Assalamualaikum dan selamat pagi guysssss.....
Macam mana tidur semalam? Ok tak? Rasanya semua ok sebab cuaca pun cantik.
Kedengaran suara sejenis burung yang berkicauan berirama. Bukan kicauan biasa. Kicauannya seakan-akan burung dalam cerita Hunger Game tu. Serius.... Layan beb.
Namun begitu tidak bagi dua orang yang memiliki master dalam kos environmental. Dari semalam kita banyak mendengar taklimat berkaitan perkara tersebut. Dari tumbuh-tumbuhan sehingga ke haiwan iaitu katak dan biawak.
Semalam ada yang bertanya pada aku, Areb tu, "betul ke apa yang dia cakap?" Aku kata, "....dia memang belajar dalam bidang tu dan kerja dalam bidang tu. So apa yang dia cakap adalah benar." Mereka memuji yang Areb tu kelakar la. Apa yang di cakap semua lucu. Aku hanya mampu pandang ke atas je. Hahahahahahaha........ 😆😆😆
Sarapan pagi sedang disiapkan oleh master chef terkenal, aku berjalan-jalan untuk shoot beberapa keping gambar alam. Sebenarnya buntu dan tiada idea tapi sedang usaha.
Destinasi hari ini adalah Air Terjun Jaang. Pada mulanya aku ingatkan hanya ada satu jer air terjun. Rupa-rupanya ada satu lagi iaitu Jaang ini. Tak tahu kenapa ia tak viral. Padang Batu sahaja yang berlegar-legar di media sosial.
Terbaik yang ini |
Sarapan ala-ala western |
Gambar atas ini dari camera aku tapi bukan aku yang snap. However, aku suka komposisinya. |

Gambar atas ini dari camera aku tapi bukan aku yang snap. Aku edit kepada blak and white kerana komposisinya salah sedikit. |
Selesai breakfast ala-ala western itu, kami bersiap-siap untuk ke Air Terjun Jaang. Jarak air terjun ini lebih dekat berbanding Padang Batu waterfall semalam. Lebih kurang 15 minit dari dari campsite simpang Y sungai. Kalau dari campsite kami ni, jauh la sikit. Tapi tak terasa sangat pun.
Manusia terlalu ramai |
Keindahan air terjun ini tersendiri. Sila pakai jaket keselamatan. Di sini kita boleh naik atas dan terjun-terjun. Hati-hati. Salah tiruk boleh terkena batu. Hati-hati dengan scammer.
Meninjau situasi |
Sedang berbincang |
Masih mencari..... |
Cuba meyakinkan.... |
Ok dah nak balik. Penat la mandi. Jom balik.
Sesampai di campsite, makan tengah hari dah siap. Terima kasih chef. Jasa mu di kenang.
Selesai makan, buat pengurusan diri dan mula packing. Turunkan fly, lipat hammock dan clearkan campsite daripada sampah-sampah kecil. Paling penting, semua sampah, perlu dibawa keluar dari sini.
Perjalanan keluar sungguh tidak terasa. Tetiba dah sampai. Huish....!!!
Muka ceria tapi semua kehausan |
Lepak di Pantai Hiburan sebelum masing-masing kembali ke rumah. Itu sahaja coretan entry kali ini. Kita jumpa next trip ok. Kalau ada trip-trip menarik, roger-roger tau.
Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang membenarkan aku memuatnaik gambar mereka ke dalam blog aku ini.
Terima kasih #OTTERGOEXPLORE
#jaang #rompin #waterfall #sony #a7r2 #tamron70300
cantik gambar2 ni... paling suka tgok gambar cik abg t-shirt kuning sorang2 gan kamera tepi sungai. cantik gambar tu..
ReplyDeletehahahahahaha.......
Delete