30.11.15

--- Cebu Island 2 ---

30 November 2015

Buat pengurusan diri dan Solat Subuh.

Berjalan menuju ke pintu masuk lobi airport untuk mencari teksi. Kami nampak ada satu teksi menurunkan penumpang. Kami pun bergegas ke teksi tersebut. Tanya harga dan terus masukkan beg dalam bonet. Kata pemandu, kena cepat sikit sebab ini bukan tempat ambil penumpang. Pada kami, kata-kata tersebut macam tak ada makna.

Sambil memasukkan beg tu, datang la polis airport. Dia dok cakap Filipina. Memang tak faham la. Selesai muat beg, kami pun masuk dalam kereta. Korang tahu apa polis airport tu buat? Dia berdiri depan teksi. Kami pun macam hairan la. Dia berdiri sambil mulut dok terkumat-kumit bertasbih memerhati ke dalam teksi. Then, driver cakap, kami tak boleh naik teksi di sini. Kena ke terminal teksi di bawah sana.

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... nampak tak diaorang punya ketegasan peraturan. Hahahahaha....kami pun turun dan berjalan jauh sedikit turun ke bawah menuju terminal teksi. Hahahahahaha...

Di terminal teksi ni, semua teksi beratur mengikut giliran. Kami pun naik la teksi. Kami cakap nak ke terminal bus yang membolehkan kami ke Oslob. Yup, Cebu South Terminal Bus. Masa dalam kereta tu, berbual la dengan driver. Dia pandai cakap omputih. Then dia offer kereta sewa. Kereta sewa yang kami naiki ni. Tak ingat berapa dia offer tapi cakap tak nak sebab nak merasi sendiri penjalanan ini.

Masa perjalanan kurang satu jam tanpa kesesakan lalulintas. Mujur pagi awal begini belum sesak. Masa memasuki terminal, driver bagi advice untuk ambil bus Cares Liner (warna kuning). Katanya lagi, bas tu lebih selesa dan berhawa dingin. Bus lain tak ok ker? Boleh jer. Banyak lagi bus yang menuju ke destinasi sama. Pilihan di tangan anda. Gambar bas ada kat bawah ni. Ni bukan pic aku snap. Aku copy dari google jer. Sekadar gambar hiasan.


Meter teksi around 271.50p kalau tak silap. Yang pasti, kurang 300p. Kami tidak menunggu lama kerana bas tersebut memang dah ada. Kami naik dan duduk. Free seat. Tiket nanti atas bas.

Owh...sebelum tu, lupa nak mention. Ucapan terima kasih kepada Amir ORA dan Kak Sha atas info berkaitan Cebu. Diaorang sampai dulu di Cebu ni. Awal seminggu dari kami rasanya. Banyak info dia orang share. Thankzzz again.

Dalam bus, macam biasa la, mesti terlentok punya. Tapi sebelum terlena tu, pembantu driver dah datang untuk tiket. Kami beritahu dia yang kami nak berhenti di Sascha's Resort. Selalunya orang bas tahu. Cakap jer resort mana dan kebanyakan resort adalah tepi pantai dan jalan utama.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sepanjang perjalanan, kiri adalah pemandangan laut yang membiru. Langit pula memang tengah cantik. Samar-samar kelihatan Pulau Bohol.

Dalam perjalanan, kami berhenti sebentar di RnR. Aku terjaga dari tidur. Aku tak tahu dah berapa lama bas berhenti. Then, aku rasa nak kencing. Aku pun turun la. Masa masuk dalam kedai ke toilet tu, dalam kepala dok fikir kalaulah bas jalan. Hmmmm...... ok layan dulu dalam toilet.

Berjalan keluar, aku dapati kedudukan bas macam dah berubah. Bas Ceres yang sama tapi lain parking. Aku dah macam.......arghhhhhhhh, memang dah agak. Then aku pandang ke hadapan jalan sana dan dapati ada bas Ceres sedang berhenti. Aku pun bergegas lari. Hahahahahahahahaha....... Mujur ketiadaan aku disedari member. Hadooiiiii.....what the experience.

