Info pertama tentang trip air terjun ini adalah daripada seseorang yang aku dah lupa. Kemudian di add masuk dalam group. Tahun berganti tahun....... pastu terbaca pula kekosongan trip ke air terjun ini daripada status Labu (@labuusayong). Terkenal di ig. Pastu adjust dengan Azam (@azamhatha). Aku punya la comfuse Azam yang mana. Last last berjaya juga ingat apabila wifenya pm ingatkan aku Azam yang Trans Jerging tu. Kikikiki........
Sebelum meneruskan catatan, dua perkataan tentang trip ini iaitu TERBAIK, BEST dan #envirement. Paling penting mengembalikan keyakinan aku semula (healing session).
Aku pm beberapa member ajak join. Akhirnya berjaya ajak Areb (@sikerdilbertatih) yang juga antara orang famous dalam hiking-hiking ni. Omg......rasa senang dengan mereka semua. Eh!......
Persiapan memang tak rileks. Nerves macam nak mendaki Gunung Tahan. Nak cari itu ini. Beg yang dah dua tahun lebih dalam stor tak tahu masih ok ke tak? Mana la tahu Cik T dah gigit. Dengan bos tetiba tak nak bagi cuti. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... Tidaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk.
Nak tidur pun takut sebab takut tak jaga. Walhal Mersing dan Rompin tidaklah jauh.
Plastik membalut pun dah mereput |
Pada mulanya, aku ingatkan air terjun ni kena masuk melalui Kahang dan terus ke Kg. Peta. Rupa-rupanya salah. Hahahahahaha....... Aku tak baca tentatif dalam group. Baget-baget tau. Hihihihihi.....
Jam 4.30 pagi, loceng jam dah berdering. Bingkas bangun dan lincah campak haversack ke dalam kereta. Mujur minyak kereta dah isi semalam. Dalam keheningan pagi yang dingin, meluncur laju jalan Mersing - Endau dan terus ke simpang Felda Selendang (Taman Negeri Endau - Rompin). Kurang sejam, aku dah sampai.
Tercari-cari dalam kegelapan pagi lokasi berkumpul. Arep nampak kereta aku dan minta pick-up ke masjid berdekatan untuk solat Subuh.
Selesai Subuh, kembali ke lokasi berkumpul iaitu sebuah dewan. Tak ingat dewan apa. Gelap.
Mujur tak parking atas orang yang tidur kat ruang parking kereta. Aiseh....
Rehat sekejap sementara menunggu hari siang.
..................
Masa untuk berangkat guyssss..... Ubah pakir ke sebuah padang, (Latitude 2°39'6.57"N, Longitude 103°26'12.97"E). Selain kami, ada lagi dua team. Mean untuk hari ini dan esok ada tiga team.
Sarapan dan ambil lunch pack. Semua ni dah tersedia sebab termasuk dalam bayaran.
Ops...!!! Pecah ration macam biasa.
Bersama Zizi Kirana |
Agihan bekalan dan bahan mentah |
Sarap lu |
Masa ni masih malu-malu lagi kecuali dengan yang dah kenal. Aku kenal Azam (Trans Jerging), Hakim dan Qia (Taman Negara), Labu dan Areb.
Muat naik barang-barang ke atas 4x4 dan siap sedia untuk bergerak masuk.
Sarapan dulu |
Sarapan maggi cup ker? |
Setiap peserta dibekalkan dengan life jacket secara mandatori. Ini berikutan minggu lalu ada kes group yang terkandas hampir 5 jam berikutan hujan yang menjadikan paras sungai naik secara mendadak. Geng-geng hiking say "kepala air". Huhuhuhu....... Maka dengan adanya jaket keselamatan ini, memudahkan proses menyeberangi sungai.
Katanya camera dan diri tidak boleh dipisahkan... |
Biasa bawa lebih besar dari ini katanya... |
Aku ada mention tak kat atas tentang OTTERGOEXPLORE? Ok, kalau belum lagi, trip ini diuruskan atau digogokan (terma dalam outdoor) oleh Ottergoexplore. Boleh follow instagram dia orang, @ottergoexplore. Nampak tak tulisan kat baju atas tu. Haaaaaaaaaaaaaa.....yang tu lah. Tapi aku tak pasti siapa pengasasnya. Gambar atas tu dikenali Amir/Bamier.
Akan mengetuai sesi warm-up |
Layan atas 4x4 lebih kurang setengah jam jer. Terlambung sana...terlambung sini, elak sana, elak sini.......kami pun tiba di pintu rimba.
Turunkan beg dan buat regangan sedikit yang diketuai oleh safety officer kita, Labu. Banyak tip-tip dan nasihat yang dikongsi oleh beliau sepanjang membuat regangan. Setiap masa terisi dengan ilmu pengetahuan. Hmmmm......
