10.8.15

--- Memohon Hajat Di Makam Aur ---

Trip kali ni bukan trip happy-happy tapi lebih kepada menunaikan hajat.

Ada pasangan ni mengalami gangguan misteri. Mereka mendapat alamat untuk pergi ke Pulau Aur….bla…bla…bla…

Selebihnya aku tak tanya sebab takut nanti sensitif.

Mereka berurusan dengan seorang orang lama di Pulau Aur ini, Abah Harun. Satu trip diatur untuk mendaki ke Makam Aur. Kata pasangan tu, melalui mimpi berkehendakkan mereka ke sana.

Macam mana aku terlibat dan ikut? Haaaaaaaaa….bab tu pun misteri. Hahahaha…

Aku memang dah lama nak pergi ke Makam Aur tu tapi timing sebelum ni asyik tak kena jer. Satu hari aku dapat tahu yang ada orang nak ke sana. Aku pun dengan lincah bagitau nak follow. Aku beritahu Abah yang aku nak follow. Abah ok jer tapi di pesan tak boleh ambil gambar.

Aiyooooooo…..alaaaaaa, rugi la tak boleh snap gambar. Rasa macam malas plak nak ikut hanya kerana tak boleh snap pic. Tapi tak per. Ikut juga.

Plan asal jam 8 pagi tapi tekong bot lambat bangun. Jam 9 baru kami mulakan perjalanan. Dengan menggunakan bot Wan Blue Water Resort, kami bergerak dari Jeti Kampung Teluk Berhala. Kami terdiri daripada 4 orang tidak termasuk Supardi (tekong). Abah sebagai leader line up, individu berubat, aku dan Zaki sebagai sweeper.

Dari Jeti, kami menuju ke Sabang Tampuk. Keadaan air laut pada mulanya sederhana tapi apabila kami melepasi Teluk Ba’I, air mula garang. Basah aku terkena percikkan. Mujur aku bawa plastik cover camera.

Untuk rekod, kunjungan ke Makam Aur ini pernah dibuat sebelum ini semasa memohon pertolongan berkaitan pengambilan pulau oleh _________________ dan musim kemarau.

Untitled-1 copy

DSC00064 copy

DSC00066 copy

DSC00067 copy

DSC00068 copy

DSC00069 copy

DSC00070 copy

DSC00073 copy

DSC00075 copy

Selesai menurunkan kami di Sabang Tampok, Supardi pun berlalu pergi pulang ke jeti. Abah memberi anggaran jam 3 petang untuk datang semula mengambil kami di Teluran.

Jam 9.35, kami memulakan pendakian. Trek tidak terlalu sukar untuk didaki.

Kurang 30 minit mendaki, kami melalui satu rumah usang. Menurut Abah, trek yang dilalui ini dahulunya merupakan laluan utama bagi penduduk di sini. Rumah ini antara tinggalan penduduk terdahulu. Begitu cepat masa berlalu kata Abah.

Sambil kami mendaki, Zaki mencuba-cuba jika signal radio boleh dapat.

DSC00077 copy

DSC00078 copy

DSC00082 copy

30 minit mendaki, kami berhenti rehat.

Ok di pokok ini nanti masa turun, ambil kiri untuk menuju ke Teluran.

DSC00083 copy

DSC00085 copy

DSC00086 copy

DSC00087 copy

DSC00089 copy

DSC00090 copy

DSC00091 copy

DSC00092 copy

Kami meneruskan perjalanan dan sejam kemudian, kami berhenti berehat pula di Air Tengok. Menurut Abah Harun, dahulu air di dalam lopak ini tidak pernah kering. Penduduk yang bercucuk tanam dan menanam padi, menggunakan sumber air dari sini untuk penanaman mereka. Mereka menggunakan buluh untuk mengairi air ke tanamam.

DSC00093 copy

DSC00094 copy

DSC00096 copy

Dari Air Tengok, sudah tidak jauh destinasi yang di tuju. Banyak laluan dihalangi dengan batang pokok dan dahan pokok yang tumbang dan jatuh.

Tidak sampai sejam, kami pun sampai di Makam Aur (11.54 pagi). Alhamdulillah…

Kasut perlu ditanggalkan bagi mereka yang ingin memasuki kawasan makam. Aku sedekahkan Al-Fatihah.

Sahabat kita yang berhajat tu pun mengambil posisi. Mengeluarkan handset dan membacakan sesuatu. Mungkin dia dah tulis hajat di dalam handset tu kot.

Owh…gambar tidak dibenarkan. Beberapa bulan yang lalu, ada orang yang datang sini dan mengambil gambar. Setelah beberapa hari, dia bermimpi yang dia dimarahi oleh seseorang kerana telah melanggar pantang. So sejak itu, pelawat tidak dibenarkan berfoto dalam kawasan makam.

