11.10.19

--- Menghabiskan Ujian Manikayu 3 Bahagian 2 Pengakap Kanak-Kanak, Hari Ke Dua ---

Seawal pagi, akak-akak dah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi. Terima kasih pada akak-akak. Sebenarnya tak akak-akak sangat kerana mereka lebih muda dari aku. Aku kan dah 40 tahun. Hihihihihihi......

Sambil sarapan, sambil ketawa girang apabila Shamila berkongsi tentang soal jawab dengan PU Azman. Korang boleh cari dalam facebook.

Kemudian bersiap-siap untuk pemeriksaan pagi. Jam 7.30 pagi dilawati oleh penilai bagi pemeriksaan pagi. Antara teguran yang sekawan kami dapat ialah nombor kumpulan, nama pada baju dan kedudukan dapur yang berada di hadapan. Mohon perbaiki. Kikikiki.....

Menariknya ujian manikayu kali ini ialah jumlah yang ramai berbanding masa 3.1 pada tahun 2017. Kedua, dalam sekawan ada mak-mak. Memudahkan kerja-kerja dapur terutama masakan. Aku rasa macam camping family-family. Hahahahahahaha.....

Ok, kejap lagi Istiadat Pagi. Jangan lewat naaaaaaaaaaaa... Sekawan hijau bertugas. Persetiaan Pengakap dibacakan oleh Amirul, Doa oleh Hafiz. Manakala kibar bendera oleh Mawardi.

Selepas ini ada pembentangan kerja kursus dan micro teaching. Untuk 3.2, ini merupakan kemuncak ujian. Yang sidang-sidang tu hanya hiasan jer. Hiasan yang penting dan dituntut. So full commitment pada pembentangan ini.








Bagi PKK, ada dua tugasan, Projek Pendek dan Kerja Masa Lapang. Kerja Masa Lapang PKK ialah knotting board. Semalam dah hantar dan kumpul di pentas dewan. Pagi ini selepas micro teaching, mereka akan membuat penilaian.

Boleh plak ikatan-ikatan yang aku buat tu mula lekang apabila gamnya dah tak mahu lekat. Menggelabah la aku. Ye la, ni yg penting. Gagal yang ni ibarat gagal ujian. Kelam kabut aku ikat guna cable tight.

Kembali ke dewan untuk mendengar taklimat ringkas dan lokasi-lokasi pembentangan. Sekawan Hijau di kawasan khemah sendiri bagi aktiviti pembentangan. Penilai kami ialah Cik Yaya, Tuan Emil dan Kelana (Sorry nama tak ingat). Hihihihihi...

Untuk rekod juga, ujian kali ini ada gred samada A atau B. Tidak seperti sebelum ini hanya Lulus atau Tidak sahaja.

Peserta pertama








Kreatif katanya

Selesai membuat micro teaching, sedikit kupasan atau sharing session bersama penilaian. Bukan sehala tapi dua hala. Peserta boleh turut serta memberi pendapat masing-masing sambil mendapat input atau idea dari penilai. Sama-sama memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.












Berhenti berehat bagi memberi laluan kepada solat Jumaat dan rehat. Makan tengah hari jangan lupa. Nanti kelaparan.

Jam 2.30 petang, panggilan untuk semua peserta ujian manikayu. Sesi selepas ini adalah Pengakap Muda akan menjalankan aktiviti membuat gajet. Pengakap Kanak-Kanak pula akan bersama Tuan Rody bagi sesi rancangan percutian dan masakkan rimba.

Dua aktiviti ini dilaksanakan serentak berselang seli. Bagi aktiviti merancang percutian, setiap kumpulan perlu memikirkan satu percutian yang menyeronokkan dan memberi pengalaman berguna kepada anak murid. Perlu dibentang di hadapan secara ringkas.

Masakan rimba pula cara membuat roti lilit. Mula dari A to Z.












Tuan Rody

Menyediakan bahan dan cara membuat doh







Berkongsi pengalaman percutian ke Singapura


Beri tepukan kepada akak ini.....beri tepukan...!!!





Kenangan manis ketika membakar roti lilit



Sidang buku log oleh Tuan Basri

Tuan Anuar

Ujian bagi unit Pengakap Muda. #roadtokingscout



Tepat jam 6 petang, kedengaran bunyi wisel. Semua perlu berdiri. Wisel tersebut memberi isyarat bahawa bendera Pengakap akan diturunkan.

Sebelum bersurai, pesanan dan peringatan dari jurulatih tentang acara malam ini. Makan malam bersama pemimpin/jurulatih dan malam kebudayaan.

Bagi aktiviti malam ini, Sekawan Hijau menyediakan makanan kampung seperti lempeng. Kebudayaan pula bertemakan zaman kesultanan Melayu.

Sangat meriah. Siap ada tenggkolok, sampin dan baju. Terima kasih pada Lenda. Semua aksesori adalah usaha beliau. Nak menang. Menari tunggang langgang. Yang penting hapening. Hahahahah...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...