24.10.20

Bukit Selantai

Di Besut terkenal dengan Bukit Keluang. Di Semenyih popular dengan Broga. Beberapa bukit terkenal lain seperti Berekeh, Bukit Besi, Denai 3 Puteri dan lain-lain. Semua bukit ni boleh dikatakan sangat popular untuk pendakian santai pada hujung minggu. Di insta pastinya dipenuhi dengan aktiviti di bukit-bukit yang disebutkan.

Mersing....yes, Mersing pun ada. Aku tak pasti samada terkenal atau tidak. Sejak bila ia mula menjadi tumpuan walaupun aku dah kat sini hampir sepuluh tahun.

Bukit Selantai........gelaran diberi. Sejak beberapa minggu ini mula menjadi bualan di dalam group-group whatsapp. Pastinya ia memenuhi aktiviti mingguan orang-orang Mersing. Bukit ini sering menjadi tumpuan kumpulan-kumpulan mountain bike. Setiap minggu banyak kumpulan juga yang mendaki ke puncak bukit tersebut.

Alhamdulillah...kali ini aku berpeluang mendakinya walaupun terpaksa mengorbankan Halim yang dah plan ajak ngayuh ke Jemaluang. Hahahahahaha....sorry Halim. Kalau Hanif tak sebut pasal mendaki, pastinya kayuhan kita berjaya.

Jam 7.30 pagi dah berada di lokasi perjumpaan (maaf, lokasi tidak dapat didedahkan). Kemudian tiba lagi seorang sahabat dan guide. Dengan 2 buah kereta, kami pun bergerak ke Air Papan. Parking dan buat persiapan.

Sebelum-sebelum ni aku yang selalu berbasikal ke sini pun tak perasan yang dah ada pintu gerbang rupanya.



Pendakian memang pacak. Tak der diskaun. Trek ada yang berakar dan ada yang berpasir sedikit. Dan juga berbatu. Trek ini berkongsi dengan laluan MTB. Tapi tak sepenuhnya. Nampak la beberapa signbord yang memberitahu akan laluan MTB. Jika penat, boleh rehat di pondok yang telah disediakan.





Lebih kurang setengah jam, kami pun tiba di puncak. Hihihihi....Kejap jer kan? Hahahahaha..... Ramai juga pendaki rupanya di puncak ini. Mendaki bersama keluarga.

Rehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan kerana masih ada anak panah ke hadapan sana. Saja nak tengok apa yang ada di sana.




Ok, kami pun ikut tag warna kuning dan merah. Turun naik....turun naik.... Entah mana dah kami pusing-pusing ni. Terjumpa jentolak sedang membuat trek untuk basikal mungkin. Kawasan ni mungkin akan jadi kawasan rekreasi dengan kemudahan yang lebih baik tak lama lagi.

Akhirnya kami jumpa juga trek asal. Kami berjaya turun ke pintu gerbang. Kalau ikutkan, trek ini boleh keluar melalui Jeti Telok Buih. Hummmmm.....

Tamat pendakian pagi ini. Sampai juga akhirnya.





Sarapan pagi di Telok Buih


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...