Ia bermula dengan, "Ben, minggu ni apa plan?". Aku jawab, "Makan Sushi King".
Jam 9.00 pagi, dijemput oleh Hafiz dan Ust. Izan. Tq guys datang jemput. Hihihihi.... Tayar pun bergolek. Singgah makan di Nasi Kerabu Honey, Endau. Sambil makan, sempat membawang, "Kenapa geng-geng haritu tak suka makan kat sini ek?". Tiada jawapan sahih kerana semuanya hanya sekadar andaian.
Terus menuju ke Taman Negeri Endau Rompin. Ini bukan kali pertama aku datang ke sini. Firstime datang masa aku student di POLISAS. Kali ke dua bersama dengan Ust. Amir dan Akrmey. Ke tiga datang sorang. Ini, kali ke empat aku datang. Kali ke dua dan ke tiga tu ada sedikit kekeliruan urutan samada kejadian aku ditegur oleh perhilitan atau dengan Akrmey dulu.
Masa mula-mula masuk tadi kami sesat sikit iaitu kami terlepas simpang. Kami patah balik selepas bertanya dengan pekerja ladang. Alhamdulillah, selamat sampai.
Kali ini datang, dah ada gate. Nak masuk kena bayar RM30 per kepala. Aku cakap, "mahalnya", sambil menghulurkan duit. Bising-bising tapi bayar. Dah alang-alang datang. Guide cakap, nanti kat dalam, akan ada staf tunggu. Ada sedikit feel-feel macam filem Jurassic Park. Nampak staff dia semua pakai pakaian uniform yang sama.
Pertama sekali, kami dibawa masuk ke dalam galeri dan diakhiri tayangan video. Menarik..... Ada kuiz-kuiz tanpa hadiah. Sekadar menguji pengetahuan am.
Selesai itu, aku sempat berbual dengan staf. Tak tanya nama plak. Takper. Hasil perbualan tersebut, katanya taman dengan konsep terbaru ini bermula pada awal tahun 2020. Ia diswastakan kepada sebuah syarikat atau individu yang sama menguruskan Pulau ______ .
Bagus la. Nampak sikit terurus. Good job guys. Nak banyak info, mudah jer sekarang. Aku bantu korang. Layari ni https://rompinpark.my/.
Air keruh |
Menara tinjau |
Why aku datang sini? Saja jer. Hahahaha.... Sebab kalau ikutkan, pada 24 dan 25 Nov ada trip ke sini oleh sorang member. Tapi aku tak join sebab aku terlibat dengan task lain. So, di kesempatan masa yang ada ini, aku datang laaaaaaaaaaaaa.........hihihihi......
Kami meneruskan tour kami ke jambatan gantung. Snap gambar bagai, kami pun bergerak keluar menuju perjalanan ke Kuantan.
Syukur, selamat sampai di Kuantan. Kami singgah shopping sikit di Kuantan City Mall dan mall depannya (tak ingat nama). Objektif tercapai apabila kami singgah makan Sushi King. Letih guys. Kami menuju ke penginapan di Timurbay. Berkonsepkan home studio. Serius nice.
Zzzzzzzz.........
No comments:
Post a Comment