Hai...hai...hai.....lama tak mengarang. Tak tahulah apa dah jadi pada entry-entry aku sebelum ini. Macam tak kemas dan terabai? Arghhhhhhhhhhhhhhh.........Sejak PKP, macam-macam hal berlaku. Owh...tak dapat bayangkan. Daripada seorang yang coffee addicted, kini aku dah tak boleh minum kopi atau kafien. Nescafe paling memberi kesan. Pernah sekali haritu aku minum neslo. Perghhhhh...!!! Malam tu aku rasa tak sedap mental.
Oklah, macam biasa, episod pertama selalunya aku akan merepek menceritakan perkara-perkara yang tak penting sangat dalam kehidupan korang. Tapi, tidak bagi aku. Aku rasa penting untuk menceritakan situasi sebenar.
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......!!!! Ok, Jumaat malam, aku mesej Hafiz dan bertanya jam berapa esok pagi nak gerak. MACAM BIASA, HARI NI MESEJ, 3 HARI KEMUDIAN BARU REPLY...! Aku tak terkejut sangat malah aku menjangkakan ia berlaku. Ok takper. Aku pun packing lah malam tu hingga jam 2 pagi. Then tidur. Mesej dah dapat sebelum tu yang menyatakan gerak jam 7.30 - 8.00 pagi. Dalam fikiran aku, "hanya sekadar menjawab soalan sahaja". Normal la manusia. Mana nak tepat masanya. Hahahahahaha.....
Keesokan harinya. Jam 7.15 pagi dah siap menunggu di luar rumah. Hand phone berbunyi, tanda menerima mesej. Katanya, "lagi 5 minit". Fikiran aku ligat berfikir, "5 minit apa? 5 minit nak sampai? 5 minit lagi baru nak gerak? 5 minit lagi baru nak packing? bla....bla.....bla......"
Kurang jam 8 pagi, kami dah berada di jalan raya menuju ke Kuantan. Singgah sarapan nasi kerabu di Endau. Jalan terus. Singgah di Pekan isi gas. Sambung lagi hingga sampai Kuantan. Dah jam 12 tengah hari. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa.......lamanya perjalanan. Ikutkan, Mersing - Kuantan 2 jam lebih jer. Tapi entah kenapa hari ni lama sangat nak sampai Kuantan.
Mesej Labu, tanya kedai basikal area Kuantan. Alang-alang dah sampai Kuantan. Why not. Labu mensyorkan ABC (Adham Bike Center) dan Kedai Basikal Recond. Kedua-duanya tak ada roadbike. #kecewa.
Jam 12.30 tengah hari.....rakan-rakan dah up lokasi nyata (live location). Dari Kuantan ke Kuala Tahan is about 2 jam lebih. First activity is at 3.00 pm. ETA map menunjukkan kami akan tiba di sana pada jam 3.15 petang. Ko rasa sempat ke tak? Memang tak la. Tapi kami terus berdoa.
Melihat live location, ada 3 buah kereta yang sedang bergerak menuju ke destinasi. 3 buah itu termasuk kereta kami. Jika lihat penama live location tu ialah Izwan Yusuf. Kami bersaing dengan kereta dia.
Sehinggalah ayat dari Labu yang membawa maksud tidak boleh tunggu lagi. Maka time tu kami redha je lah tak dapat joint aktivity water shooting. Kami ngam-ngam sampai selekoh masuk ke Asia Camp.
Benarlah....rezeki Allah itu Maha Luas. Labu call dan beritahu yang abang 4w akan balik untuk ambil kami bertiga. Allahuakbar...lega rasanya. Aku memang tak tukar baju dah. Baju inilah aku pakai untuk water shooting. Hafiz and Ustaz jer tukar seluar. 4w pun membawa kami bertiga ke jeti Kuala Tahan. Rakan-rakan lain setia menunggu. Ok....aku kenal Azam sebab pernah trip dengan dia, Trans Jerging. Sorang lagi is Izwan Yusuf. Follow in IG. Labu tak yah story la. Dia memang influencer walaupun gambar-gambarnya tak cecah 100 likes. Hahahahahahaha......Alaaaaa, gurau jer. Muah....!!!
Ok.....jom naik bot. Aku sempat tanya Labu, tak basah ker water shooting ni? Dia kata basah sikit-sikit jer. So, aku pun bawa kamera. Team kami 2 bot panjang. Permulaan bot gerak jer dah ada tanda-tanda akan basah apabila boatman menggoyangkan bot. Aku dah lain macam ni. Mana nak simpan kamera. Tetiba orang depan dah mula menyimbah air. Aduhhhhhh...........nasib baik Labu ada. Labu kata boleh simpan dalam beg ajaibnya. Fuhhhhh....selamat kamera. Sebaik sahaja kamera disimpan, makin rancak la aktiviti air. Memang basah habis. Tapi bot satu lagi kering jer.
