22.8.20

Taman Negara 3 Episod Terakhir

Semalam lagi dah ada perbincangan tetang Canopy Walk Way. Ia berkisarkan waktu samada sempat atau tidak. Katanya hari ni akan ada jem di situ berikutan hari cuti. So kalau lambat, memang tak sempat. Ye lah, hari ni dah check out.

Ok, macam biasa, tunggu depan lobi. Awal pagi tadi sebenarnya hujan guys. Pagi ni pun hujan renyai-renyai. Menurut driver 4x4, akan ada masalah di canopy jika hujan. Samada buka atau tutup pada hari ini. Maka berdoalah kami agar diberikan perancangan yang baik.

Breakfast tidak disediakan. Sendiri-sendiri. Mujur ada kakak baru buka meja jual kuih. Sarap dulu. Sarapan seadanya.

Penantian satu penyeksaan guyssssss......!!!




Semua naik 4x4 menuju ke jeti. Naik bot untuk ke seberang sana iaitu Taman Negara. Di sana, kami telah dipertemukan dengan guide Taman Negara. Nama? Omg...itu memang kelemahan aku kerana susah nak ingat nama. Muka, in shaa Allah ingat.

Dengar taklimat dulu. Ok, di sini kami perbezaan pendapat sedikit sama ada nak ke canopy dulu atau jungle trekking. Bincang pun tak lama. Ambil jalan mudah, kita jungle trekking dulu.


 
Gambar Wan Nazri



Sepanjang jungle trekking tu, guide memberi penerangan tentang flora dan fauna di dalam Taman Negara ini. Kami singgah di sebuah menara pandang. Menara ini digunakan bagi aktiviti melihat haiwan di waktu malam.

Di tengah-tengah padang itu ada sebatang pokok. Pokok itu menjadi sumber garam bagi haiwan liar seperti harimau. Dari menara ini juga boleh lihat aktiviti kumpulan gajah. Semua itu atas rezeki masing-masing. Untuk masa sekarang, covid-19, aktiviti malam adalah dilarang di taman ini. Pacat ada la seekor dua.


Sambung trekking. Gambar bawah ni aku tak ingat kenapa kami bergambar di situ. Nak kata sebab pokok, rasanya pokok tu biasa jer. Cuma tak ingat. Sorry.

Then trekking lagi. Line up best. Kata Hafiz dan Ustaz. Masing-masing tak sombong dan tak grouping. Otak gila-gila dan chill. Boleh bergurau.

Kami sampai di Canopy Walk Way. Mak ai....ramai orang sedang menunggu. Guide mengambil peranan dengan membuat registration. Macam ambil nombor giliran gitu.

Melihatkan pergerakkan yang agak slow, guide mencadangkan kami ke Bukit Terisek. Came on guysss.... Banyak tangga.










 Tak semua yang sampai di puncak ini. Tak tahu kenapa. Mungkin tak mencabar kot. Hihihi...... Lama juga kami berfoto-foto di sini walaupun pemandangannya tidak kelihatan sangat dek kabus. Rehat kejap sambil menikmati.

Aku tertanya, kenapa aku snap sekeping jer gambar di puncak ini? Huhuhuhu... Adakah ia tidak menarik?




Kami kembali ke canopy. Masih kena menunggu giliran. Sampai tersleep menunggunya.


Tidur jap




 
 
Gambar Wan Nazri



 
Aku tak banyak sangat story masa meniti di canopy ni sebab ada kes. So, aku rasa susah nak cerita. Canopy ni aku pernah naik pada tahun 2007. Turun dari Gunung Tahan masa tu. Masa tu tak gayat pun. Tapi kali ini entah kenapa aku tak boleh go. Tak sampai separuh, aku undur semula. Ikutkan dari awal lagi aku macam tak nak join tapi aku cuba juga.

Ambil masa untuk tenang dan dapatkan semangat semula. Aku dapat idea. Aku minta Apan depan. Aku follow belakang. Sebelum tu aku minta izin dulu pada penjaga situ. Sebab peraturannya hanya boleh jalan seorang sahaja.

Jarak jambatan pun kali ni pendek sahaja. Banyak yang tutup. Tak pasti kenapa. Rosak kot. Mungkin. Apa pun pengalaman kali ini sangat berbeza.

Selesai itu, kami terus bergerak pulang ke resort. Membuat persiapan diri dan check out.



On the way pulang, semua setuju untuk singgah makan di Go'Bang Maju, Temerloh. Katanya situ viral. Masing-masing memang teruja masa pilih lauk. Sehinggakan ada yang ambil lebih dari 2 jenis. Akhirnya terpaksa bungkus. Huhuhuhuhu......

Kami berpisah di sini sahaja. Masing-masing bergerak balik ke lokasi masing-masing. Tq guys for a great activity. Tq juga pada gogo. Jumpa next trip. Kalau di ajak la. Hihihihi......


Group terakhir check out



Seperti yang disebut dalam episod pertama, ini trip outdoor pertama selepas lockdown tempoh hari. Ini peluang aku untuk dapat balik semangat untuk hidup. Membina semula keyakinan. Dapat jumpa rakan-rakan. Dapat bau kembali hutan. Sedut udara segar. Thank you pada Ustaz dan Hafiz yang sudi join this trip.

Trip kali ni boleh dikatakan kurang gambar sebab dari awal lagi memang tak niat nak snap banyak-banyak. Nak fokus pada gambar-gambar tertentu sahaja. Tapi line up plak giler-giler. Maka terlayan juga.

Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi kebenaran menggunakan gambar mereka dalam blog aku ini. Terpaksa import gambar-gambar dia orang bagi melengkapkan penceritaan. Jika tidak, ia nampak tergantung.
 
Pada rakan-rakan yang tertanya-tanya kenapa Ben tak shared gambar? Jawapannya ialah memang habit. Selain itu nak jaga kualiti. Selalunya akan shared selepas blog siap. Lagi satu, macam cakap tadi, asalnya niat memang xnak snap banyak sangat gambar. Kebetulan plak gambar-gambar yang diperoleh ini agak kurang touching. So segan nak shared. Apa pun, this line up is very sporting. Jenis kalis. Melawaklah macam mana pun, still cheer. Tahniah...!!!

Sekali lagi terima kasih dan minta maaf sekiranya ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...