11.10.19

--- Menghabiskan Ujian Manikayu 3 Bahagian 2 Pengakap Kanak-Kanak ---

Sebelum pergi jauh coretan kali ini, aku ingin merakamkan satu kata-kata yang diungkapkan oleh Tuan Rody. Ungkapannya membuatkan aku begitu tersentuh that time.

"Pengakap kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada guru. Aktif gurunya, maka aktiflah dia dan sebaliknya. Jangan kisah pada orang lain. Cikgu-cikgu gerakkanlah pengakap di sekolah cikgu-cikgu."

Untuk rekod, aku menangguhkan ujian ini sebanyak dua kali. Ujian Manikayu 3 Bahagian 1 boleh klik di sini. Pada tahun 2017, tertangguh berikutan tarikh pindaan ujian jatuh pada trip aku bermotosikal di Bromo. Pada tahun 2018 pula, aku demam agak kuat menyebabkan aku tak mampu nak ikuti.

Kemudian aku tekad tak nak sambung atau habiskan kerana sudah hilang matlamat/tujuan. Lagipun aku bukannya ada sekawan macam rakan-rakan lain di sekolah. Di tambah lagi dengan fobia malam kebudayaan. Aku pernah cakap pada Zainiq, di mana aku malas nak habiskan.

Tapi kata-kata semangat dari Tuan Sabri (Pesuruhjaya Daerah) dan Tuan Anuar (mentor pengakap Mersing), membuatkan aku bangkit semula dan teruskan. Tak nak tulis kata-kata semangatnya kat sini sebab takut disalah erti. Hahahahahaha.....

Hari ni, seawal pagi dah bangun untuk kemas dan packing barang masuk ke dalam kereta. Semalam dah kemas tapi pagi ini ada jer benda nak dikemaskan. Jam 9 pagi tayar bergolek menuju ke Kem Jubli Intan Tanjung Laboh. Sepanjang jalan mainkan lagu Pengakap. Saja nak refresh mode agar mode Pengakap tu datang.

Berdebar sebenarnya setiap kali jarak semakin dekat dengan kem. Sebaik tiba di pintu kem, aku macam agak terkejut sebab kereta banyak. Dalam hati, why so ramai orang ambil manikayu? Dulu masa 3.1, sejemput jer. Lagi rasa berdebar apabila datang lambat. Hahahahahahaha....

Nak ucap terima kasih juga kepada Tuan Kama kerana memberi peluang aku habiskan manikayu ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan luar sana, manikayu ni ada tempoh luput.  So, boleh tangguh dalam tempoh tertentu sahaja. Lepas dari itu, kena ulang dari awal. Sekian, terima kasih.

Ok...sampai jer kem, terus berlari anak ke dewan untuk pendaftaran. Tuan Kama plak ada. Kantoi di situ datang lambat. Malunyaaaaaa.... Mujur waktu rehat. Rakan-rakan pun sedang rehat di khemah.

Aku diletakkan di Sekawan Hijau. Aku terus ke khemah Sekawan Hijau untuk sesi perkenalan. Hahahahahahahahahahahahaha...... Berikut adalah Sekawan Hijau yang terdiri daripada :
  • Amirul (ketua sekawan)
  • Ustaz Asri
  • Hafiz
  • Mawardi
  • Fitri
  • Syamsila
  • Lenda
  • Ikin
  • Norlidah
  • Rodhiah
Oklah, kat campsite ni pun tak semua complete lagi. Rakan-rakan yang lain baru juga tiba. So, sekarang hanya pasang khemah jer. Jam 2 dah nak mula sidang. Sidang adalah berdasarkan silibus. Sila rujuk buku skim.

Sebelah petang ada kembara. Ia adalah merujuk kepada beberapa lencana hobi. Setiap sekawan akan mendapat sampul di mana di dalamnya mengandungi tugasan yang perlu dilakukan sepanjang kembara tersebut. Tugasan itu akan disemak pada akhir aktiviti.

Antara tugasannya adalah :
  • Kutip benang 
  • Lima jenis daun dan kegunaannya
  • Lima jenis serangga
  • Lima orang sahabat baru
  • Melukis satu pemandangan yang menarik







Ketua sekawan sedang memberi tugas-tugas









Menyediakan makan malam. Kemudian menghadiri sidang. Layan dan hadam jer.

Sepanjang aku mengambil manikayu, peserta pasti happy acap kali sidang oleh Tuan Rody.  Jarang yang tidur. Adakah kerana dia Bapa kepada Pengakap Kanak-Kanak? Adakah dia memiliki aura seorang guru adiwira? Atau kerana dia suka menyanyi? Hummmm......

Letih bercampur tak larat nak mendengar

Aku tak bawa khemah bulat. Aku bawa fly dan ground jer. Aku jadikah khemah utama sebagai tempat beradu malam ini.

Pada sidang terakhir, kumpulan kami menerima tugasan sebagai kumpulan bertugas. Esok kena bertugas dalam Istiadat Pagi.

Zzzz...zzz....

5 comments:

  1. Terima kasih sudi mencoretkn kenangan bsama sekawan 🌱....sampai brjumpa lg sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi.......no hal....kenangan bersama sekawan green....

      Delete
  2. Terima kasih dan tahniah rakan...kerana berjaya menimba ilmu dan pengalaman dlm kepengakapan. Moga kekal dan bertambah hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh unknown pulak..Cikgu Rody disini..😄

      Delete
    2. hahahahhahaa...terbaik tuan / cikgu rody.....hihihi...tq juga banyak shared ilmu dgn kami2 yg baru ni....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...