1.11.19

--- Kelantan, shot vacation 1 ---

Terjaga dari tidur. Aku selak sikit tirai dan nampak signboard ada tulisan jawi. Hummmm....dah masuk Kelantan ni. Mungkin juga dah masuk Kota Bahru.

Jam 5.29 pagi, dapat mesej dari Labu yang bertanyakan aku di mana? Sebenarnya Si Labu bergerak dari Kuantan awal sejam dari aku. Maka, dia sudah sampai awal. Kami turun berbeza terminal pulak tu. Adoiiii.....aku mana tahu yang KB ada dua terminal. Dia kat terminal Tesco, manakala aku di terminal bandar.

Terminal bandar ni kelihatan agak...................ye lah. Dia tak macam terminal yang moden sekarang ni. Dia masih bangunan lama. Kelihatan macam tak selesa. Ada sebuah bangunan jer. Perut pula memulas. Adududdudu...... nak cari tandas pula.

Labu cakap, tunggu jer sini. Nanti dia dan membernya akan pickup. Maka, aku pun buat pengurusan diri dulu dengan menunaikan solat Subuh di tingkat atas bangunan.

Masa terus berjalan. Kelihatan langit merah-merah di ufuk Timur. Dalam fikiran aku, mana dia? Kata nak pergi shoot matahari terbit yang awesome tu. Hashtag kena lipak.

Sambil menunggu diambil oleh member, aku cari-cari hotel dulu di apps. Di sini ada conflict sedikit antara hotel mahal dan dan baget. Labu telah booked Tune Hotel untuk hari ini. Harga sedikit mahal dari hotel baget yang harga sekitar RM60 ke bawah.

Setelah membuat pertimbangan, aku memilih hotel Ridel yang terletak di tepi sungai Kelantan. Harga RM4x. Memilih hotel, perlu pertimbangkan perkara ini. Kebiasaannya, bila kita melancong, hotel ni hanya tempat persinggahan dan meletakkan barang. Kita akan banyak menghabiskan masa dengan berjalan-jalan dari pagi sehingga malam. So kita balik untuk tidur jer. Kenapa kita perlu ambil hotel yang mahal? Itu pendapat aku la. Bukan la bermakna pilihan Labu tu salah. Inikan citarasa masing-masing.

Aku ada tanya kenapa memilih Tune? Katanya sebab dapat voucer. Hahahahahahaha....


Destinasi kami selepas diambil ialah Pantai Senok. Menurut Aziz (member kepada Labu dan aku baru kenal), pantai ni menjadi tempat ramai orang berphotoshoot. Terutamanya untuk wedding. Di pantai ini ada sebuah rumah api dan aktiviti pemeliharaan penyu. Juga menjadi port bagi para pemancing.











Dari tepi pantai, kami beralih pula ke dalam hutan pokok ru. Pasang hemock dan tidur.

Labu jer tak tidur sebab dia perlu siapkan slide presentationnya pada hari Ahad. Aku akan explain sikit tentang beberapa perkara tentang trip kali ini. Aku kenal Labu (@labuusayong) ni melalui instagram jer. Aziz? Baru kenal pagi ni. Labu actually ada kerja kat USM. Yang jalan-jalan santai ni hanyalah sambilan jer. Melalui instagramnya, aku boleh rasa vibe of art. So why not kalau aku follow trip ini. Aziz juga merupakan seorang jurufoto yang bukan biasa-biasa. Hahahahahaha.....

Selain itu, untuk maklumat, mereka berdua ada kaitan dengan Ohana. Ini bermakna, mereka berada dalam dunia hiking atau outdoor. Labu pernah menjadi kru manakala Aziz (@azizasrar) masih lagi bersama Ohana.








Lebih kurang dua jam di sini, perut dah mula berkeroncong. Aziz membawa kami makan di sebuah kedai berdekatan. Tiga orang makan, harga baru RM12. Waaaaaaaaaaa....murah...

Dah kenyang perut, next destinasi ialah sebuah masjid. Masjid tersebut ialah Masjid Kampung Laut. Ada cerita menarik tentang masjid ini. Nak tahu? Google jer. Sekarang semua mudah.





Kami bersolat Jumaat di Masjid Pulau Gajah. Masjid baru katanya.







Buddha Tidur terbesar di Asia Tenggara, terdapat di sini. Selain Buddha Tidur, ada dua lagi Buddha yang menjadi tarikkan pelancong iaitu Buddha Berdiri dan Buddha Duduk.

Tapi sebelum tu, cari kedai makan. Lapar.

Dua nasi air dan satu nasi lemak yang ditambah sama macam asal, harga RM10. Eeeeeeeee....murahnya. Aku sampai fikir, dia ni kira atau main sebut jer. Hahahahahaha....








Sebelah petangnya, kami lepak di Pantai Cahaya Bulan setelah beberapa lokasi gagal menarik perhatian kami. Si Labu pula, dari Kuantan lagi asyik sebut Pulut Mangga. Nah...! Ambil ni haaaaaaaa..... Sotong dan udang celup tepung, tak sedap kedai ni. Huhuhuhuhu.....


Hari dah malam. Aziz menghantar kami ke hotel. Dah barai rasanya. Kita jumpa esok guyss.... Melalui apps, aku cancel hotel Ridel dan tempah Tune. Sama dengan Labu. Ini bagi memudahkan pergerakkan. Mahal pun mahallah.

Selesai pengurusan diri, aku turun lepal Starbuck di bawah hotel. Dapat mesej dari Labu menyatakan esok kena check out jam 5.00 pagi. Omak ai....! Nak tidur berapa jam jer ni? Katanya perjalanan esok agak jauh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...