20.5.17

--- Gunung Ledang via Asahan ---

Tak ingat aku sedang bermesej tentang apa dengan Lin. Owh.....ok dah ingat. Bermesej tentang Gunung Pulai. Ada satu team wanita nak minta aku guide ke Gunung Pulai. Tapi disebabkan aku tak boleh, aku cuba sub kepada Lin. Lin memang master gunung-gunung sekitar Negeri Johor.

Itu ini...itu ini dengan Lin, dia pun tak boleh sebab tarikh team wanita tu pilih adalah weekdays. Weekdays orang kijer la nox. Entah macam mana, Lin ada sebut trip ke Gunung Ledang via Asahan. Aku pun apa lagi terus minta Lin adjustkan nama aku. Katanya trip ni under BP Trekkers (Batu Pahat Trekkers). Tak open sangat trip ni. So dah penuh kata Lin.

Then aku cakap pada Lin, ko buang jer nama-nama yang belum bayar tu. Masukkan nama aku dan aku bayar terus. Hahahahaahahahaha....... Kata Lin, kaedah tersebut adalah jahat. Hahahahaha....

Tak sampai 24 jam, Lin mesej beritahu yang aku boleh join. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....mudahkan. Jangan pening-pening.

Perkara ini biasa guys. Bukan kata dalam hiking. Masa open tu memang berduyun-duyun bagi nama nak ikut. Kadang-kadang lebih dari 2 bas bilangan pesertanya. Tapi yang betul-betul tu 5 orang jer. Trip oversea lagi la. Nak ikut ramai. Tapi yang beli tiket baru 3 orang. Haaaaaaa....ke tak pening pala memikio. So tindakan aku yang meminta Lin remove nama yang tak bayar tu adalah wajar pada masa itu. Kihkihkih.....

Ok, Batu Pahat Hikers ni diterajui oleh Azrul. Gogo yang sama trip Pelepah Kiri sebelum ini. Masa tu aku belum tahu lagi.

Berdasarkan mesej dalam group, meeting point adalah di Klinik Kesihatan BP. Tapi aku tak ke sana sebab aku dari Mersing. So aku terus ke Pekan Asahan. Aku sampai sana sebelum Subuh. Memang krik krik la Pekan Asahan ni. Aku tidur sekejap depan balai polis sementara nak tunggu Subuh.

Terjaga sekitar jam 6.30 pagi menggelabah untuk Subuh. Cari masjid tak jumpa. Team-team lain Subuh di exit Tol Tangkak.

Kata mereka breakfast sendiri-sendiri. Jam 7 aku cari kedai makan area sini belum buka. Entah bagaimana sedang cari-cari tu, Lin and team mate dah sampai pekan dan kami saing menuju ke pintu rimba. Aku mesej Lin, tentang breakfast dan lunch. Katanya semua sendiri. Dia orang dah breakfast di Tangkak dan Pagoh. Lunch pula dia orang beli maggi cup jer.

Aku pun, eh!!!.....makan maggi jer? Gunung Ledang jauh kot. Disebabkan aku belum breakfast, aku macam agak kegusaran. Dalam beg ada roti dan nutella jer. Lin cakap, aku boleh patah balik untuk breakfast dulu. Dia orang akan tunggu di registration point. Sebenarnya aku macam nak cancel jer tapi Lin ada cakap jangan cuba-cuba cancel atau tidak berpatah balik. Hihihihihi...

Aku cakap pada Lin, better korang teruskan perjalanan jer. Aku time tu dah 50-50. Bukannya apa, tak mahu jadi punca kepada kelewatan pendakian. Disebabkan aku sorang bermasalah, habis semua kena. Huhuhuhu.....

Ok....sebenarnya, selepas dari balai polis tu, ada lagi penempatan rupanya. Ada masjid, perumahan lagi. Adoiiiii......aku dok ingat, ending tadi di area balai polis jer. Hampeh.....

