Jam 2.00 pagi lebih masih belum boleh lena. Aku tinggalkan mesej pada Labu, sekiranya aku tak jaga jam 5, korang jalan jer. Nanti aku kejar. Hikhikhik...
Jam 4.00 pagi...alarm dah berbunyi. Aku cergas bangun. Takut nanti kena tinggal. Beg pun belum packing. Arghhhhhh.....!!!
4.49 pagi...aku mesej Labu, dah siap. On tak On ? Tiada respon.
.
.
.
.
.
.
.
Dah nak Subuh guys. Kalau dah nak Subuh, maknanya bye...bye...la nak shoot sunrise.
Tutup
Sejam berlalu. Selesai Subuh, aku turun nak ke McDonald. Lapar lorrr.
Masa tengok dalam map, ada McDonald di sebelah hotel ini. Cari punya
cari rupanya dalam KB Mall. Celah mana nak masuk kalau dalam mall. Kena
tunggu mall buka. Tanya kaunter lagi. Ada 7E? Katanya ada di hujung
sana. Aku pun pergi dengan langkah seribu harapan dapat mengisi perut.
Ku
sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah jalan. Tak
sangka aku, 7E tak buka. Eh...! Kenapa tak buka? Kata kaunter, di sini
tak semua store buka 24 jam.
Bagus. Ini mengelakkan gejala sosial. Mengurangkan remaja-remaja melepak diluar rumah. Yes...yes.... I like. Apa pengajaran yang dapat di sini? Pengusaha perniagaan perlu mengikut peraturan dan kehendak kerajaan negeri dan PBT. Kalau u nak berniaga di Kelantan, ikut cara Kelantan, pendek kata. Simple.
Bosan
pula aku turun naik hotel, masuk dan keluar bilik. Aku cuba cari Grab
untuk ke McDonald wakaf. RM9 dari sini. Jauh juga tu. Itu pun kalau
buka. Huhuhuhuhu....
Kedai-kedai area sini pun aku tak nampak. Kecuali kedai makan Cina di seberang jalan. Dah buka seawal jam 6.00 pagi.
Jam 8.26 pagi...dapat mesej, sorry. Tak larat. Tidur jam 3 pagi study slide....
Life must go on guys.
Jam 9.00 pagi lebih kami dah naik kereta untuk meneruskan cuti-cuti Malaysia. Hari ni dapat kawan baru, Epul. Member Labu lagi. Dari hotel ini akan membawa kami ke rumah Aziz.
Destinasi pagi ini katanya nak ke Tak Bai.
Sarapan dulu guys.
Singgah pula di Sleeping Buddha. Budhha Duduk, kami lalu sahaja.
Kami pusing-pusing dan shopping sedikit di Pengkalan Kubur. Sempat la beli coklat. Harganya lebih murah berbanding Batam tempoh hari.
Berjalan menuju ke imegresen bagi proses melintas sempadan (cop passport). Untuk ke Tak Bai seberang sana, perlu menaiki bot kecil. Satu lagi kaedah ialah menaiki feri bersama dengan kenderaan. Ikutkan, itu plan pertama kami. Tapi memandangkan feri rosak, maka kami berjalan sahaja. Dalam masa yang sama, ada tujuan nak ke Tak Bai. Labu nak beli barang. Special katanya. Harap-harap bukan barang seludupan. Takut kang tak boleh balik.
Ada beberapa askar bersenjata....
Cuaca agak panas. Jangan lupa untuk cop di Tak Bai juga. Kemudian kami bertemu dengan rakan Aziz yang juga merupakan penjual barang yang ingin dibeli oleh Labu. Aziz is middle man.
Selesai proses membeli, kami makan terlebih dahulu sebelum pulang. Sambil makan sambil bercerita. Rupanya Aziz dan kawannya itu dak-dak basikal. Touring bike. Dah rata mereka pergi. Wow....!!! Sangat mengkagumi beliau.
Aku ada beritahu tak apa kelebihan Aziz dalam episod satu? Ada beritahu tak? Ok....kalau belum, takper. Tapi Aziz ni bukan biasa-biasa. Baru habis belajar ijazah sarjana muda. Jurusan? Sangat kagum aku. Nak tahu? Kena tanya tuan badan sendiri.
Sambung kepada cerita nak masuk dengan kereta, kami akan ke Golok dan keluar dari sana. Tapi tidak jadi.
Di Pengkalan Kubur, ambil kereta dan menuju ke Rantau Panjang. Sepanjang jalan itu boleh kelihatan Thailand di sebelah sana. Sungai yang tidak luas. Pastinya ada keluar masuk.
Dalam perjalanan itu, kami singgah rumah Epul untuk solat dan rehat sebentar. Sempat la tidur 2 3 minit.
Cadangan Aziz, nak bawa kami makan Talapia garam bakar. Terkenal di sini katanya. Why not tidak mencubanyakan. Hujan...
Sedap. Itu jer nak cakap. Hahahahaha....
Labu ajak cari kudapan. Entah macam mana jumpa kudapan tersebut di depan sebuah 7E. Ops...! Sebelum itu, kami singgah solat di sebuah masjid berdekatan. Lebih dikenali Masjid Pakistan.
Sakit perut memulas. Kebetulan plak seberang tu hotel. Langsung aja aku ke hotel numpang toiletnya.
Sedapnya kudapan tu sehinggakan mereka repeat membeli. Aku memang dah full.
Balik ke Rantau Panjang. Rehat di rumah Epul lagi. Kepenatan. Lebih kepada kekenyangan.
Dalam perjalanan pulang ke Hotel Al-Khatiri, singgah makan lagi. Aduuuuuuuhhhhh.... Kuatnya dia orang ni makan. Hahahahahahaha.....
Zzzzz....zzz....
Trip ini ending di sini sahaja. Esoknya, Aziz hantar aku ke terminal. Labu pula ada driver datang ambil untuk carreer talk di USM. Kembali ke tugas dan destinasi masing-masing. Memandangkan tiket aku jam 6 petang, aku tumpang Epi ke Kuantan.
Terima kasih kepada Labu and rakan-rakan. Trip yang tidak membosankan. Malah menambahkan kenalan. Paling penting ada sesuatu yang boleh dipelajari. Lambat-lambat semua tu normal dalam trip dan pengembaraan. Itulah pahit dan menjadi kenangan manis. Hope ada next trip....
Trip ini ending di sini sahaja. Esoknya, Aziz hantar aku ke terminal. Labu pula ada driver datang ambil untuk carreer talk di USM. Kembali ke tugas dan destinasi masing-masing. Memandangkan tiket aku jam 6 petang, aku tumpang Epi ke Kuantan.
Terima kasih kepada Labu and rakan-rakan. Trip yang tidak membosankan. Malah menambahkan kenalan. Paling penting ada sesuatu yang boleh dipelajari. Lambat-lambat semua tu normal dalam trip dan pengembaraan. Itulah pahit dan menjadi kenangan manis. Hope ada next trip....
No comments:
Post a Comment