan turun, sesekali hujan turun manja-manja. Tapi itu dah petanda. Sebelum bergerak pulang, Chimoy minta semua clearkan sampah kawasan khemah. Kata Chimoy, jangan sampai nama dia kena petik plak sebab sampah. Saksi yang menyaksikan group kami buat clear sampah adalah jiran akak tu ha yang cakap laju tu.
Masa turun ni aku memang barai sikit. Entah kenapa semua benda nak sangkut. Sangkut topi la, rain cover la, kena gigit dengan binatang apatah kat ibu jari, itu dan ini. Paling best muka kena libas dengan duri. Dengan bibir kena. Arghhhhhhhhhhhhh.....!!! Sedikit berdarah. Tapi ok.
Tiba di pintu rimba jam 3.01 petang. Epy, Ayat dan aku. Kami berehat 20 minit sebelum menyambung kembali perjalanan menuju ke Kg. Gepeh Hilir. Memandangkan trek balak tidak panjang, kami tidak menunggu rakan yang lain. On the way tu, hujan semakin lebat turun.Paling lebat selepas bukit.
Sempat berselisih dengan tiga buah 4x4 yang sedang menuju ke pintu rimba bagi mengambil pendaki. Driver bertanya situasi group tersebut. Untuk info, jam 1.00 petang, mereka belum sampai ke campsite. Maka driver akan mengambil masa yang lama untuk menunggu. Doakan yang terbaik buat mereka. Lumrah bila line up ramai.
Kami bertiga tiba di kereta jam 4.09 petang. Sejam kami ditemani Chimoy (kucing) kemudian Raja dan Zarin tiba. Diikuti dengan Chimoy dan Ted. Untuk info, Azri demam dalam trip ni. Dia tak menuju ke puncak. Masa balik ni pun dia agak slow. Dia ditemani Medan di belakang sana. Ikutkan, Azri ni laju tapi berikutan gangguan kesihatan, performance drop sikit.
Kami tiba di masjid jam 6.55 petang. Buat pengurusan diri dan solat.
Total perjalanan trip ini 29.4km.
Jumpa next trip ok.
Terima kasih kepada rakan-rakan. Trek via kampung ni juga sangat memberi kerjasama. Bagi mereka yang power, boleh jer buat daypack. Ayat-ayat potong group kat atas tu bukan nak kata kami laju, it just a cerita sahaja ok. Hahahahaha..... Minta maaf juga pada rakan-rakan sekiranya ada kesilapan sepanjangb trip. Bukan sahaja pada line up, tapi pada group sebelah seandainya ada mengguriskan perasaan. Masakan chef, padu beb. sedap. Tanpa makanan, kita semua kecundang. Muah.....
No comments:
Post a Comment