21.11.20

Hujan Renyai-Renyai Pun Kayuh Juga

Hai guys.... Assalamualaikum.... Morning...

Kayuh ke mana? Yes, sepatutnya pagi ini kayuh ke Jemaluang. Tapi gagal lagi kali ke tiga. Pagi ni hujan. Halim mesej beritahu pagi ni cancel. Aku pun ok aja. Sambung tidur. Tapi tetiba semangat datang.

Aku teringat suasana dalam hutan. Pagi dalam khemah. Hujan di luar. Itu memang saat paling susah nak teruskan pendakian. Paling sukar sebab nak packing dalam hujan. Istilahnya time tu orang cakap 'bercinta'. Tapi gogo akan tetap paksa line up kena cergas. Kalau tak, overtime lagi malam ni.

Dari semangat itu, aku pun bangun dan bersiap-siap untuk kayuh juga. Memandangkan lagi 3 orang member tak follow, aku bawa kamera untuk photoshoop. Hujan-hujan pun bawa juga.







Air Papan pun tak ada orang. Sepi jer. Ye lah, Mersing adalah antara dua daerah yang dilanjutkan PKPB dalam Johor. Kebetulan pula hujan, lagilah tak ada orang.


 
Hujan makin lebat pula. Berhenti berteduh sebentar. Nak foto-foto lebih pun tak boleh sebab takut kamera basah. Lensa juga buat hal apabila kerap berkabus/wap. Degil, hujan-hujan pun bawa. Sebenarnya nak shot area lalang tapi hujan-hujan ni lalang pun basah. Dah tak berseri bunga-bunga putihnya.






Dalam berjalanan pulang, singgah port utama iaitu Nasi Dagang Warisan Kak Ju. Makan kejap jer kemudian langsung balik.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...