21.8.20

Taman Negara 2

Morning guys... Macam mana aktiviti semalam? Best? Haaaaaaa.....jangan tipu. Jawab jujur jer. Hahahaha.....

Seperti yang di ingatkan oleh Husna semalam, jangan lewat. Kami pun turun berkumpul seawal jam 7 pagi. Tak boh dah kena tinggal macam semalam.

Tapi kami tidak bernasib baik apabila katanya jam 10 pagi pula. Tak ingat apa sebab. Siapa ingat sebab kita lewat? Tulis kat komen k.

Sarapan dulu di warung berdekatan.

Tidak dapat detect gambar dari kamera siapa

Gambar Wan Nazri

Hari ini akan ada beberapa destiansi menarik yang telah disusun oleh Labu. Destinasi pertama hari ini ialah Lata Bakoh. Tahu apa yang istimewanya. So nanti sampai baru kita tahu.

Satu bot hanya boleh dinaiki 3 hingga 4 orang shaja. Perjalanan hari ini lebih jauh berbanding semalam. Sampai ada yang tertidur. Tak ada basah-basah sebab kumpulan dah pecah. Hummmm... Selamat kamera.

Banyak melayan keindahan hutan sepanjang perjalanan. Sedap mata memandang dan damai. Bestnyaaaaaa....... Boleh baring atas bot tengok atas.









Dah sampai. Bot pun parking. Set time, jam 1 petang kembali semula untuk ambil kami. Dari sini kami kena trekking sedikit. Sedikit jer. Tak pacak-pacak pun.

 




Ok, lata ni tempat mandi-mandi. Air terjun tak ada. Cuma jeram jer. Ada sedikit bentuk kolam kalau nak berendam kat situ. Hati-hati jangan sampai hanyut.

















 
Gambar Hafiz



 
Kami kembali ke lokasi bot. Tunggu bot sebab bot hantar penumpang dan ambil penumpang lain. Dalam erti kata lain, kejar trip. Trip ini tidak menyediakan makan dan minum. Semua sendirian berhad. Bot jer bayar.




 
 
 



Berkelah sanctuary is next destination. Katanya situ boleh berenang-renang bersama ikan kelah yang besar. Macam yang kita tengok dalam tv.



 
Gambar Wan Nazri

Hampeh. Hanya boleh tengok dari atas jer. Tak tahu samada boleh turun ke dalam air atau tidak. Tapi nampaknya semua tengok dari atas sahaja. Nampak tak nampak jer ikan tu. Boring sikit kat sini. 5 minit jer pastu kami mula gerak ke next lokasi.

 
Jom guys ke tempat lain pula, Pokok Besar. Sini pun boatman cakap 5-6 minit jer. Ni mesti dia pun tahu bahawa sini bakal membuatkan kami bosan. Apa yang hendak ditunjukkan di sini ialah sebatang pokok. Pokok bersaiz besar. Mungkin ini pokok terbesar di sini.

Next... kembali ke jeti. Dah habis tempat-tempat untuk dilewati. Nanti datang lagi ok. Bawa orang lain plak.

 
Gambar Adi
 
 
Gambar Wan Nazri


Sebelum balik, singgah makan dahulu. Lapar sangat-sangat.

Rehat..........................

Petang ke Lubuk Simpan. Deal dengan abang 4x4 hantar kami ke jeti. Dapatkan bot untuk hantar ke seberang sana. Jika nak naik bot ke lubuk tersebut, mestilah lebih awal ini kerana bot takkan pergi dan balik selepas jam 6. Lagi satu bagi mengelakkan beraktiviti pada waktu gelap.

Masa kami kat area resort pun, jika ikut timing macam ni memang tiada kebenaran ke sana. Tapi degil punya pasal dan ada kabel, kami pergi juga berjalan kaki. Jarak tak jauh pun sebenarnya. Lebih kurang 500 meter.

Langit sedikit gelap dan kedengaran sedikit guruh.

Kurang 30 minit berjalan, kami pun sampai. Hati banyak suka. Tapi itu hanya seketika. Tak sempat nak pasang hemock, hujan pun turun. Air sungai pun tak sempat nak basah kaki. Kami berteduh sekejap di pondok. Kemudian kami putuskan untuk pulang sahaja kerana tiada apa yang boleh dilakukan di sini.

Paling penting dan aku takut ialah nak lintas ke seberang sana jika hujan berterusan. Pastinya arus sungai tidak setenang tadi. Bab-bab ni aku memang cemas sikit. Ye lah ini kan berkaitan dengan keselamatan.

Balik ke resort. Ada masak-masak depan bilik Labu. Memang kena time lapar begini. Malam ini hanya rehat jer. Masa ni lah aku sedar yang spek hitam aku dah hilang. Dah tanya dalam group, tiada respon. So aku syak tertinggal di pondok Lubuk Simpan.

End for today....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...