Pejam celik...pejam celik....kami pun sampai. Bas berhenti betul-betul depan resort. Kami pun masuk selepas memberitahu yang kami ada buat tempahan melalui Booking.com.



Rasa macam awal sangat plak sampai. Hihihihi... Check in jam 12. Ada lagi 1 jam lebih. Perut terasa lapar. Kami kukus Brahim, Nasi Goreng Kampung. Sedap... Kami boleh guna dapur di resort ini. Kami guna dapur jer. Mistin, sudu dan gelas, kami guna yang sendiri punya. Satu lagi, jangan diabaikan ialah span basuh pinggang dan bekasnya. Itu pun kena ambil kira.

Dalam pada itu, kami berbincang untuk aktiviti hari ini. Keputusan perlu dibuat dengan pantas sebab masa berjalan. Sedang berbincang, ada pula yang datang untuk menawarkan perkhidmatan transport.

Sok sek...sok sek...sok sek... Keputusan dah dapat. Aktiviti pertama ialah swim with Whale Shark. Kedua ialah Aguinid Fall. Ketiga, Tumallog Fall dan yang terakhir ialah Historical of Oslob. Nice tak? Haaaaaaaaaa..... bak kata Amin, 'come guys, join us'.

Selesai makan, kami tukar pakaian basah. Hari ni semua aktiviti air jer. Kami parking beg di ruang lobi dahulu kerana bilik masih belum kemas. Ada tetamu lain.

Untuk transport kami ambil 3 buah motosikal dengan driver sekali. Hahahahaha... 300p/head. Mesti ada yang berfikir, driver tu wajib ambil jugak ker? Naper tak drive sendiri? Hmmmmm...it depend on u.

Jom ke Whale Shark.

Ini merupakan aktiviti yang paling aku seram dan tak nak terlibat. Satu sebab tak pandai berenang. Dua, aku tak suka ikan besar dalam air. Kita tengok jap lagi. Arghhh....

Perjalanan dari resort ke Whale Shark port mengambil masa lebih kurang 30 minit. Am dan Daus, bertiga dengan driver. Aku berdua ngan driver dan Azizah juga berdua dengan driver. Aku jurufoto kena la selesa skit. Hahahahaha....



Sampai di Whale Shark port. Terus ke kaunter untuk pendaftaran. Ada 2 jenis pakeJ harga iaitu Orang Tempatan dan Orang International.

Driver aku cakap, kalu aku pandai cakap Tagalog, kompom dapat murah. 'Your face look Filipino' katanya. Aku hanya senyum jer. Eleehhhh.....iyer2 jer.

Lepas daftar, tunggu untuk taklimat. Ingatkan sebelum trekking jer ada taklimat. Nak berenang pun ada ok.

Dalam taklimat ni, banyak cerita tentang 'do and do not' semasa berenang bersama Whale Shark nanti. So u all kena ambil cakna untuk mengelakkan anda ditelan oleh shark itu nanti. Di samping itu, sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan panalti. Nak?

Perkara mengecewakan ialah aku tak leh bawa camera. Gambar bawah ni semuanya dari kamera Azizah. Kamera dia water proof. Power dooowwww....!!!






Ok...jom. Jangan cakap banyak.









Adakah shark ni haiwan peliharaan? Owh...tidak-tidak. Shark ini hidup secara bebas di lautan ini. Akibat dah terbiasa kot sebab tu dia jinak ngan manusia.






Kurang dari sejam, dah settle. Pengalaman? Hmmmmm....... Kalau tanya aku, ok la kot. Lagipun aku atas bot jer. Hahahahahaha...... tapi agak seram la tengok shark tu datang dekat. Besar saiznya. Aku turun gak dalam air tapi gitu-gitu jer la.

