25.6.21

--- Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Di Kem Sekakap ---

Kali ni bertugas tanpa Ijoi berikutan kawasannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana terdapat kluster mee bandung. Hummmmm......

Walaupun aku tak bagi nama untuk bertugas minggu ini sebagai sukarelawan, terasa macam nak join juga. Niat nak rehat tapi bosan juga kalau tidur lama-lama. Kerja memang banyak tapi takkan siap juga kalau aku dok rumah. Baik aku join. Buat benda yang aku suka. ON selalu.

Boleh pilih samada nak bertugas di lapangan di kawasan Endau atau di PPV Kem Sekakap. Memangdangkan nak rasa macam mana bertugas di PPV, aku pilih Kem Sekakap jer. PPV Kem Sekakap ini dikatakan sejenis PPV Mobile kerana atas permintaan. Hari ini PPV utama di Dewan Jubli Intan is close.

Tanpa berkumpul di port biasa seperti sebelum ini, boleh terus sahaja ke Kem Sekakap. Nampaknya petugas-petugas dah berada di situ seawal pagi untuk menyusun atur segala kelengkapan. Lajunya bekerja. Terbaik......

Setengah jam kemudian baru kelihatan beberapa orang SV tiba untuk membantu. Sarapan pagi telah disediakan. Makan dulu.


Team KKM dah bersiap sedia





Makan dulu








Jangan serius sangat puan


Sedang sibuk


Siap sedia. SOP perlu dipatuhi

Pemantauan




Jam 9 lebih sikit, kelihatan pekerja-pekerja di kawasan ini mula memenuhi PPV. Beratur, imbas My Sejahtera dan suhu. Duduk di tempat yang disediakan menunggu giliran sambil dibantu oleh SV. Sedikit demi sedikit orang mula membanjiri PPV.

Kebanyakkan mereka adalah pekerja di kem ini yang berasal dari luar negara. Tak banyak sangat nak bercerita semasa bertugas di sini. Biar gambar berbicara boleh tak? Plissss...hihihihi.....

Bantuan



















 
"Jauh lagi perjalanan pendamik ini"
 


 

 

 

 
 
Perbincangan berterusan
  


















Kenangan



Peluang
















Sebelum pulang, bantu-membantu mengemas PPV ini seperti sediakala. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama-sama dijinjing. Tibeeerrrr....... Hahahahahaha.....















Semut yang rajin


Tak kisah berpanas










Kerja di mana-mana sahaja
 
Bayangkanlah mereka ini bekerja tak berhenti-henti. Muka ceria sahaja. Demi tugas. Mengeluh itu pasti kerana kita manusia biasa. Tapi mereka tidak pernah menyesal. Tak kisah apa sahaja netizen-netizen di sosial media cakap perkara-perkara yang menyakitkan.
 
Kita doakan mereka agar sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa memberi rezeki. Rezeki dalam pelbagai bentuk. Kesihatan mungkin. Kesenangan kehidupan dan segala-galanya. Amin....
 
Banyak lagi gambar tapi telah ditapis mengikut kesesuaian. Hihihihihi...... Ada seorang petugas tu siap cakap kat aku, "Jangan la ambil gambar kami sedang main henset. Ambil time kami bekerja la"..... Suara dia agak sedikit kasar. Sentap gak sebenarnya sebab kuat dia cakap.

Wal hal, pada mulanya aku memang tak nak snap pun tapi member-member dia yang lain minta snap. Maka aku pun snap la. Dalam fikiran aku, "ingat aku tak der etika ker ambil gambar"..... Aku crop gambar dia. Tinggalkan kawan-kawannya yang ceria jer. Huh......... Hahahahaha.......

Kesimpulannya, bertugas di PPV ni best sahaja. Petugas-petugas kesihatan sangat ceria dan saling bekerjasama dengan semua orang yang terlibat. Happy ending. Puteri itu pun berkahwin dengan putera idamannya. Eh....!!!

#southernvolunteer #sukarelawanjohor #sukarelawanmersing
#savepalestine #freepalestine #koyak

2 comments:

  1. Ya Allah @akukahtuah.. Terbaik Fit, foto yang hebat moga menjadi Amalan yang baik buat semua.. In Sha Allah, hbs PKPD saya Cuba joint.. 👌✌️😎

    ReplyDelete
  2. baiklah...kami merindui gambar2 selfie mu itu.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...