Jam 5.30 petang, kami berkumpul di kedai Kak Ngah. Kami terdiri daripada aku, Wan Nyok dan Hamzah. Guide kami ialah Wan BlueWater. Turut serta, seorang anak muda pulau, Acu.
Trip kali ni nak raikan Hamzah yang belum pernah naik ke Batu Cina ini sejak dia datang Januari. Selain itu, kami juga berhajat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri di atas puncak.
Pendakian tidak mengambil masa yang lama. 15 minit kami pun sampai di kawasan Batu Cina. Dari sini akan ada simpang samada naik puncak atau pertengahan batu. Wan Nyok dan Wan BlueWater yang mempunyi misi mengibarkan bendera, haruslah naik ke puncak. Lagi 3 orang hanya mampu ke pertengahan sahaja.
Untuk rekod, Wan Nyok pernah mendaki ke Batu Cina tapi hanya ke pertengahan sahaja. Maka kali ini dia beranikan diri untuk naik ke puncak. Aku pula pernah cuba naik ke puncak tapi separuh pendakian sahaja kerana ada kejadian aneh dan gayat. Maka sejak dari itu, aku hanya mampu ke pertengahan sahaja. Acu pun sama macam aku. Walaupun dia anak jati pulau, dek kerana gayat, tak mampu nak naik.
Ok, berikut aku kongsi beberapa gambar sepanjang pendakian kami. Bagi anda di luar sana yang datang ke Pulau Aur dan berhajat untuk mendaki ke Batu Cina ini, boleh cari orang pulau sini untuk guide anda. Caj? Bincang sama guide sendiri. Hahahaha….
No comments:
Post a Comment