Aku ingatkan, aku jer takut, rupanya Amin pun macam takut-takut. Paling berani, Azizah. No wonder la sebab dia memang seorang penyelam. Penyelam berlesen. Daus pula style cool jer.

Adakah shark ni sejenis pemangsa atau karnivor? Hmmmm....entah la nok. Mak pun tak tahu. Yang aku nampak dia orang bagi makan sejenis rumpai kot.

Aktiviti ni ada masa-masa tertentu jer. Bukan la dari pagi sampai petang. Jam 12 tengah hari dah stop. Esok sambung lagi. Shark ni pun tak lalu nak layan kita-kita ni sampai petang.

Kesimpulannya, aktiviti tidak boleh diabaikan. Mesti buat.

Next destination is Aguinid Fall. This place suggested by our driver. Katanya ni tempat baru. Ala-ala Tumallog Fall juga. So kami setuju jer. Why not kan.

On the way tu, kami singgah di satu view port untuk snap-snap pic.













Ok.....sambung kembali perjalanan menuju ke Aguinid Fall.

Tiba di entrance sekitar jam 12 lebih. Bayaran dikenakan, 40p/head. Kami dibekalkan dengan 2 orang tour guide. Dia akan story macam-macam mengenai this place sepanjang perjalanan itu nanti. Selain itu, mereka juga turut membantu apa saja. Contoh, pegang tangan ketika berjalan. Haaaaaaaaa....... Keselamatan la.

Paling best aku tengok sepanjang trip ni ialah, dia akan demo di setiap kawasan. Demo cara-cara nak nak ke atas. Nanti dia story la, kaki kena pijak sini, tangan kat sana, lonjak bila, angkat punggung atau tak. Everything.

Turut disediakan untuk pelancong yang datang ke sini ialah bekalan makanan. Nasi putih dengan daging pork dan sambal sikit. Ok tak? Masa kat depan kaunter tadi pun ada jual satay pork. Hmmmmmm....nampak menyelerakan. Hihihihihi.....

Ok, what istimewanya Aguinid Fall ni? Apa yang dibangga-banggakan sangat? Baiklah....istimewanya waterfall ni ialah batuan dan airnya. Ia merupakan sejenis batuan kapur. Airnya putih nak ke jernih. Tak jernih, juga tak putih susu. Mmmmmm....bayangkan sendiri k. Rasa airnya, mmmmmm.....xsempat nak rasa. Ada kesan pada kulit? Tak juga.










Dari perspektif aku, ianya satu benda yang lain dari kebiasaan. Itu jer. Air terjunnya bukan semata-mata sungai bodoh gitu jer. Ianya bertingkat-tingkat. Gabungan batuannya menjadikan ianya sesuatu yang cantik. Kita akan trekking melalui air terjun itu juga.

Tidak mencabar sangat. Ia lebih kepada kita nak melihat tempat orang la. Nanti di lokasi terakhir air terjun tu, tour guide akan tunjuk cara-cara untuk terjun. Lincah giler tour guide kami ni. Perempuan ok.

Kurang sejam rasanya kami trekking sampai ke atas. Lepak kejap.

Kemudian datang seorang individu wanita menawarkan pakej ke Kawasan Fall. Beliau menawarkan 1300p/head. Kami bagi ayat manis, akan kontek jika berminat sebab nak kena meeting dulu. Hahahahahaha....dia ada bagi business card.

Sebenarnya bukan nak tolak pun. Kami saja tak nak terikat dengan sebarang aktiviti. Kami nak terbang bebas bagaikan burung. Hahahahaha...

On the way turun, ada satu lagi port terjun. Agak scary bagi aku. Tapi tidak bagi Azizah dan Daus. Tour guide kami yang perempuan lebih dari 40an tu selamber jer buat demo terjun. Hahahahahaha.......

Selesai sudah aktiviti kami.

Korang mesti fikir, '...tempat wajib pergi ker?.....' Hmmmmmm...

