18.6.21

Sukarelawan Vaksin di Taman Sri Mersing

"...kalau daftar hari ni, bila boleh dapat? Kalau dua tiga bulan, tak payah daftarlah...bla...bla....bla.....", bebel seorang pakcik terhadap seorang sukarelawan.

Entry kali ini aku mulakan dengan suasana yang sedikit tegang yang berlaku pagi tadi. Saja nak kasi vibe yang berlainan.

Kejadian ni bukan terjadi pada aku, tapi pada adik sukarelawan yang lain. Aku hanya menyaksi dan mendengar sahaja. Aku yang dengar masa tu pun rasa macam nak marah sama tapi adik tu bagus. Tenang jer. Memang cool. Sukarelawan sejati ko dik.

Semalam hujan membawa ke pagi. Renyai-renyai. Semua diminta berkumpul di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tenggaroh jam 7.45 pagi. Sila bawa baju hujan dan payung pesan urusetia dalam group whatsapp. Sarapan disediakan macam biasa (nasi lemak).

Tak lama sesi breakfast pagi ini terus taklimat. Pagi ini fokus ialah di Taman Sri Mersing. Katanya merupakan taman terbesar di dalam Mersing. Jangkaan siap adalah dalam jam 3 petang. Waaaaaaaa.......





 


Mungkin disebabkan jarak yang dekat, kami naik kenderaan sendiri ke taman tersebut. Berkumpul di Masjid Taman Sri Mersing. Pergerakkan pagi ni pantas jer. Di masjid dah ada orang-orang taman yang akan memandu kami ke rumah-rumah.

Kerjasama pakcik makcik taman ini, terbaik. Aku dan Ijoi diminta ke Jalan Anggerik, Puding, Teratai dan Bakawali.








 



 




Lama abang ni daftar, Dah 2 kali aku pusing tak habis lagi.


Alhamdulillah.....cuaca mendung jer pagi ni. Menjadikan proses pendaftaran menjadi lancar. Sekitar jam 11 pagi sahaja, semua dah kembali ke dewan serbaguna. Mungkin antara faktornya ialah ramai yang dah daftar dan mendapat satu dos.




Nampak penat di situ







Kami bersurai.

#southernvolunteer #sukarelawanjohor #sukarelawanmersing
#savepalestine #freepalestine #koyak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...