27.11.15

--- Mt. Pulag Ep. 3 ---

Episod 1   Episod 2

27 November 2015

Entah jam berapa, aku terjaga dari tidur. Dalam mamai tidur tu, aku terdengar ada orang beristigfar di sebelah khemah. Aku pun berkata dalam hati, 'siapa la yang solat pagi-pagi buta dan sejuk-sejuk macam ni?'... Aku sambung tidur. Zzzz....

Seawal jam 3 pagi, dah mula bangun untuk persiapan ke puncak. Di luar sana angin masih kuat dan hujan. Pintu khemah kuat ditiup angin. Jam 03:30 lebih, kami pun mula bergerak berjalan menuju ke puncak.

Aku terfikir bagaimana la nak snap gambar ni dengan hujan dan ribut cenggini. Harap-harap kat puncak nanti dah reda.

Pendakian kurang dari 30 minit. Dah la sejuk, angin dan hujan lagi. Masa sampai puncak dalam suasana terang headlamp jer, sudah terdapat banyak pendaki lain sudah sampai di sini.

Cepat-cepat cari tempat persembunyian untuk berlindung dari angin yang kuat dan sejuk. Huhuhuhuhuhu....tak tahan. Kami berselindung di balik pokok buluh kecil yang tumbuh itu. Masa berlindung tu, aku teringat yang ada gambar di Taman Negara hari tu. Pokok ni lah. Huhuhuhu...

Agak lama kami menanti di puncak. Menanti apa? Mananti matahari terbit. Hahahahaha.... Hampir sejam gak la. Sempat tertidur.

Kedengaran suara-suara yang ingin turun kembali ke khemah. Sejuk sangat katanya. Lagi pula, kelihatan mentari mustahil muncul dalam cuaca begini.

15 minit kemudian, gogo juga macam menyuarakan pandangan untuk balik ke khemah. Cuaca semakin teruk katanya. Sampai khemah kita dulu, nanti kita fikir plan B. Mungkin kita akan naik semula jika mengizinkan. Jom...

Kami pun mula turun menuju ke Saddle Camp. Entah bagaimana Aku, Bad dan Man boleh tersalah route.

Kami naik semula ke puncak. Dapat cari route yang betul. Baju dah mula basah dek kerna embun yang macam hujan tu. Sesampai di khemah, terus masuk dan masuk dalam sleeping bag. Sambung tidur.
..........

Bangun breakfast... Abg Man dan Sem sedang memanggil-manggil untuk datang ke khemah untuk ambil makanan. Tapiiiiiiiii...luar khemah sejuk sangat. Angin kuat dowwww.....

Banyak kali chef panggil tapi macam tak ada yang pergi. Hahahaha... Suddenly Efie bersuara dan datang ambil mistin dari setiap khemah. Hahahahahahaha.... Baiknya Efie.

Masa terus berjalan... Angin dan hujan tak reda-reda. Dari dalam khemah dah boleh tahu yang hari semakin cerah.

Tertunggu arahan seterusnya dari gogo... 'Jom packing semua. Kita packing semua beg, bawa ke puncak dan terus turun ke Babadak Ranjer Station'. Itulah arahannya. Dengan malas tahap cipan, lebih slow dari beruang kuola, kami pun packing sikit demi sikit.

Dah lama sikit apabila macam tak ada yang gerak packing, Abg Man dah mula serius skit. Katanya kalau kita lambat, tent ni kita kena bawa turun. Porter dah lama menunggu untuk lipat.

Dengan gigih, kami pun cergas sepantas kilat. Hujan dan angin tidak dihiraukan. Sejuk memang tak tertahan.

Selesai semua packing, kami pun mula trekking menuju puncak. Keadaan sama sahaja. Angin yang kuat membawa titisan air macam hujan. Berkabus lagi. Mendaki lah kami perlahan-lahan menuju puncak Pulag. Awal pagi tadi aku tak tengok pun signboard peak tu, tapi 2nd attack ni, dapat la lihat sebab hari dah cerah.

Masa kat puncak, memang aku berbungkus dalam plastik sampah jer. Tak terlayan nak bergambar bersama teman-teman yang menggunakan goPro itu. Kamera aku yang cap ayam ni memang tak mampu la nak keluar sebab hujan. Huhuhuhuhuhu...

Dalam otak terfikir la, naper aku tak ada goPro? Whyyyyyyyy....?

Ok...gambar di bawah adalah gambar yang aku minta dari Azry dan Ecah. Aku paparkan mereka-mereka yang berjaya dan gigih sampai buat kali ke dua di Puncak Pulag ini. Hahahaha.... TAHNIAH...!!!





Selesai bergambar dan bervideo di puncak, kami meneruskan perjalanan turun. Cuaca masih sama dengan angin dan hujan. Kelihatan Azizah yang injured dijaga oleh teman-temannya. Atas semangat outdoor, beliau gigih untuk sampai di puncak. Siap muntah la bagai. Mesti peritkan. Kita doakan yang terbaik buat beliau.

Kami selamat tiba di Babadak Ranger Station sekitar jam 13:00 lebih. Buat pengurusan diri sambil tunggu teman-teman yang lain tiba. Chef Sem memang tak pernah mengecewakan. Sambil menunggu dalam keadaan sejuk tu, beliau masakkan maggi. Heaven nya...