Aku berpatah balik dan breakfast di sebuah kedai makan melayu berdekatan masjid. Makan roti canai. Pastu aku tapau nasi lemak dalam tupperware yang aku bawa. Haaaaaa....lately ni dah jadi kebiasaan aku kalau ke mana-mana akan bawa bekas.

Selesai makan, dengan pantas aku drive menuju ke registration point. Memang aku la punca lewat. Menggelabah la aku time tu. Hahahahahaha.....

Masa aku sampai tu ada team lain lagi rupanya. Ada sorang mamat ni masa bersalaman dengan aku, dia sebut Aefit Bentuah. Aku senyum jer masa tu sebab gelabah nak parking dan packing. Kemudian kena isi borang isytihar barang yang dibawa plak. Biasa la peraturan Taman Negara memang macam tu.

Settle semua, aku pun menuju ke starting point kat khemah atas sana. Kami berkenalan dengan Musa our guide. Sesi taklimat. Dalam banyak point yang disebut dan yang paling aku rasa wow ialah cutting point / cutting time. Entahlah. Tak ingat word sebenar tapi ala-ala bunyi macam tu la. Ia membawa makna atau maksud bahawa, sekian-sekian masa, kena sampai check-point yang telah ditetapkan. Andai tak sampai dalam masa yang telah ditentukan, secara automatik pendakian tamat dan kena turun.

Contoh......jam 10 pagi, line up semua mesti melepasi check point 5. Sekiranya jam 12 baru berada di check point 5, maka tak boleh teruskan. Peraturan ini adalah bagi mengelakkan line up terpaksa OT atau tiba di bawah pada waktu gelap.

Ada soalan tak? Ok boleh tanya. Peraturan ini untuk semua mode pendakian ker?

Ok, very nice question. Peraturan ini hanya terpakai pada mode daypack sahajaaaaaaaaaaaaaaa........ Bagi yang mode bermalam atau 2 hari 1 malam atau lebih, tidak terpakai peraturan ini. Boleh faham? Ok good.

Soalan lain? Ok, tak ada. Mudah.

Ok, kami dah siap sedia untuk memulakan pendakian. Ada 7 check-point rasanya. Setiap sela check-point adalah dalam 45 minit.



Risaukan bila dengar cutting time





Sejam berlalu. Kami terus mendaki dan beberapa kali berhenti berehat. Ada satu tempat tu, kami berhenti berehat dan cuba duduk atas batu seperti dalam gambar di bawah. Tetiba ada seorang guide ni beritahu bahawa tidak elok berhenti di sini kerana ada sesuatu pada batu itu.

Secara spontan, sahabat kami pun bangun dan meneruskan pendakian. Tak jadi nak berehat. Dalam masa yang sama, aku tokok tambah lagi kemisterian batu tersebut dengan sedikit sejarah. Hahahahahaha...

Setiap check-point diberi nama yang unik. Tak der la unik sangat pun. Saja aku bagi bahasa yang indah dalam penceritaan. Huhuhuhu....














Lebih kurang 3 jam pendakian, kami tiba di lokasi yang digelar Batu Hampar. Ini first punya Batu Hampar. Nanti ada satu lagi. Setiap pendaki boleh menggunakan tali yang disediakan untuk sampai ke atas.







Azrul








Di atas Batu Hampat yang pertama ini terdapat RnR. Hihihihi..... Kami berhenti berehat dan luch di sini. Kemudahan surau disediakan. Bukan itu sahaja, ada water point dan tandas. Boleh la buat pengurusan diri apa-apa yang patut.

Ada paip. Tapi jika tandas digunakan, paip itu no water. Hahahaha....










Rasanya sejam lebih kot, kami tiba di Batu Hampar yang ke dua. Kecerunan batu ini lebih tinggi berbanding yang pertama tadi. More kudrat diperlukan dan awareness.









