Hari ini dan esok, PPV akan ke beberapa buah pulau untuk program vaksinasi. PPV Mobile ini melibatkan beberapa agensi seperti Klinik Kesihatan Malaysian dan Daerah, Majlis Daerah Mersing, MARITIM, MARIN, Pejabat Tanah Mersing, Taman Laut Sultan Iskandar, MERCI, media dan beberapa lagi agensi. Dah tak ingat. Hahahahaha....
Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Team 1 dan Team 2. Team 1 akan menuju ke Pulau Pemanggil dan Aur manakala Team 2 menuju ke Pulau Besar dan Pulau Tinggi. Masing-masing kelihatan bersemangat. Yeehaaaaa.....!!!
Setiap team diketuai seorang doktor yang bertanggungjawab.
Persediaan |
Patuhi SOP |
Bacaan doa |
Mohon jangan jatuh |
Siap-siap memuatnaik barang ke dalam bot, maka kami pun bergerak menuju destinasi masing-masing. Perjalanan lancar sahaja. Aku dalam Team 1, iaitu Pulau Pemanggil dan Aur.
MARITIM dan Taman Laut Iskandar laju meluncur memintas MARIN. Pulau pertama kami tuju adalah Pulau Pemanggil.
Tiba di Jeti Kampung Buau, Pulau Pemanggil |
Di samping di balai raya, para petugas turut ke rumah orang kampung yang tidak mampu bergerak untuk proses vaksinasi.
Seterusnya kami berjalan pula menuju ke teluk sebelah kerana masih ada sebuah kampung berpenghuni. Petugas KKM menaiki bot.
Dugaan dan rintangan |
Kami menamatkan program vaksinasi di Pulau Pemanggil dengan jayanya. Seterusnya kami akan bergerak pula menuju ke Pulau Aur.
Perjalanan ke Pulau Aur tidak semudah tadi. Bot TLSI dan MARITIM yang tadi laju kini menjadi perlahan. Bot MARIN pula yang di depan. Ini berikutan alunan ombak laut lain macam. Melambung-lambung kami di dalam bot. Serius memang dugaan. Habis mengucap kakak-kakak KKM.
Ketibaan kami dinantikan oleh Ketua Kampung Pulau Aur dan beberapa orang kampung.
Menurut ketua kampung, ketibaan kami telah dinanti sejak jam 10 pagi. Sekarang sudah jam 1 petang.
Sama seperti di Pulau Pemanggil, di sini juga terdapat warga pulau yang tidak mampu turun ke balai raya. Oleh itu petugas KKM berusaha naik ke rumah.
Dari kampung atas, kami menaiki lopek menuju ke Teluk Meriam. Alunan ombak membuatkan kami sedikit basah oleh tempias air laut.
Lopek kedua mengalami kerosakan enjin. Kami berpatah balik untuk menukar bot.
Namun kerana tugas, petugas KKM tidak pernah mengeluh dan patah semangat. Semangat mereka membuatkan saya kagum. Sebak pun ada. Pada wajah mereka hanya senyuman.
Kampung di Teluk Meriam adalah yang terakhir. Kami menuju kembali ke Jeti Teluk Berhala (Sakinah). Berkumpul dan meneruskan perjalanan ke Pulau Tinggi.
Jauh di kaki langit kelihatan awan hitam pekat menandakan samada hujan atau cuaca buruk. Kami kena pantas.
Lagi sekali perjalanan kami dari Pulau Aur ke Pulau Tinggi dilambung ombak.
Hari pun malam. Kami Team 1 dari Pulau Pemanggil dan Aur tiba di Pulau Tinggi agak malam. Beransur-ansur kami berjalan menuju ke penginapan.
Namun begitu, proses vaksinasi di Pulau Tinggi belum habis. Team 2 diminta menunggu lagi penduduk awam dari Tanjung Leman. Proses bersambung hingga ke malam.
Selesai bertugas, Team 2 menjamu selera dan kembali ke penginapan. Sayangnya tiada air. Mandi seadanya sahaja.
Sambung esok.....
No comments:
Post a Comment