Ok....panggilan gunung kembali guys... Kali ini kembali ke Gunung Ledang. Ada member mesej ajak ke trip lagenda. Tanpa fikir panjang, on terus. Pastu nama terus diadd dalam group.
Aku sahut cabaran gunung ini kerana nak uji tahap anx_y. Nak tengok berapa peratus aku sembuh dan boleh atasi. Sebelum ni dah ada orang ajak ke Gunung Kinabalu tapi belum bersedia. Daus pun dah kawin. Nak ajak pun segan. Dah tak ada geng.
So aku jadikan Gunung Ledang ni sebagai pengukur. Jika pas, in shaa Allah next gunung ok kot. #siscuba.
Kami berlima bertolak dari Mersing sehari awal dari tarikh pendakian. Check in di Remember Hotel, Bukit Gambir. Kata member, itu pun last-last ada. Kebanyakkan hotel dah penuh sebab perayaan Deepavali. Tapi syukur, kami masih sempat.
Seleaps check-in, follow member cari beg hiking. Alamak...!!! Ini rare. Hampir tidak ada la orang nak hiking esok, hari ini baru nak beli beg hiking. Kecuali memang plan begitu. Di Bukit Gambir ni pula, sebuah bandar kecil. Ada ke beg hiking. Tapi takper, kita berdoa sahaja. Mana tahu ada keajaiban.
Keputusannya, tidak ada. Hahahahaha....
Kami makan awal petang itu. Balik ke bilik dan berehat secukupnya.
Hari kejadian..............
Seawal jam 4.15 pagi, kami bangun dan bersiap-siap. Packing? Semalam dah settle. 5.15 pagi, kami check out dan tayar pun bergolek menuju ke Taman Negara Johor Gunung Ledang, laluan Sagil. Dalam perjalanan itu, kami singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Kata ustaz, better kita buat perkara yang wajib dulu.
Semalam dalam group, dah roger-roger tanya member tentang kedai yang buka untuk sarapan. They said beside masjid have one. So we go there. Dalam kegelapan kabus yang tebal, we miss the enter of Taman Negara Johor Gunung Ledang. Mujur aku masih ingat sikit-sikit. Maka kami turn back. Jumpa kedai makan yang dikatakan itu.
Kedai makan itu bersebelahan dengan masjid dan bertentangan dengan Klinik Kesihatan Sagil.
Kami pun bersarapan seadanya sahaja. Buat mengisi perut dikala pagi. Dengan seberapa cepat, kami menyelesaikannya dan bergerak menuju ke gate Taman Negara Johor Gunung Ledang.
Gambar dari https://my.worldorgs.com/ |
Terkasima sekejap takkala kami mula memasuki jalan taman negara. Superb view. Kami berhenti seketika untuk bergambar. Takper lambat sikit. Hahahahaha.....
Kelihatan sudah ramai pendaki sudah beratur untuk pendaftaran. Kami pun cergas agar tidak ketinggalan.
Isi form declaration and summit. Ambil pek Kembara dan air mineral (disediakan oleh penganjur). Berkumpul untuk mendengar taklimat daripada pihak penganjur, Reen and the gang.
"Apa mamat ni pakai baju kemeja bunga-bunga mendaki? Haish......."
Ucaptama oleh gogo/penganjur |
Guide/malim gunung |
Antara banyak-banyak isi taklimat yang aku fokus ialah tidak dibenarkan memancing, tidak dibenarkan memetik, tidak dibenarkan bercumbu (kecuali yang halal), tidak dibenarkan buang sampah (semua tempat benda yang sama), tidak dibenarkan memburu, tidak dibenarkan merokok (ye lah tu), tidak dibenarkan ________________ (semburan apatah simbul tu) dan yang terakhir, tidak dibenarkan menganjing. Yang last sekali macam kelakar. Tapi itulah yang diberitahu oleh guide.
Selesai taklimat, kami memulakan pendakian. Cabaran pertama ialah tangga dengan jolokan nama Tangga Mahligai. Dikatakan ia merupakan halangan pertama yang harus dilepasi untuk memikat sang puteri. Hahahahahaha...... Gurau jer.
Kelihatan semua orang perform di cabaran pertama ini. Tahniah...!!!
Jangan tanya soalan seperti jauh lagi ke? Lepas ni check point berapa? Kerana soalan-soalan seperti itu akan mengundang jawapan-jawapan yang....yang...yang......entah la. Tapi satu yang pasti jawapannya adalah berehat takkala penat jer. Itu pasti dan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Hahahahahahahahahaha......... Situasi ini tidak terpakai pada mereka yang jalan laju, gagah perkasa dan seumpamanya.
