28.8.21

--- Pulau Mawar, Mersing Masih Fasa 1 ---

Alhamdulillah....sedikit kelonggaran yang Allah berikan. Baru-baru ini kerajaan telah membenarkan beberapa aktiviti rekreasi yang berisiko rendah dijalankan dalam memperbaiki kesihatan mental masyarakat. Selain hiking, makan di restoran juga telah dibenarkan dengan syarat telah mendapat dua dos.
Dikesempatan ini, kami gunakan dengan pergi ke Pulau Mawar, Mersing. Jom layan gambar-gambar sepanjang kami di sana.

Program ini ad hock jer. Mesej-mesej kawan yang nak join. Siapa free on. Banyak cekadak, kita tinggal. Hahahahahaha....

Masa kami sampai tu, ada seorang pak cik tu sempat berkata kepada kami, "air surut ni, pergi la dulu Batu Tingkap". Aku pun macam tercari-cari gak kat mana Batu Tingkat itu. Tadi pak cik tu sempat menunjuk arah Batu Tingkat itu dengan pandangannya.

Oooooo....arah sana. Kebetulan dari jauh aku nampak macam ada orang berjalan ke arah sana. Sebelum ini aku tidak tahu apa ada di sana. Yes...memang time tu air surut. Maka aku pun membuka langkah dengan pantas menuju ke arah yang dimaksudkan. Teman-teman yang lain mengikuti tanpa banyak soal. Cuma dia orang bising kenapa saya tak cakap pakai selipar. Sebab mereka sekarang berkasut dan basah apabila melintasi lalui air. Hahahahahaha.......

Tips.....setiap kejutan adalah trill yang sebenar.

Sedang bervideo call dengan Aizat....




Alhamdulillah...akhirnya kami pun sampai ke Batu Tingkap. In personal juga, aku berbangga kerana tiba di sini. Batu Gerbang memang dah selalu pergi tapi ini adalah kali pertama.
















Ada persembahan dari artis yang hanya popular di Mersing iaitu Mr Ijoi. Antara ayat beliau yang masih terngiang-mgiang di fikiran ialah "Saya teringat lagi dulu-dulu zaman saya karaoke. Semua saya balon. Kat rumah kenduri. Masa tu satu lagu seringgit. Jadi dia orang kumpul dan kasi saya nyanyi. Haaa...ambik kau, 5 lagu saya nyanyi." Hahahahahahahaha.....

Tanpa En Ijoi, tak meriah suasana. #lucu....




Selesai bergembira di Batu Tingkap dengan persembahan artis dan Merdeka photoshoot, kami menuju pula ke Batu Gerbang. Destinasi paling popular. Tapi setelah aku jumpa Batu Tingkap ini, Batu Gerbang tu dan jatuh nombor 2 bagi aku. Hahahahaahahahaha....





Model yang dipaksa


Air dah mula pasang




Tolong bawa


Tiba di Batu Gerbang












Ok. last destinasi is atas Batu Gerbang. Mohon berhati-hati yer. Katanya ada kes orang jatuh. Bagi mereka yang gayat, sangat-sangat tidak digalakkan. Ruangnya juga agak terhad. So tolong berhati-hati.

Pemandangan dari atas Batu Gerbang


Contoh mereka yang gayat





Perjalanan pulang. Singgah pula di pantai. Berjumpa dengan seorang staf sedang menemani anaknya bermandi manda di situ. Bahagia.


Turut berasa bahagia

Oklah. Jom balik. Next time kita datang lagi. Plan makan di Nasi Kerabu Honey, Endau. Tutup pula. Nasib baik ada Pojie yang memberi cadangan. Terbaik juga makanan di situ.

Tamat di sini ok. Ops...semua foto dengan menggunakan Sony XZ2. Nak juga cakap kan. Hahahahahaha....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...