Jam 2 petang, team kami mula mendekati puncak. Rasanya ini last check-point. Ada signboard dari Sagil dan Asahan. Dah ada team-team lain yang dah sampai. Rasanya kami second last team yang sampai. Di belakang kami ada satu team yang telah kami tinggalkan. Mungkin kejap lagi sampai kot. Tapi ada beberapa rakan team mereka dah sampai rasanya. If I'm not mistake.



Alhamdulillah...kami semua selamat tiba di puncak. View memang 360 tapi tak nampak apa sangat. Lighting yang agak terang membuatkan aku kurang nak snap-snap gambar. Lagi satu tak der model yang sesuai. Kahkahkahkah.....

Apapun, happy semua dengan line up hari ini. Yeaaaaaaa....... Paling best Lin berjumpa dengan sang putera yang gagah. Waaaaaaaaaaaaaaaaa...

Dalam kegembiraan untuk mengambil gambar, aku ternampak satu banner yang tertera perkataan Rush Adventure. Rasanya itu kan Faiz punya nama team.

Ihsan dari ig


Tema diva & crown katanya





Tiada kesahihan dalam catatan sejarah bahawa batu bersurat ini ditulis oleh somebody legendary. It can be any one yang datang dan tulis-tulis. Ada tulisan jawi pada batu tersebut.

However, batu ini tetap menjadi salah satu daya tarikan pada Gunung Ledang. Batu ini adalah dari trail Asahan. Tapi jika yang datang dari Sagil pun boleh jer datang bergambar. Bawah batu besar ni sahaja. Tak jauh.









Dalam perjalanan turun, kami singgah di RnR untuk solat dan pengurusan diri. Nampaknya makin ramai pendaki yang tiba di sini untuk berkhemah. Agak kecoh untuk menentukan posisi khemah-khemah di kalangan mereka. Its normal and always happen.

Masa sedang menunggu rakan-rakan selesai menunaikan solat, aku terdengar dikalangan pendaki yang baru tiba ini bahawa ada team UTeM on the way. So aku mula text di group KeReX. Menurut Tengku, yes ada team UTeM.








Perjalanan turun terasa sangat jauh pula.

Masa dalam perjalanan turun tu, kami berselisih dengan dengan beberapa pendaki yang sedang mendaki. Aku terus agak yang team tersebut adalah UTeM kerana berdasarkan info yang di dengar tadi bahawa team UTeM yang terakhir. Katanya BAT pun ada.

Apa yang bermain difikiran aku masa tu ialah En. Faisal dan seorang friend di insta iaitu Amran Inglorion. He is antara insta friend yang aku suka follow sebab banyak tempat dia dah pergi as traveler.

Aku sempat bertegur dengan pendaki yang berselisih dengan kami. Tepat tekaan aku bahawa mereka dari UTeM.

Tidak berapa lama kemudian, dari atas aku nampak satu group pendaki sedang berehat. Dari jauh, aku dah kenal En. Faisal. Sambil tersenyum, aku angkat tangan padanya. Beliau juga balas dan tersenyum. Alhamdulillah masih mengenali. Hahahahahaha...

Insan seterusnya adalah Encik Amran Inglorion. Hahahahahahaha...... Tak sangka dapat berjumpa dengan member insta. Hahahahaha....

Seorang lagi yang aku jumpa ialah pengguna facebook Nbt Ophir. Actually, dia yang tegur aku dan beritahu nama facebooknya yang membuatkan aku terfikir facebook tersebut. Yea....kami friend dalam facebook. Hahahahahahaaha....












Alhamdulillah...akhirnya kami berjaya tiba di bawah dengan selamat. Terima kasih kepada semua line up hari ini. In shaa Allah jumpa lagi lain trip.

Satu perkara yang realize ialah trip dengan line up yang open trip macam ini sebenarnya kurang bonding. Apabila habis trip maka habis la dia punya bonding. Macam mana nak cakap ek? Aku harap korang faham apa yang cuba aku sampaikan. Hahahahaha..... Aku tidak akan join trip open jika tak ada member yang kenal.

Wassalam....

Klik untuk trip Gunung Ledang Asahan yang lalu di sini....

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...