Wow…!!! Nama jer dah gerun. Suspen jer. Teruja.
Dah lama dengar nama tempat ni. Cuma tidak berpeluang.
Bak kata pepatah Melayu, yang bulat datang bergolek, yang pepeh datang melayang. Selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Pulau Aur, Iwan BlueWater mengajak aku ke Mahligai Maut. Tanpa berfikir panjang, aku ON jer.
Dari jeti Kg. Telok Berhala, kami naik bot menuju ke Jeti Telok Payang. Dakam perjalanan itu, kami melintasi Telok Sebukang. Perjalanan menggunakan bot ini mengambil masa kurang dari 15 minit.
Sesampai di jeti, kelihatan jeti usang yang hanya menunggu masa untuk lenyap sepenuhnya. Hanya separuh jer masih berdiri. Itu pun sekali lagi dipukul ombak dan angin, pasti rebah.
Kami pun parking bot dan berjalan ke pantai.
Iwan membawa aku dan Nyior menyusuri jalan simen yang sudah semak dan ditumbuhi lalang. Nampak sangat kawasan ini sangat lama ditinggalkan.
Dahulunya sini merupakan antara penempatan di dalam Pulau Aur ini. Masa berlalu dan tempat ini tinggal rumah-rumah usang sahaja. Masih ada tinggalan TNB.
Kami meneruskan perjalanan menyusuri tangga bersimen. Perjalanan mengambil masa kurang dari 10 minit dan kami pun tiba di penguhujung jalan. Penghujung jalan itu ialah sebuah rumah. Yup…….itulah ‘Mahligai Maut’. Surprise kan? Hahahaha…
Mendengar nama sebelum ini, aku membayangkan ianya sebuah istana lama. Ok…mungkin terlalu tinggi nak kata istana. Mungkin sebuah rumah dengan senibina Minangkabau. Atau binaan sangat pra-sejarah. Hihihihi…
Pemilik rumah ini ialah mertua kepada En. Mohd Tahir, pengusaha chalet di Pulau Dayang. Tanah dibahagian atas rumah ini ialah kebun durian.
Kenapa dipanggil Mahligai Maut? Mmmmm….katanya disebabkan trek tangganya yang tinggi.
Ok….selesai di Mahligai Maut, kami berjalan menyusuri pantai untuk pergi ke satu lokasi lain di mana dikatakan terdapatnya batu berbentuk mayat. Sempena dengan itu, ia diberi nama Batu Mayat.
Sedang berjalan dan melangkah bongkah-bongkah batu, terjumpa pula tedung selar dan ular sawa sedang bergelut. Istigfar panjang aku. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……………
Tapi tidak pada Iwan yang nampak selamber jer nak pergi dekat.
Aku lihat dari jauh kedua-dua ular itu saling membelit. So, that why la mereka tidak bertindak balas terhadap kehadiran kami. Kata Iwan, kelihatan kulit ular sawa itu sudah pucat. Mungkin sudah terkena bisa si tedung selar. Bukan itu sahaja, Iwan boleh pula tarik ekor tedung selar. Maka terlerailah dua reptilia tersebut. Si ular sawa mengambil langkah seribu dengan terus menyusur ke dalam laut. Si tedung selar pula secara perlahan-lahan masuk ke dalam semak. Tedung tu langsung tidak pedulikan kami. Hmmmmmm……
Seriusly……aku agak kecut time tu. Memang gerun tengok si telung selar secara live.
Akhirnya, kami sampai juga ke tempat yang dikatakan Batu Mayat tersebut. Memang betul. Bentuk batu itu seakan-akan tubuh manusia yang terbaring dan sudah dikafankan. Di atas batu tersebut tumbuh pula sepohon pokok. Begitu tinggi imaginasi manusia.
Ok….sebelum jam 6.00 petang, kami sudah kembali ke Kampung Telok Berhala. Terima kasih kepada Iwan.
sesetengah gmbr agak seram kami tgk huhu mmg nmpk la kg ni dah lama kena tinggal.. tp pantai dia mmg terbaik la.!
ReplyDelete