Walaupun cuaca panas terik tapi terasa sangat sejuk. Aku nak mandi pun, tak mampu nak layan. Tukar baju je lah.

Sekitar jam 15:00, kami sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Babadak Ranger Station ini. Hujan turun mengiringi pemergian kami. Hmmmm...ala-ala drama Philipine la...

Perasaan? Kenapa tanya? Hmmmm.....perasaan pastinya gembira dapat menawan puncak Pulag. Bertambahnya rakan-rakan pendakian. Bertambahnya pengalaman mendaki. Samada dapat view atau tidak, soal ke dua kerna tak selalunya pengalaman adalah sama seperti orang lain.

Ye betul, kami tak dapat view yang nice seperti kebanyakkan orang lain. Tapi ramai tak pendaki merasai pengalaman seperti kami? Yes......itulah ia. Hahahhaha...

Yang aku kesal adalah kenapa aku tak ada goPro atau seumpanya? Kenapa aku tak ada kamera waterproof? Arghhhhhhhh.....!!!

16:15 kami tiba di opis Taman Negara. Nak ambil sijil dan singgah tandas. Hahahaha... Tidak terkecuali ada yang mengambil kesempatan untuk membeli cenderahati Pulag kali terakhir. Lagi sekali nak habaq, sini jer ada signture Pulag ok.













Perjalanan diteruskan sehingga kami tiba di Caltex tempoh hari. Van pun dah sedia menunggu. Kami tiba sekitar jam 19:00 lebih.

Ok....dari sini, van akan membawa kami terus balik ke Manila. Dari sini juga, aku dan beberapa rakan yang lain tidak akan balik ke Manila. Kami plan untuk ke Gunung Pinatubo.

Daus, Amin, Azizah, Ecah, Ana dan Lina akan menyertai aku ke Gunung Pinatubo.

Time ni memang aku macam pening sikit. Ecah dan Ana ni nak ikut ke tak? Time ni la baru nak tanya kos. Lina plak tetiba nak join. Hahahahahaha...

Kami hanya bawa barang penting sahaja. Beg besar kami minta tolong Abg Man bawa ke Manila.

Ikut plan dan hati aku, start dari sini, memang nak jalan sendiri jer. Tapi rakan-rakan bagi pandangan agar lepas Pinatubo, kita stay 1 malam di Manila, sama dengan mereka. When that happen, Abg Man dah slowtalk sebab aku tak update dengan dia tentang penginapan tu.

To be clear, macam aku cakap atas tadi, lepas dari sini, memang nak gerak sendiri. Tapi tetiba datang plak idea tadi dari teman. Yeah....look nice tapi bad imprestion back to me. Ok2.....kes dah settle. No hal. Thats normal situation. Saya bersyukur kerna ada teman-teman yang proaktif.

Kami bersalaman dengan team van yang akan balik ke Manila. Atas bantuan guide and the geng, mereka membantu kami membeli ticket bus menuju ke Capas City. Bukan itu sahaja, mereka turut membantu kami booking transport di sana.

Macam diberitahu dalam entry sebelum ini, terdapat station bus berdekatan Caltex tersebut. Untuk ke Capas City, bolehlah menaiki Victory Liner Bus dengan harga 275p . Masa perjalanan kami adalah 22:20. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 hingga 4 jam.


Untuk info, anda perlu booking terlebih dahulu untuk membolehkan anda menjelajah Gunung Pinatubo. No walk in booking. Selain itu, mereka juga turut memberi panduan sepanjang perjalanan ke Capas City. Very good guide. Kata mereka lagi, nanti update di facebook agar mereka dapat melihat pergerakkan kami. Jika ada masalah, terus hubungi mereka. Nice kan.....tq2...

Selepas beli tiket, guide nak pergi makan. Dia orang ajak, tapi kami tak join. Faham-faham la kan. Kami cari makan di 7E jer. Makan maggi yang ada tanda HALAL. Dan makan roti gadinear beserta tuna. Tuna sini sedap.



Sebelum naik bas, bergambar dulu. Tak sempat nak jumpa dengan team guide sebab bas kami dah nak jalan. Mereka belum kembali ke terminal. Apapun thankzzzzzzz.....

Episod 1   Episod 2

13 comments:

  1. Jgn sedih ben..ecah kan ada gopro.hihi

    ReplyDelete
  2. slow talk pasal concern jer, risau keselesaan korang :(

    ReplyDelete
  3. CAM TIKET ZAMAN DULU2.... GUNUNG PINATUBO....? CAM FAMOUS JE GUNUNG NI.... NAK LGI CITE.....

    ReplyDelete
  4. ok...sedang mengarang...hihihihi

    -akukahtuah-

    ReplyDelete
  5. dari bulan November sampai hari ni belum habis2 baca blog ni.... masa x mengizinkan... harap dapat habis baca blog ni sebelum dpt kerja lain..... ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Salam tuan, nak bertanya, berapa kos kerugiaan trip ke Mt Pulag ni tuan. boleh cerita detail x? harga permit, guide dan sebagainya. berminat untuk pergi. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...saya pergi masa tu under org. Mean arrangement by org. So saya hanya byr 600 wthout ticket. Untuk pecahan kos permit, transport or lain tu saya tak pasti sebb orgizer yg buat. Saya gi bawa diri and camera.....hahahahahaha...maaf jika tidak banyak membantu....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...