Apa yang aku boleh katakan, service dia orang memang baik. Macam ni yang kita nak. Dia orang sangat komit untuk memberi khidmat. Ini periuk nasi dia orang. Tak der pelancong, takder duit. Simple...!

Lapar? Sebelum meneruskan ke destinasi berikutnya, kami makan Brahim's yang kami dah rebus tadi. Untung ada Brahim's. Rebus atau kukus? Mmmmm.....sama la kot.

Kebas pungkoq naik moto dari Aguinid Fall menuju ke Tumallog Fall. Kalau baca blog atau search dalam ternet, Tumallog ni merupakan tempat wajib pergi. So, kami pun mesti la nak pergi kan.

Dari simpang jalan utama, belok masuk kiri dan sampai. Sampai di parking ye. Bukan waterfall lagi. Untuk ke waterfall, ada 2 pilihan. Jalan kaki or naik moto berbayar. Hahahahahahaha..... All about the money. Kami pilih untuk berjalan kaki sebab kami pendaki. Hahahaha....













Ada yang nak tanya soalan tak kat sini? Hah...! Awak. Awak nak tanya apa?

Boleh mandi atau tidak?

Cantik soalan awak tu. Jawapannya boleh. Kami jer yang tak mandi sebab tak teruja sangat dengan air. Hahahahahaha.....

Ok...honestly la ek, masa tengok dalam ternet macam heaven sangat Tumalog ni. Tapi bila aku sampai sini, rasanya tidaklah semegah itu. Ye la mungkin sebab gambar dalam foto telah touch up bagi nampak wow.

Tak cantek ker? Aku tak kata tak cantik cuma ia biasa-biasa jer. Mungkin sebab tak ramai kot. Kalu kita datang dengan 10 orang member yang kepala giler-giler, lain la kot jadinya.

Jom balik resort.

Buat pengurusan diri.

Petang itu kami berjalan-jalan ke Historical Town of Oslob. Saja nak habiskan masa sewaan motor dan driver tu. Di sini terdapat monumen-monumen tanda kehadiran negara Barat. Sejarah dia sama jer dengan sejarah kedatangan kuasa asing di Tanah Melayu. Asia adalah Negara-Negara Komanwel. Negara bekas jajahan Britain.

Nak tau detail, nanti tanya Daus. Dia memang minat giler membaca sejarah. Habis semua papan info dia baca. Good boy...!!!









Sambil layan monumen-monumen, kami layan view dan adakan beberapa shoot konon-konon drama. Saja nak uji bakat yang terpendam. Ternyata, semuanya pandai beraksi di depan kamera. Bila aku cakap 'action' jer, terus dia orang menjiwainya.






Abaikan salib tu. Terlepas saringan. Yang lain aku dah cut.





Menjadi jer gaya lakonan mereka kan. Ala-ala drama bertajuk 'Cinta Ku di Kaki Langit' yang sedang hot ditayangkan dipawagam-pawagam seluruh Malaysia. Ada adegan gembira, sedih, bergaduh, berpisah, cinta lama kembali bertaut dan macam-macam feeling lagi. Wonderful....





Monumen ini dibina hanya dengan menggunakan kulit-kulit kerang dan batu karang beserta bancuhan tanah. Fungsi tembok ini adalah untuk menahan serangan meriam musuh. Percaya tak?












Matahari dah semakin tenggelam. Pantas rasanya masa berlalu. Sebelum pulang, kami singgah pasar basah membeli ikan.

Banyak giler jual babi. Macam jual ayam. Semuanya jual sebelah-sebelah. Kami cari penjual yang menjual ikan sahaja. Suksess...!!! Cari bahan-bahan nak buat perencah.

Mujur ada Azizah.

Malam tu kami makan nasi berlauk ikan yang kami beli tadi.

Penat beb seharian hari ni. Lepas makan, masing-masing layan pesbuk, insta, whatsapp, friendster, myspace, twitter dan macam-macam jenis laman sosial. Layan kejap jer, pastu terlentok. Jaga-jaga dah pagi. Hahahahahahaha....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...