Hujung minggu datang lagi, Aktiviti time PKP ni paling popular sekarang ialah berbasikal. Berdozen-dozen orang up di sosial media. Ada member sini cakap, "kalau kita ni up, nak boleh 10 like pun payah. Tapi kalau Leha up, 3 minit jer dah 20k." Hahahahahaha......
Lokasi berkumpul macam biasa, depan 7E. Jam 7.45 pagi, tayar bergolek. Hari ini kita ada 3 orang rakan baru. Syafik, Zaha dan (kawan mat ju).
Alhamdulillah, cuaca mendung sahaja dan sesekali renyai hujan. Minggu ni kekerapan hujan menjadikan trek lebih mencabar.
Kayuhan kali ini aku dah cuba push macam kayuhan-kayuhan sebelum ini tapi gagal apabila aku muntah angin beberapa kali. Fikiran sedikit terganggu dek heart rate. Setiap satu kilometer, kedengaran info heart rate sehingga ia mencapai 180bpm. Menjadikan aku slow down. Terus berfikir apa akan terjadi sekiranya ia lebih tinggi. Omg...!!! Membuatkan aku risau terus.
Tapi alhamdulillah, berjaya sehingga habis. Kali ini kami berjaya sampai di Bukit Pondok. Sebenarnya kalau tak sesat, Bukit Pondok itu dekat sahaja. Perjalanan pulang, kami lalu juga lokasi yang kami diserang lebah tempoh hari. Hahahahahaha.......
Ok guys....itu sahaja kayuhan kami minggu ini.
Sedang mencari jalan |
k
Siap dibasuh |
No comments:
Post a Comment