Sebenarnya aku tak tahu water shooting ni apa aktivitinya. Main sebut jer. Selepas dah basah tu, kami singgah di sebuah perkampungan orang asli kaum Batik.
Kami diperkenalkan dengan cara hidup orang asli kaum Batik. Guide ada tanya, mana asal usul orang asli ini berdasarkan warna kulit, rambut bla...bla.... Kami tak tahu. Kata guide, mereka berketurunan Negrito. Di bawa masuk oleh komunis melalui Thailand. Sambil mendengar dan membuat nota ringkas, terfikir......ye ke fakta tu? Afrika sana jauh. Macam mana dia orang ni boleh sampai ke Asia dan di bawa masuk ke Tanah Melayu? Arghhhhhh........
Gambar ihsan @wangnazrii |
Fakta seterusnya, lelaki perlu pandai menyumpit manakala perempuan perlu mahir merebus ubi gading bagi membolehkan mereka melangkah ke alam perkahwinan. Kedengaran merebus ubi gading macam senangkan? Fyi.... ubi gading mempunyai racun. So, tugasnya adalah mengasingkan racun itu agar ubi itu selamat dimakan. Ok, boleh diterima.
3 perkara yang membuatkan mereka berpindah randah ialah kematian, kehabisan monyet dan ____________________ (tak ingat. Dalam nota pun aku tak sempat tulis).
Bagaimana mereka menguruskan mayat? Antara soalan dari peserta. Jawapan, mayat dibalut dengan kulit kayu dan digantung di atas pokok. Hanya ahli keluarga sahaja yang tahu di mana mayat digantung. Sekiranya ada tulang yang jatuh, itu menandakan bahawa orang itu masa hidupnya banyak membuat dosa. Bagi bayi pula akan di tanam sekiranya meninggal dunia.
Orang asli terkenal dengan kamahiran hidup dalam hutan yang tinggi. Antara yang diperkenalkan kepada pelancong ialah menghidupan api. Mereka menggunakan kayu meranti untuk menghidupkan api. Ada la cara-cara dia orang hidupkan cuma aku malas nak story panjang sebab tak larat nak taip. Nanti kalau ada video, aku upload. Muah....!
Gambar ihsan @azamhatha |
Gambar ihsan @apan_ghazali |
Pada hujung mata sumpit diletakkan racun dari pokok ipoh. Daun pasir (kalau tak salah) digunakan untuk membentuk kepala mata sumpit. Batang sumpit terdiri daripada 2 iaitu dalam dan luar. Bahagian luar diperbuat daripada buluh semiliang (Malaysian bamboo) manakala dalamnya diperbuat daripada Temiang. Explore lagi di wiki jer. Rasa malas nak taip banyak-banyak.
2 3 jam berada di perkampungan orang asli, kami pun beralih ke aktiviti lain. Bukan aktiviti lain sangat sebenarnya. Balik........ Hari ni memang satu jer aktiviti. On the way balik pun basah. Geng bot ni memang suka basah. Terus lekat, Team Basah.
Gambar ihsan @qiaza |
Sampai di jeti, menunggu pula 4w. Kesejukkan sebab basah. Perut berkeroncong. Team basahan ni singgah pula makan char keteow. Area kedai simpang resort. Lepak sampai ke Maghrib. Terima kasih kepada Hafiz sebab belanja.
Husna dan team kering sedang setup barbeku. Aduuhhh....kena bergegas balik dan siap-siap. Tak manis la kalau semua tak turun membantu. Perkara rare is barbeku pada malam pertama trip.
Gambar @wangnazrii |
Gambar @wangnazrii |
Selesai barbeku, ngeteh pula kat kedai bawah tapi sayangnya tutup. Kebetulan ada sebuah kedai live band di seberang jalan. Layan juga. Masa kami masuk kedai tu, kelihatan ramai otai-otai. Baik lelaki, mahu pun perempuan. Tokey kedai pun kaki sebenarnya. Joget sakan.
Kami tak lama kecuali ada beberapa rakan yang masih lepak layan karok. Dah letih kot. Balik terus tidur. Sebelum tu, Husna akan mesej tentang aktiviti esok dan waktu berkumpul.
Zzzzz.......
No comments:
Post a Comment