Tempat bermain lagikan dikenang, inikan pula tempatnya jatuh |
Jatuh dan tergelicir adalah lumrah dalam pendakian. Jangan rasa malu dengan itu. Semua orang pernah merasainya.
Dikatakan ini merupakan last waterpoint. Kami dinasihatkan agar mengisi keperluan air masing-masing sebelum meneruskan pendakian.
Alhamdulillah, cuaca yang baik memudahkan pendakian para pendaki hari ini.
Setakat sekarang rasanya semua pendaki mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekiranya ada yang tidak patuh, mereka akan dilencongkan melalui trek Pendeta yang lebih pendek untuk sampai ke puncak.
Untuk info, taman negara telah menetapkan cut off time bagi para pendaki agar situasi overtime tidak berlaku. Ini sebagai langkah keselamatan. Sekiranya berlaku juga, panalti akan dikenakan kepada team tersebut. Katanya sejam lewat kena bayar RM50 if i'm not mistaken.
Pernah ada team yang kena penalti? Kongsi sikit pengalaman.
Last water point |
KFC - Killing Finest Center merupakan satu kawasan yang dikategori sebagai pacak (dalam bahasa para pendaki). Di sini para pendaki perlu bekerja lebih keras untuk mendaki. Pendaki perlu lebih berhati-hati dan jangan tergesa-gesa. Hihihihi..... Melihatkan banyak tangga-tangga ni, teringat Puncak 15, Gunung Tahan.
Selain tangga, cabaran satu lagi ialah batu besar. Pendaki perlu menggunakan tali yang disediakan semasa mendaki di atas batu itu.
Ini saat di mana aku gagal mengawal anx__y. Tetiba panik attack terjadi. Aku mula risau dan gelisah. Adakah aku kena AMS. Masa ni aku hanya fikir nak turun semula jer. Tiga orang member aku dah hilang di depan. Sebenarnya dia orang tak jauh pun cuma hilang dari pandangan.
Aku bertanya pada seorang pendaki akan guide terdekat. Aku duduk seketika. Deep breath. In hale valor. 10 minit berlalu. Aku kembali mendaki bersama rakan-rakan yang lain. Perlahan-lahan aku cuba bertenang.
Alhamdulillah.......aku berjaya sampai di puncak bersama rakan-rakan pendaki yang lain. Namun begitu, fikiran masih tidak stabil.
Dari sini kelihatan rakan-rakan lain di puncak sana sedang bergembira dengan kejayaan menawan puncak Gunung Ledang. Tahniah guyssss.....!!!
Jam 3.00 petang, kami mula menuruni puncak dan berjaya sampai di bawah sebelum jam 7.00 malam.
Perjalanan turun lancar sangat. Yang depan pun dah berdesup hilang. Hahahahahaha...... Ada tips menyatakan bahawa kebiasaannya tempoh turun adalah separuh dari masa semasa mendaki. Plus minus.....
Alhamdulillah....banyak pahala pada mereka yang membuat kemudahan ini. Surau guys. Kami berhenti menunaikan solat sambil menghilangkan lelah. Ada sungai dan toilet. Terbaik.
Surau |
Saintis sedang mengambil spesimen |
Sedang memaksimakan jutsunya |
Pemeriksaan semula barang-barang yang dibawa turun semula |
Alhamdulillah....berjaya sampai di bawah sekitar jam 6.40 petang. Berjaya mengelakkan kena bayar panalti.
Namun begitu ada juga yang tak kisah sekiranya kena bayar pun kerana pengalaman mendaki dan sampai ke puncak lebih berharga. Bukan selalu nak naikkan. Hihihihi.....
Akhir kata, terima kasih kepada gogo and the gang kerana memberi kesempatan walaupun daftar diakhir garisan. Pada semua line-up, anda semua adalah yang terbaik. Kalau tak terbaik, mana mungkin boleh sampai ke puncak.
Minta maaf juga sekiranya ada perkara-perkara yang tidak digemari dari saya dan rakan-rakan yang baru-baru berjinak dalam dunia hiking ini.
Jumpa next trip. Owh....lupa nak ucap terima kasih pada penyumbang-penyumbang gambar, Arif, ______, ________, ________ dan lain-lain.
18 Ogos 2006 - Ledang via Asahan (pertama kali), klik sini
09 Sept 2006 - Ledang via Sagil (latihan sebelum ke Kinabalu), klik sini
20 Mei 2017 - Ledang via Asahan (mengimbau kenangan), klik sini
No comments:
Post a Comment