31.10.20

Jalan-Jalan Pantai

Pagi tadi kami di Bukit Panorama, seterusnya kami mengatur perjalanan balik ke Mersing. Aku plan kepada ustaz dan Hafiz agar kita singgah di beberapa lokasi pantai yang menarik pernah aku singgah. Sebelum ni aku singgah masa solo ride dengan Rs150. Maka aku nak shared tempat-tempat menarik tersebut. 

First lokasi adalah sekitar mmmmmmmmm....mmmmmmm.......ok, aku tak tahu nama lokasi sebab ia hanya tepi jalan utama jer. Lokasi boleh check di koordinat ini, 3°17'42.48"N, 103°25'49.20"E.

Kami singgah dan lepak kejap. Menghirup angin pantai.





Kami beralih pula ke loaksi seterusnya di Tanjung Batu. Tujuannya aku nak tunjukkan pada dia orang satu tempat yang ada sebatang pokok ketapang. Pastu shoot kat situ. Memang lawa. Tapi kali ini akibat salah simpang, jumpa plak Tapak Cerapan Hilal. So, ini rezeki. Aku terus ajak dia orang mendaki. Hafiz macam dah tak mampu. Penat Bukit Panorama belum selesai katanya. Tapi kita paksa juga.

Aku kena naik sebab benda-benda sains ni memang kesukaan. Aku membayangkan suasana malam gelap dipenuhi bintang-bintang di langit sana. Then ada teleskop/balai cerap besar untuk cerap cahaya-cahaya di langit. Tapi ternyata, telahan aku salah. Atas sana cuma ada signborad dan tapak jer. Hihihihi....



Seterusnya kami beralih ke lokasi yang hendak kami tuju. Sebelah jer. Tadi dari puncak boleh nampak pokok ketapang itu. Beza simpang jer.




Untuk gambar di atas ini, ada beberapa tip penambahbaikkan. Gambar laut tu lagi lawa jika tak ada. Caranya adalah dengan merendahkan angle kamera. Rujukkan boleh tengok entry terdahulu di link ini. Entah, aku pun tak ingat masa ini nak rendahkan kedudukan kamera.

Habis berfoto-foto di sini, kami bergerak pula ke satu lagi pantai. Dalam Pekan Nenasi juga, cuma lain tempat. Ni betul-betul di Pekan Nenasi. Koordinatnya ialah 3° 8'10.26"N, 103°26'46.29"E.


 

Ini adalah pantai terakhir. Selepas dari ini, kami terus langsung ke Pantai Hiburan di Romping. Singgah minum-minum sekejap. Time ini ada orang merajuk sebab gambarnya tidak terpilih untuk dimuat naik ke ig. Tapi takper. Kita faham. Gurauan jer tu. Hahahahahaha...

Penting setiap dari kita memahami konsep dan watak seseorang itu. Termasuklah gambar-gambar dalam ig. Ia adalah memperlihatkan karektor orang itu.

Sangat menikmati

Kami dah sampai di Mersing pada malam. Lebih kurang jam 9 malam. Percutian tamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...