Aku masih tercari-cari di manakah batu nisan makam ini? Kata Abah, makam ini memang tidak ada batu nisan. Tandanya adalah 2 batang pokok sahaja. Pokok lama telah tumbang dan yang ada ini adalah pokok baru. Selain itu terdapat cebisan-cebisan kain putih yang diikat pada batang pokok yang dicucuk di atas makam dan pokok itu hidup.

Pemilik makam ini ialah Syed Hussin bin Syed Abdul Rahman.

Lebih kurang setengah jam kemudian, kami bergerak turun.

Kami melalui beberapa kebun penduduk kampung untuk menuju ke Teluran.

DSC00098 copy

DSC00099 copy

DSC00101 copy

DSC00106 copy

DSC00107 copy

DSC00109 copy

DSC00111 copy

DSC00113 copy

DSC00114 copy

Jam 2.30 petang, kami pun tiba di Teluran. Supardi sudah sedia menunggu kami. Kami pun bergerak balik ke Teluk Berhala.

Ok, now nak story tentang makam tersebut.

Katanya, ada seorang pedagang yang melalui laut ini. Then anak kepada bapa ni meninggal. Si bapa pun mohon untuk menanam anaknya. Lalu si bapa mohon sebuah busut. Maka timbullah sebuah busut dan dikebumikan anaknya. Sebagai tanda, beliau memacakkan sebatang buluh (buluh aur).

Wujudlah hingga hari ni. Dari seorang ke seorang diperturunkan cerita ini.

Ok, kalau korang baca cerita tu, korang percaya tak? Aneh kan ceritanya. Tak ada permulaan. Tetiba tengah dan habis. Timbul persoalan, apa manfaat bertahalul pada makam ini? Diaorang ni dari mana?  Keturunan mana? Kenapa anak mati? Pedagang pun hanyalah anggapan sahaja. Kalau benar sekali pun, Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang yang berada disekeliling Pulau Aur ni datang mana plak?

Dalam sebuah kisah lain dikatakan makam ini adalah makam si ayah yang dikatakan beramal soleh.

Sekarang ni yang mana satu? Makam ni anak atau bapanya?

Takper…ini hanya sekadar mitos memandangkan sejarahnya terlalu longgar.

Sekarang nak bawa anda ke satu bahagian lain pula. Tidak salah bertahalul tapi ia perlulah bermula dengan diri sendiri dulu. Lengkapkan amalan. Rukun Islam yang wajid. Kurangkan maksiat. Itu adapnya. Nak minta tolong tapi amalan tidak jaga. So what point kan.

Sebelum nak close, saya tidak menafikan makam ini sekiranya ada bukti yang kukuh. Kita orang Islam dianjurkan untuk maju kehadapan.

Dalam sudut lain, makam ini boleh dijadikan salah satu tarikan pelancongan pelancong untuk datang ke pulau ini dan meningkatkan sumber ekonomi penduduk.

Satu lagi, mohon sesangat jangan suka dan mudah buang sampah dalam laut. Orang pulau, otai plak tu, pun buang botol kosong dalam laut. Bukan nak cakap belakang tapi saya lihat dengan mata sendiri ok.

2 comments:

  1. Salam cikgu ben..

    Saya pernah tjumpa buku btajuk 'pulau aur' di library sekolah sye mse sye sekolah dulu..

    Ini bdasarkan pembacaan saya shj:

    Buku itu bkisahkan seorg pedagang blyar bsama anak lelaki nya.. dan anak2 kapal..

    Sampai di sebuah negeri..
    Sibapa membawa anak lelaki nya nelawat org yg sedang sakit.. ..
    Sblom pulang.. si sakit itu .. mhadiah sebatang buluh kepada anak lelaki pedagang tersebut..

    Kembalinya ke kapal dan meneruskn pelayaran bdagang.. anak kepada si pedagang main panjat2 layar.. lalu jatuh n mninggal dunia..

    Mereka ingin mgebumikn anak mereka.. namun x de daratan pon dijumpai..
    Lalu si bapa n anak2 kapal.. mbuat solat hajat mohon di jumpakan daratan.. kerana tidak smpi hati utk mcampak jenazah anak ke lautan..

    Usai solat hajat.. mereka dpertemukan daratan.. n di kebumikn di situ.. lalu di cucuk batang buluh pemberian org sakit yg dilawat sblm ini..

    Lalu daratan smkin mbesar.. n jadi pulau..

    P.s: sye x da tokok tambah.. ini hasil bacaan.. bukan cerita tutun temurun..

    Buku ni saya jumpa di library.. sek ren keb felda sg sibol.. kulai johor.. mse tu dlm darjah 5 atau 6
    skg umur sye da 29 taun..

    mybe boleh dijadikan primary or secondary data dlm research..

    by mixie moxie
    Sebukang bay resort..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow....ok, tq mixie moxie atas maklumat yang diberikan.

      Versi bertambah.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...