Inilah Azam |
Ready guysssss..... Angkat sauh......
Trek lecak kerana sebelum ini hujan dan ia merupakan laluan aktiviti 4x4 extreme. Ada informasi mengatakan bahawa ada team RTM masuk sini dengan 4x4 sebelum ini. Kalau salah, maafkan saya yer.
Pacat? Ada la seekor dua sebab ada yang kena. Aku tak kena plak.
Fokus point adalah cerek...hahahaha |
Dua jam setengah berjalan. Melintasi beberapa anak sungai.......kami pun tiba di campsite yang telah ditetapkan. Dua lagi team, di lokasi lain iaitu ke hadapan lagi. Setiap campsite tidak jauh antara satu sama lain. Kentut pun dengar.
Kami pun tak sangka.....pejam celik, pejam celik....dah sampai. Kalau ada yang tanya, hakkur ke tak? Tak pun. Sebab ada yang berjalan sambil menyanyi dan berpegang tangan. Dari situ pun dah tahu betapa mereka tak pewai. Hikhikhik......
Sebaik sahaja diberitahu bahawa ini adalah campsite, hilang segala penat. Tetiba rasa macam boleh berjalan lagi beberapa jam. Hahahahahaha......
Letak beg untuk melegakan bahu. Tanpa membuang masa terus setting port untuk hemock, tent dan khemah induk. Macam-macam kerenah nak pasang hemock. Hahahahahaha...... Paling tidak boleh dilupakan ialah fly yang terlalu kecil tak sepadang dengan tuan. Tak per, semua tu pengalaman. Kita pun dulu masa mula-mula pun begitu.
Kalau ada yang bertanya, tempat tidur disediakan atau tidak? Itu bergantung pada gogo. Kalau trip yang aku follow ni, disediakan fly and ground. Nanti bersama-sama pasang dan sleep. Tapi time ni ada yang bawa sendiri. So kosong la khemah induk. Hakim jer sorang-sorang kat situ.
Campsite tepi sungai. Mudah untuk segala urusan disamping mendamaikan. Selesai memasang segalanya, kami bersantai-santai di tepi sungai dan di tengah sungai. Acah-acah mencari kedamaian mengikut cara sendiri.
Pemandangan dari campsite |
Tengah setting nak buat vlog mungkin |
Tengah break-up kot ni |
Profesional level |
Sesi sharing ilmu |
HERO Remaja ker? |
Sambil bersantai, makan lunch pack yang telah dibekalkan. Sementara itu juga, chef sedang menyiapkan makan tengah hari. Chef ini khas dari istana ok. Nanti selepas makan baru ke lokasi air terjun yang viral itu.
Selesai makan tengah hari yang sedap, solat Zuhur........... siap-siap untuk ke lokasi. Life jacket jangan ditingalkan. Wajib bawa sekiranya mahu bermandi manda.
Dalam perjalanan, kami melewati dua buah campsite yang lain. Rasanya campsite kami lebih luas dan lapang. Ada pro and contra. Campsite lain ada sungai yang lebih dalam. Hihihihi.....
Ternyata ia tidak mengecewakan. Tempatnya cantik. Boleh dikategorikan rare. Lagi rare kalau tak ada orang. Hahahahahaha......
So team kami menunggu giliran untuk masuk kerana pada masa ini dua group sedang bermandi manda. Kenapa perlu tunggu sis? Haaaaaaa......benda rare biasanya terhad atau limited. So orang akan berebut-rebut. Samalah juga dengan air terjun ini. Kawasannya agak terhad untuk bilangan orang yang terlalu ramai. So leader setiap team, dah bincang untuk membahagi-bahagi masa.
Dalam satu-satu masa sekian-sekian jumlah orang jer yang ada untuk setiap orang dapat menikmati semaksimum mungkin.
Berusaha mendapatkan gambar yang terbaik untuk socmed masing-masing |
Ayuh pulang ke campsite guyssss....
Di persimpangan delima, kami ke satu lagi lokasi air terjun yang jarang-jarang orang pergi. Buat photoshoot sikit dan pulang.
Tamat untuk hari pertama di air terjun Padang Batu.
Di campsite, buat pengurusan diri. Ada set yang buat kolam lagi. Tahniah.........
Terima kasih kepada rakan-rakan yang membenarkan gambar-gambar dari smartphone mereka dimuatnaik ke entry ini bagi melengkapkan cerita.
Next entry is air terjun Jaang esok.
#padangbatu #rompin #waterfall #sony #a7r2 #tamron300
x sangka ada d malaysia ada tempat air terjun yg cantik
ReplyDeletebanyak.......
Delete